Betul Ke Kerap Makan Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini telah gempar berkenaan dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh menyembuhkan wabak virus korona baharu yang kian menular. 

Wabak tersebut kini telah menjangkiti lebih daripada 40,000 individu dan jumlah kematian telah melebihi angka 1,000. Jika kangkung benar-benar boleh menyembuhkan jangkitan tersebut, maka alternatifnya adalah lebih murah.

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Kerap mandi dan makan sayur kangkung jika terkena jangkitan?

Penampilan Dr Noordin Darus dalam segmen Wacana Sinar Harian yang diadakan baru-baru ini telah mewujudkan percanggahan pendapat di antara beliau dengan ahli akademik yang lain.

Seringkali, apabila membincangkan berkenaan dengan jangkitan virus korona baharu, nasihat yang sering diberikan oleh pakar kepada masyarakat lebih tertumpu kepada aspek langkah pencegahan.

Bagaimanakah untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada merebak? Video dibawah ini ada jawapannya.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Namun menurut Dr Noordin, bagi mereka yang terkena jangkitan virus korona, individu tersebut dinasihatkan untuk minum air kelapa dan lemon suam antara 6 hingga 7 gelas pada hari pertama. 

Langkah tersebut perlu diulang pada hari kedua namun jumlah pengambilan perlu dikurangkan kepada 5 gelas. Mereka yang dijangkiti juga dinasihatkan untuk makan sayuran hijau seperti kangkung. 

Sejauh manakah kebenaran pada fakta yang disampaikan oleh beliau?

Dr Noordin Darus merupakan seorang Doktor Kesihatan Profesional (MBBS). Beliau disegani oleh sebahagian daripada netizen berikutan kesembuhannya daripada kanser limfoma.

Walau bagaimanapun, nasihat yang diberikan oleh beliau berkaitan dengan rawatan belum lagi terbukti oleh mana-mana kajian sains.

Pakar perubatan di seluruh dunia kebanyakannya menggalakkan individu untuk membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun bagi menghindarkan penularan jangkitan.

Artikel berkaitan:

Masih tiada lagi panduan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan kesihatan global berkaitan dengan pemakanan yang boleh digunakan bagi merawat jangkitan ini.

Sayur kangkung, makanan yang mempunyai banyak kebaikan

sayur kangkung

Sayur kangkung, walaupun tiada bukti sains yang menunjukkan keberkesanannya dalam merawat jangkitan virus korona, mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Berikut merupakan 6 kebaikan sayur kangkung:

#1 Sayur rendah kalori 

100 gram kangkung hanya memberikan 19 kalori. Oleh sebab itulah kangkung sering menjadi saranan pakar pemakanan bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan atau mengawal jumlah kolesterol.

#2 Vitamin A

Sayur kangkung kaya dengan vitamin A. 100g hidangan sayur tersebut mengandungi 6,300 IU vitamin A. Jumlah tersebut merangkumi 210% daripada nilai saranan harian.

Vitamin A penting untuk penglihatan, kesihatan kulit dan kesihatan rambut. Ia juga berperanan penting dalam menghindarkan kanser dan melambatkan proses penuaan.

#3 Kompaun antioksida

Kompaun antioksida seperti carotene-B, lutein, xanthin dan cryptoxanthin boleh dijumpai dalam sayur kangkung.

Kompaun tersebut bukan sahaja boleh mengurangkan proses keradangan di dalam badan, malahan ia juga boleh menurunkan risiko anda untuk mendapat kanser.

#4 Vitamin B kompleks

Seperti sayur lain, kangkung mengandungi vitamin B kompleks seperti riboflavin, niacin, asid folik dan lain-lain. Vitamin ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi metabolik badan.

#5 Vitamin C

100g sayur kangkung segar mengandungi sejumlah vitamin C yang memenuhi 92% daripada keperluan saranan harian individu. 

Vitamin ini juga memainkan peranan penting sebagai antioksida yang boleh mengurangkan kesan buruk molekul radikal bebas. Pengambilannya boleh melindungi anda daripada pelbagai jenis penyakit.

#6 Mineral 

Kangkung mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Antaranya adalah zat besi, kalsium, kalium, magnesium, fosforus dan manganese.

Mineral ini penting dalam proses mineralisasi gigi dan tulang serta kawalan fungsi rentak jantung.

Adakah betul sayur kangkung boleh ubati virus korona baharu?

sayur kangkung

Tiada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa sayur kangkung boleh mengubati jangkitan virus korona.

Dalam perbincangan wacana yang dihadiri oleh Dr Noordin, beliau menyebut sayur hijau dan memberikan sayur kangkung sebagai contoh.

Jika beliau ingin menekankan kepentingan mengambil sayur sebagai langkah untuk menguatkan sistem pertahanan badan, sayuran tersebut perlu diambil sebelum seseorang itu mendapat jangkitan virus korona.

Selain itu, berikut adalah tip mencegah jangkitan virus COVID-19.

tip mencegah jangkitan covid-19

Semasa sakit, pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi boleh membebankan sistem penghadaman manusia. 

Kebanyakan tenaga yang sepatutnya digunakan oleh badan untuk melawan jangkitan akan diluangkan untuk mencerna makanan.

Sebab itulah ketika sakit kebanyakan individu terdorong untuk mengambil makanan yang ringan dan minum air kosong. 

Sayur kangkung, walaupun mempunyai pelbagai jenis nutrisi, tidak berupaya untuk mengubati virus korona baharu

Bagaimana pula dengan nasihat kerap mandi bagi elak jangkitan?

Pakar perubatan di seluruh dunia bersetuju bahawa amalan cuci tangan yang kerap dapat menghindarkan penularan jangkitan.

Seperti isu sayur kangkung, tiada bukti yang mengatakan bahawa mereka yang mandi terhindar daripada jangkitan berbanding dengan mereka yang mencuci tangan.

Artikel berkaitan:

Apa yang sering diperbincangkan adalah beza di antara penggunaan air dan sanitizer dalam menghindarkan jangkitan ini.

Jika anda ingin mandi dengan lebih kerap, tiada salahnya. Namun, tiada bukti yang menunjukkan perkara tersebut boleh menurunkan risiko untuk mendapat jangkitan.

Artikel berkaitan:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, orang ramai bebas untuk mengikuti nasihat yang diberikan oleh pakar lain namun kerajaan tetap akan menggalakkan untuk menurut panduan rasmi yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai individu yang bertanggungjawab, anda perlu menimbang kebenaran fakta yang disebarkan dengan kajian dan maklumat.

Terdapat pelbagai jenis laman web yang menampilkan fakta kesihatan. Semuanya di hujung jari.

Adakah sayur kangkung tidak patut diambil? Penulis tidak maksudkan begitu. Ia mempunyai khasiat yang pelbagai dan sepatutnya diambil. Namun kita harus perbetulkan tujuan dan kepercayaan kita terhadap sesuatu perkara.

Konklusi

Walaupun tiada kajian yang membuktikan kebenaran di sebalik sayur kangkung yang dianggap mampu mengubati virus korona baharu, ia seharusnya diambil bagi mendapatkan khasiatnya.

Pengambilan makanan berserat di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan 5 hidangan setiap hari.

Namun, jika anda dijangkiti dengan virus korona baharu, jangan berharap dengan pengambilan sayur kangkung mampu menyembuhkan penyakit ini. Tiada bukti yang menunjukkan sedemikian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Artikel berkaitan:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lepas Mandi Kolam, Kena Mandi Air Bersih Semula? Ada Bahaya Menanti Jika Tak Amalkan Cara Ini!

    Mungkin ramai yang gemar berekreasi di dalam kolam mandi namun tidak tahu akan bahayanya bukan? Ada 3 sebab anda perlu mandi semula selepas itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan