backup og meta

Selain Batuk Dan Demam, Ini Cara Untuk Kenal Pasti Simptom COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/09/2022

    Selain Batuk Dan Demam, Ini Cara Untuk Kenal Pasti Simptom COVID-19!

    Sudah hampir dua tahun dunia digemparkan dengan jangkitan virus korona (COVID-19), tapi banyak perkara tentangnya masih jadi tanda tanya. Apakah antara simptom virus korona yang boleh dikenal pasti?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pelbagai jenis kajian telah dijalankan oleh saintis untuk memahami sifat dan mekanisme jangkitan virus tersebut.

    Namun, jika dilihat pada simptom, tiada gejala spesifik yang boleh dikaitkan dengan wabak COVID-19.

    Oleh sebab virus ini menjangkiti saluran pernafasan manusia, ia boleh menyebabkan beberapa simptom dan tanda awal covid 19 seperti:

    simptom virus korona

    Perasan tak gejala tersebut lebih kurang sama dengan virus lain seperti demam selesema?

    Apa yang lebih bahaya adalah kebolehan virus ini untuk menjangkiti individu lain walaupun masih berada dalam tempoh pengeraman. 

    Beza jangkitan selesema dan simptom virus korona baharu

    Jika anda buat perbandingan antara virus korona baharu dan virus jangkitan selesema, kedua-duanya tidak mempunyai beza yang ketara berkaitan dengan simptom. 

    Kedua-duanya merupakan virus yang menjangkiti sistem pernafasan.

    Mereka yang dijangkiti boleh melalui fasa tanpa simptom dan mereka yang berisiko tinggi boleh mengalami simptom teruk.

    Kedua-dua virus ini disebarkan melalui sentuhan langsung, titisan air dan fomit (barang tercemar oleh virus).

    Oleh demikian, anda akan sedar bahawa langkah pencegahan bagi kedua-duanya juga akan jadi lebih kurang sama.

    Orang awam digalakkan membasuh tangan secara kerap dan memakai topeng muka ketika di luar rumah.

    simptom virus korona

    Faktor simptom COVID 19 yang perlu dilihat

    Namun, jika dilihat keupayaan kedua-dua virus ini menjangkiti virus lain, ternyata kedua-duanya ada sifat berbeza!

    Untuk melihat keagresifan virus, kita perlu melihat kebolehan jangkitan virus ini untuk merebak pada individu lain. Ia diukur melalui nilai R-naught (R0).

    COVID-19 mempunyai nilai R0 yang lebih tinggi namun perbandingan secara langsung sukar untuk dilakukan.

    Ini berikutan kedua-dua virus muncul pada konteks dan masa yang berbeza.

    Artikel berkaitan:

    Selain itu, kanak-kanak juga salah satu faktor yang berbeza di antara kedua-dua virus ini.

    Walaupun simptom COVID-19 boleh berlaku pada kanak-kanak, tapi kajian di China menunjukkan konteks jangkitan dengan orang dewasa agak berbeza.

    Maklumat klinikal terkini menunjukkan kanak-kanak mendapat jangkitan daripada orang dewasa!

    Kadar kematian COVID-19 juga kelihatan lebih tinggi berbanding dengan virus influenza.

    Apa perlu dibuat jika saya ada tanda awal simptom virus korona?

    simptom virus korona

    Mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 perlu memakai topeng muka dan mengamalkan jarak sosial.

    Jarak sosial merupakan satu amalan menjauhkan diri sendiri bagi mengelakkan penularan wabak.

    Antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah:

  • Berdiri sekurang-kurangnya 2 meter daripada individu lain.
  • Elakkan daripada berkumpul atau menyertai aktiviti kluster.
  • Tidak keluar ke tempat awam atau menggunakan kenderaan awam.
  • Oleh sebab jangkitan wabak ini boleh ditular oleh mereka yang ada simptom COVID-19 atau bebas simptom, tindakan menjauhkan diri dapat memutuskan rantaian jangkitan.

    Perkara ini wajib dibuat jika anda tinggal di zon merah yang telah ditanda oleh KKM.

    Jangkitan dan tanda awal COVID 19 boleh berlaku apabila individu berjangkit yang mengalami simptom COVID-19, bercakap dengan individu lain pada jarak dekat dan menyentuh peralatan di sekeliling tanpa membasuh tangan.

    Amalan jarak sosial dan langkah pencegahan lain merupakan senjata yang paling berkesan memandangkan simptom COVID-19 tidak boleh dijadikan tanda aras bagi diagnosis jangkitan wabak.

    Adakah penyakit asma boleh tingkatkan risiko simptom virus korona?

    Mereka yang ada masalah asma perlu ambil langkah berjaga-jaga dalam menghindari jangkitan wabak COVID-19. 

    Walaupun tiada kajian menunjukkan jangkitan meningkat di kalangan pesakit asma, tapi mereka yang dijangkiti boleh mendapat simptom COVID-19 teruk.

    Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan mereka yang mempunyai asma sederhana atau teruk untuk lebih berhati-hati.

    Oleh sebab tiada rawatan yang dikhususkan untuk jangkitan COVID-19, protokol rawatan yang ada hanyalah bersifat konservatif.

    Baca juga:

    Ini bermaksud, pesakit hanya akan dirawat berdasarkan simptom COVID-19 yang menyerang.

    Mereka yang disahkan positif namun tiada sebarang simptom virus korona akan diisolasi dan dipantau dari semasa ke semasa.

    Jika anda ada masalah asma dalam situasi pandemik ini, adalah lebih baik jika anda bergegas ke pusat rawatan kecemasan atau fasiliti kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

    Perkara ini agak berisiko memandangkan kehadiran anda di hospital meningkatkan risiko mendapat jangkitan COVID-19.

    Maka polisi terbaik adalah sentiasa menggunakan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan