Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Darah beku merupakan sesuatu yang berlaku secara semula jadi untuk menghentikan pendarahan, lebih-lebih lagi ketika anda terluka ataupun terlibat dalam kemalangan.

Walau bagaimanapun, ia boleh juga berlaku tanpa diundang.

Jika keadaan ini berlaku tanpa sebab, darah beku tersebut boleh menyebabkan saluran darah anda tersumbat dan diserang sakit jantung, strok atau masalah kesihatan lain.

Darah beku boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa ataupun jantina.

Selain itu, darah juga boleh membeku pada kawasan yang tidak terluka seperti di dalam salur darah yang menghala ke tangan atau kaki anda, perut, jantung, paru-paru, otak dan juga buah pinggang.

Ada banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah ini. Untuk pengetahuan anda, faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami darah beku.

Sama jugalah dengan beberapa jenis penyakit dan kondisi lain seperti obesiti dan strok yang turut sama boleh menyebabkan seseorang itu mengalami darah beku.

Faktor genetik yang boleh menyebabkan darah beku

saluran darah tersumbat

Faktor genetik merupakan salah satu punca darah beku yang mungkin ramai tidak tahu.

Kecacatan dari segi genetik boleh berlaku terhadap protein yang bertanggungjawab untuk membekukan darah dalam tubuh manusia.

Sebagai akibatnya, pesakit mungkin akan mengalami darah beku secara berlebihan. Disebabkan masalah ini berpunca daripada kecacatan genetik, penyakit darah beku yang pesakit alami boleh berlaku secara turun-temurun.

Anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami darah beku atas faktor genetik jika:

  1. Mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami darah beku yang berbahaya.
  2. Pernah mengalami darah beku berkali-kali sebelum umur mencecah 40 tahun.
  3. Mengalami sejarah keguguran yang tidak dapat dijelaskan.

Penyakit dan kondisi lain yang menyebabkan saluran darah tersumbat

Banyak penyakit dan kondisi berbeza yang boleh menyebabkan darah beku ataupun hypercoagulation terbentuk pada kawasan badan yang berbeza.

Antara penyakit yang boleh menyebabkan darah beku pada kawasan jantung dan otak adalah:

1. Atherosclerosis

saluran darah tersumbat

Individu yang menghidap atherosclerosis akan mengalami pembentukan plak di dalam kawasan arteri. Lama-kelamaan, plak tersebut boleh pecah dan melukakan dinding arteri. Platlet akan berkumpul pada kawasan luka lalu membentuk darah beku.

Plak sebenarnya terdiri daripada gumpalan lemak, kolesterol dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, plak ini boleh membesar dari segi saiz dan bertindak untuk menghalang salur darah sepenuhnya. 

Apabila plak ini mengalami inflamasi, ia boleh pecah dan menyebabkan terbentuknya darah beku.

2. Diabetes punca darah beku

Individu yang mempunyai diabetes berisiko lebih tinggi untuk meninggal dunia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat.

Malah 80% daripada mereka yang mempunyai penyakit ini akan meninggal dunia disebabkan oleh darah beku.

3. Kegagalan jantung 

Apabila jantung mula mengepam darah dengan lebih perlahan, darah beku lebih mudah untuk terbentuk pada saluran darah. Akibatnya, darah beku ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan jantung.

4. Degup jantung tidak sama

Kondisi ini turut dikenali dengan nama atrial fibrillation. Apabila jantung berfungsi dengan normal, signal elektrik yang dihantar kepada bahagian jantung akan membuatkannya untuk berdegup dengan normal.

Namun, mereka yang mempunyai atrial fabrication mempunyai ritma degupan yang tidak teratur. Kondisi ini boleh menyebabkan darah berkumpul pada ruang atas jantung dan menyebabkan darah beku.

5. Individu obes lebih berisiko darah beku

Obesiti dan berat badan berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu lebih berisiko untuk menghidap atherosclerosis.

Tambah lagi, individu yang obes selalunya mempunyai gaya hidup yang tidak aktif. Individu yang menghabiskan masa dengan duduk sahaja akan membuatkan mereka lebih berisiko menghidap diabetes.

Ini secara tidak langsung akan meningkatkan risiko mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk menghidap darah beku.

6. Deep vein thrombosis (DVT)

Darah beku boleh berlaku di dalam salur darah yang terletak pada kawasan tangan atau kaki. Kondisi ini turut dikenali dengan nama deep vein thrombosis. Selalunya, DVT akan berlaku pada kawasan kaki pesakit.

Lebih teruk lagi, darah beku ini boleh terpisah daripada dinding salur darah dan bergerak bersama aliran darah.

Jika darah beku ini sampai ke kawasan paru-paru dan menghalang peredaran darah, kondisi ini dikenali sebagai pulmonary embolism.

Pulmonary embolism merupakan satu keadaan yang boleh membawa maut. Pastikan anda terus berjumpa dengan doktor jika mengalami simptom seperti sesak nafas, sakit dada dan batuk berdarah.

7. Peripheral artery disease (PAD)

PAD merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan saluran darah tersumbat lalu menghalang pengaliran darah pada kawasan kaki atau tangan pesakit.

Individu yang mempunyai penyakit ini akan mengalami simptom seperti kaki yang sakit ketika berjalan.

Mereka yang mengalami PAD mungkin juga mempunyai penyakit atherosclerosis yang telah merebak. Oleh sebab itu, mereka juga akan alami masalah yang sama pada kawasan salur darah yang mengalir ke bahagian hati dan juga otak.

Kesimpulan

saluran darah tersumbat

Darah beku merupakan satu keadaan yang boleh dihalang dan dirawat. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada darah beku:

  1. Pastikan anda dapat kenal pasti tanda dan simptom darah beku.
  2. Tahu mengenai risiko anda untuk mengalami darah beku.
  3. Elakkan daripada duduk terlalu lama. Berdiri dan cuba berjalan sedikit sekurang-kurangnya sekali dalam dua atau 3 jam.
  4. Kekalkan berat badan yang sihat.
  5. Elakkan amalan tidak sihat seperti merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri sudah diketahui. Tetapi benarkah susu badan kurangkan risiko obesiti pada si manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

Obesiti boleh dikategorikan sebagai penyakit kronik yang kini didiagnosis dalam kalangan 650 juta orang dewasa di seluruh dunia. Ini kesannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Obesiti, Pemakanan Sihat 30/12/2020 . 4 minit bacaan

JANGAN Abaikan Jika Strok Mini Menyerang, Anda Berisiko Alami Strok Kekal Dalam Tempoh Setahun!

Kebanyakan pesakit yang pernah diserang strok mini atau TIA akan mengalami strok yang sebenar dalam masa setahun selepas serangan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Strok & Aneurisme 28/12/2020 . 3 minit bacaan

Penjagaan Selepas Bersalin Penting! Kalau Tidak, Ibu Terdedah Kepada 9 Risiko Ini

Bagi ibu melahirkan anak, penjagaan kesihatan sepanjang tempoh nifas atau puerperium adalah penting. Jika tidak, ia meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Proses Bersalin 11/12/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pil perancang keluarga

AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
minyak kelapa dara dan santan

FAKTA! Santan & Minyak Kelapa Dara VCO Berkalori Tinggi, Jadi Sila Ambil Berpada-pada

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
berat badan naik haid

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan