Apa Akan Berlaku Pada Badan Wanita Selepas Prosedur Pengguguran Bayi?
Kebanyakan individu percaya bahawa bahaya menggugurkan bayi dalam kandungan tidak akan menjejaskan kesuburan atau mendatangkan komplikasi kepada kehamilan seterusnya.

Namun begitu, keguguran kandungan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Apa yang akan berlaku selepas keguguran kandungan?
Bergantung kepada kondisi kesihatan, simptom adalah berbeza mengikut individu. Simptom yang normal dialami oleh kebanyakan wanita selepas menggugurkan bayi adalah:
- Kekejangan yang disebabkan oleh kontraksi rahim selama 2 minggu. Ada juga wanita yang akan mengalaminya selama 6 minggu.
- Reaksi emosi yang berpanjangan sehingga 2 ke 3 minggu.
- Pendarahan pada vagina ketika awal kehamilan.
- Infeksi yang disebabkan oleh plasenta yang tertinggal.
- Mual atau muntah-muntah.
Selain itu juga, bahaya menggugurkan bayi juga boleh meningkatkan risiko:
- Kelahiran bayi pramatang
- Kelahiran bayi kurang berat
- Masalah pada plasenta
Bila anda patut berjumpa doktor?

Anda perlu segera berjumpa doktor jika berlakunya simptom-simptom seperti:
- Pendarahan teruk yang disebabkan oleh prosedur pengguguran bayi yang lebih teruk daripada haid (pendarahan yang tidak berhenti selama 12 jam).
- Sakit kepala, kekejangan otot, pening atau apa-apa jenis kesakitan yang lain. Infeksi yang teruk juga boleh berlaku tanpa didahului oleh demam.
- Kesakitan yang tajam pada perut selepas mengambil ubat-ubatan.
- Demam yang melebihi 38°C atau lebih.
- Muntah-muntah yang berpanjangan sehingga 4 ke 6 jam.
- Lelehan faraj yang berbau busuk dan banyak.
- Kesakitan, kemerahan dan pembengkakan pada kawasan alat sulit.
Bagaimana penjagaan selepas prosedur pengguguran bayi?
Sebaiknya, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang terbaik bagi pemulihan yang lebih cepat.
Berikut merupakan beberapa informasi mengenai penjagaan selepas prosedur pengguguran bayi:
- Perlahan-lahan kembali melakukan rutin anda 1 atau 2 hari selepas pembedahan. Elakkan senaman yang agak berat sekurang-kurangnya untuk 1 minggu.
- Jangan melakukan hubungan seks untuk seketika, dapatkan nasihat pakar untuk mengetahui waktu yang spesifik anda boleh melakukannya kembali.
- Gunakan pil perancang kehamilan untuk mengelakkan infeksi apabila anda sudah bersedia melakukan hubungan seks kembali.
- Jangan cuci faraj menggunakan semburan air (douche). Ini boleh mengundang risiko infeksi pelviks.
Jika anda sudah melalui prosedur pengguguran bayi dan risau akan kesihatan anda dan kehamilan pada masa akan datang, berhubunglah dengan pakar perubatan anda. Doktor akan membantu anda memahami risiko serta solusi yang paling terbaik buat anda.