backup og meta

Ini Jenis Penyakit Darah Yang Anda MESTI Tahu Selain Anemia Dan Talasemia!

Ini Jenis Penyakit Darah Yang Anda MESTI Tahu Selain Anemia Dan Talasemia!

Penyakit darah merupakan satu kondisi yang akan beri kesan kepada saluran dan aliran darah manusia lantas menyebabkan ia sukar untuk melakukan tugas normal dengan baik. 

Selain anemia dan talasemia, ada banyak lagi jenis penyakit berkaitan. Teruskan baca artikel ini!

Baca lebih lanjut tentang Gangguan Darah di sini.

penyakit darah

Penyakit darah yang mempengaruhi sel darah

Seperti namanya, penyakit ini mempengaruhi sel darah merah di dalam tubuh manusia. Sel ini bertanggungjawab membawa oksigen daripada paru-paru ke semua bahagian badan yang lain.

Ada pelbagai jenis penyakit yang mempengaruhi sel darah merah. Contohnya:

1. Anemia

Pesakit yang mengalami anemia mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. 

Pesakit anemia yang tidak serius selalunya tidak akan menunjukkan apa-apa simptom, namun mereka yang alami anemia yang teruk mempunyai kulit yang pucat, sering rasa letih dan sesak nafas.

Anemia terbahagi kepada beberapa jenis:

  • Anemia kekurangan zat besi. Kondisi ini berlaku apabila badan tidak mempunyai zat besi yang mencukupi. Akibatnya, pesakit akan sering rasa penat dan sesak nafas
  • Anemia pernisius (kurang vitamin B12). Kondisi ini menghalang pesakit daripada menyerap vitamin B12 di dalam makanan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan lapisan perut yang lemah atau penyakit autoimun
  • Anemia aplastik. Pesakit yang mempunyai penyakit ini tidak dapat menghasilkan sel darah yang mencukupi termasuklah sel darah merah. Pesakit mungkin memerlukan ubat-ubatan, transfusi darah ataupun pemindahan sumsum tulang
  • Anemia hemolitik autoimun (AHA). Penyakit ini menyebabkan sistem imun bertindak memusnahkan sel darah merah lebih cepat daripada apa yang badan boleh hasilkan
  • Anemia sel sabit. Pesakit yang menghidap anemia sel sabit mempunyai sel darah merah yang berbentuk abnormal disebabkan mutasi genetik

2. Talasemia

Talasemia merupakan sejenis penyakit yang berlaku secara turun-temurun. Ia berlaku apabila badan tidak menghasilkan sejenis protein yang dikenali dengan nama hemoglobin dengan cukup.

Apabila hemoglobin tidak cukup, sel darah merah dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Talasemia juga boleh menyebabkan penghidapnya mengalami anemia.

Baca lagi artikel berkaitan:

3. Polycythemia vera

Polycythemia vera merupakan sejenis kanser darah yang menyebabkan sumsum tulang menghasilkan terlalu banyak sel darah merah.

Keadaan ini akan menyebabkan darah menjadi pekat dan pengaliran darah akan jadi lebih perlahan. Akibatnya, pesakit lebih cenderung untuk mengalami darah beku.

Penyakit sel darah putih

Sel darah putih atau leukocytes membantu badan untuk menghalang jangkitan penyakit. Pesakit yang mempunyai penyakit yang mempengaruhi sel darah putih mereka akan mempunyai sistem imun yang terjejas.

Antara penyakit lazim yang mempengaruhi sel darah putih adalah:

1. Kondisi darah limfoma

penyakit darah

Limfoma merupakan sejenis kanser yang bermula di dalam sistem limfatik manusia. Sel darah putih pesakit akan menjadi malignan dan mula membahagi secara abnormal.

Limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin merupakan antara contoh limfoma yang lazim didengar dan dikenali ramai. Limfoma boleh dirawat menggunakan kemoterapi atau terapi radiasi.

2. Kondisi darah hemofilia

Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang bermula daripada sumsum tulang atau sistem limfatik. Leukemia boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia juga boleh menjadi kronik atau akut.

3. Multiple myeloma

Multiple myeloma merupakan sejenis kanser yang terbentuk pada sejenis sel darah putih yang dikenali dengan nama sel plasma.

Sel plasma yang sihat membantu manusia untuk melawan jangkitan dan menghasilkan antibodi untuk kegunaan tubuh badan.

Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami multiple myeloma mempunyai sel plasma yang menghasilkan protein yang abnormal. Protein ini pula akan menyebabkan pelbagai komplikasi.

4. Myelodysplastic syndrome (MDS)

MDS merupakan sejenis kanser yang mempengaruhi sumsum tulang. Ia bermula dengan perlahan dan kemudiannya bertukar menjadi leukemia yang teruk secara tiba-tiba.

Rawatan untuk MDS lebih banyak memfokuskan untuk mengurangkan komplikasi berbanding merawat.  

Pesakit mungkin akan menerima kemoterapi atau pemindahan sumsum tulang sebagai rawatan untuk sindrom ini. 

[embed-health-tool-bmi]

Penyakit yang mempengaruhi plasma darah

Platelet dalam darah merupakan responden pertama yang bertindak sekiranya anda mempunyai sebarang kecederaan. 

Ia akan melakukan koagulasi darah dan mengelakkan darah daripada mengalir terlalu lama.

Pesakit yang mengalami penyakit yang mempengaruhi plasma darah selalunya (1) tidak dapat membuat platelet dengan mencukupi, (2) menghasilkan terlalu banyak platelet atau (3) platelet tidak dapat membeku dengan baik.

Antara penyakit lazim yang mempengaruhi plasma darah adalah:

1. Penyakit Von Willebrand

penyakit darah

Penyakit ini menyebabkan darah sukar untuk membeku ketika berlakunya sebarang kecederaan. Puncanya ialah ketiadaan sejenis protein yang dikenali dengan nama von Willebrand factor (VWF).

2. Kondisi darah hemofilia

Hemofilia merupakan salah satu penyakit darah yang popular dan hampir keseluruhannya berlaku dalam kalangan lelaki. Penyakit ini menyebabkan darah tidak dapat melakukan koagulasi dengan betul disebabkan faktor VIII (8) atau faktor IX (9) yang tidak mencukupi.

3.  Hypercoaguable state

Berbeza dengan dua kondisi yang dibincangkan sebelum ini, pesakit yang mengalami hypercoaguable state mempunyai darah yang lebih mudah untuk membeku

Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko untuk mengalami darah beku sepanjang hidup.

4.  Deep venous thrombosis (DVT)

DVT berlaku apabila darah beku (thrombus) terbentuk di dalam saluran darah. Ia selalunya terbentuk pada kawasan kaki dan boleh menyebabkan rasa sakit atau bengkak. 

Walau bagaimanapun, kondisi ini juga boleh berlaku tanpa sebarang simptom.

5.  Disseminated intravascular coagulation (DIC)

Kondisi ini menyebabkan pesakit mengalami banyak darah beku bersaiz kecil dan pendarahan pada tubuh badan dalam masa yang sama. 

Jangkitan yang teruk, pembedahan atau komplikasi ketika hamil boleh menyebabkan DIC.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Blood Disorders. Accessed February 3, 2021. https://www.hematology.org/education/patients/blood-disorders.
  2. Blood Disorder Types. Accessed February 3, 2021. https://www.dana-farber.org/hematology-treatment-center/blood-disorder-types/.
  3. Blood Disorders. Accessed February 3, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21545-blood-disorders.
  4. Blood Disorders. Accessed February 3, 2021. https://medlineplus.gov/blooddisorders.html.
  5. Bleeding Disorder Organizations. Accessed February 3, 2021. https://www.med.unc.edu/htcenter/resources/organizations/.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Hidung Selalu Berdarah Dan Tak Henti Mengalir? Ini Petanda Sakit Yang Boleh Ancam Nyawa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan