Meskipun sudah lebih setahun kita dibelenggu pandemik COVID-19, namun masih ramai yang belum cukup memahami akan penyakit berjangkit ini. Ramai yang menganggap mereka hanya perlu melakukan ujian saringan apabila terdapat simptom atau tanda tanda COVID 19.
Namun tahukah anda, kebanyakan mereka yang disahkan positif sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda tanda COVID 19?
Disebabkan itulah, kita diingatkan untuk mematuhi langkah-langkah pencegahan memandangkan jangkitan ini tidak menunjukkan sebarang tanda tanda COVID 19 pada peringkat awal.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
[covid_19]
5 tahap jangkitan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengeluarkan maklumat berkenaan 5 tahap jangkitan atau tanda-tanda COVID-19 yang berlaku kepada manusia.
Berikut adalah tahap-tahap jangkitan tersebut.
Tahap 1: Tidak bergejala
(assymptomatic)
Pada tahap 1, mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda tanda COVID 19.
Mereka tidak mengalami batuk, selesema atau demam dan hanya kelihatan normal seperti orang lain.
Artikel berkaitan:
- Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!
- Curiga Alami Simptom COVID-19, JANGAN PANIK! KKM Sedia Khidmat Pemeriksaan Di Rumah
Tahap 2 COVID 19: Bergejala tanpa radang paru-paru
(symptomatic, no Pneumonia)
Pada tahap ini, mereka yang dijangkiti akan menunjukkan simptom atau gejala COVID-19 seperti demam, batuk dan selesema.
Tetapi mereka tidak mempunyai masalah berkaitan radang paru-paru.
Tahap 3 COVID 19: Bergejala dengan radang paru-paru
(symptomatic, Pneumonia)
Pada tahap ke-3, mereka yang dijangkiti masih menunjukkan gejala COVID-19.
Tetapi ia ditambah lagi dengan munculnya masalah berkaitan radang paru-paru.
Tahap 4: Bergejala, mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen
(symptomatic, Pneumonia, requiring supplemental oxygen)
Pesakit yang berada pada tahap ke-4 masih mempunyai gejala COVID-19 dan juga radang paru-paru seperti pada tahap ke-3.
Namun, pada tahap ini, pesakit memerlukan bantuan oksigen untuk terus bernafas.
Tahap 5 COVID 19: Pesakit kritikal dengan penglibatan multiorgan
(critically ill with multiorgan involvement)
Pada tahap ini, pesakit sudah berada pada satu tahap jangkitan yang kritikal.
Peratusan pesakit COVID-19 di Malaysia mengikut tahap jangkitan
Menurut laporan oleh KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2.
Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda tanda COVID 19 atau hanya menunjukkan gejala COVID-19 yang ringan seperti demam dan batuk.
7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5.
Mengapa ramai pesakit berada pada Tahap 1 dan 2?
Kebanyakan pesakit yang berada pada Tahap 1 dan 2 tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti virus COVID-19.
Walaupun mengalami gejala COVID-19 seperti batuk dan demam, mereka mungkin beranggapan ia adalah sekadar batuk dan demam biasa sahaja.
Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung untuk mengabaikannya dan hanya melakukan ujian saringan apabila menyedari ada kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19.
Apatah lagi jika mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala ini bergerak ke sana sini dan bergaul dengan individu lain di tempat-tempat awam.
Penularan wabak COVID-19 menjadi lebih mudah dan pantas untuk menyebar kepada orang lain.
Mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti dan seterusnya menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
Kepentingan jarak sosial, kuarantin dan PKP
Disebabkan itu, kerajaan Malaysia sentiasa menyeru agar semua rakyat di negara ini untuk terus menjaga jarak sosial antara satu sama lain.
Ini kerana anda mungkin tidak tahu jika individu yang berada di sebelah anda ketika berada di pasar adalah pembawa jangkitan COVID-19.
Berikut adalah cara untuk menjaga jarak sosial di rumah.
Tip Menjaga Social Distancing di rumah
Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.
由 Hello Doktor 发布于 2020年3月27日周五
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak awal lagi adalah salah 1 langkah pencegahan untuk mengelakkan lebih ramai individu daripada dijangkiti.
Artikel berkaitan: