Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Jun lalu, ketika kerajaan mengumumkan perintah Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Pemulihan ataupun PKPP, ramai jadi teruja kerana berasa sudah ‘bebas’ dari COVID-19.
Hakikatnya, kita masih lagi berada di bawah cengkaman pandemik ini.
Kerajaan menasihatkan orang ramai agar kekal mengamalkan normal baharu dalam kehidupan seharian.
Salah satunya adalah dengan elakkan diri dari keluar rumah.
Pesan makanan secara online merupakan salah satu cara pencegahan yang masih lagi relevan walaupun ketika PKPP.
Disebabkan kita masih lagi bertarung dengan pandemik ini, pasti ada di antara anda yang sedikit risau dengan keselamatan makanan yang dipesan daripada luar.
Ketahuilah risiko serta fakta sebenar mengenai keselamatan anda semasa memesan khidmat penghantaran makanan secara online.
Ini statistik situasi semasa COVID-19 di Malaysia:
[covid_19]
Secara umumnya, kita tahu bahawa koronavirus tersebar melalui titisan yang keluar dari hidung atau mulut ketika batuk atau bersin.
Jika titisan itu jatuh pada permukaan sebarang objek, ada kemungkinan untuk virus itu terus kekal pada objek tersebut untuk beberapa jam.
Penyebaran COVID-19 boleh berlaku jika individu lain bertindak memegang permukaan tersebut lalu menyentuh pula mata, hidung atau mulutnya.
Oleh itu, jika anda telah memegang sebarang permukaan yang kerap disentuh, cepat-cepatlah basuh tangan anda dengan air sabun ataupun gunakanlah hand sanitiser.
Elakkan bersalaman dengan orang lain dan pakai pelitup muka jika berada di kawasan yang ramai orang.
Sehingga sekarang, masih belum ada lagi bukti bahawa COVID-19 boleh tersebar melalui makanan ataupun bekas makanan.
Namun, seperti virus lain, penyebaran virus ini melalui sentuhan pada permukaan objek yang tercemar dengan koronavirus masih boleh berlaku.
Artikel berkaitan:
Menurut Dr Frank Esper daripada Cleaveland Clinic, virus korona tidak boleh bertahan lama di luar tubuh badan manusia.
Oleh sebab virus COVID-19 memerlukan manusia sebagai perumah, sukar untuk virus ini terus hidup di atas permukaan di sekeliling kita.
Namun, masih ada kemungkinan untuk virus bertahan dalam satu tempoh masa tertentu di atas permukaan objek. Tetapi, bilangan virus akan semakin berkurang jika terlalu lama terdedah kepada persekitaran terbuka.
Sebagai contoh, virus lebih sukakan permukaan yang licin seperti pemegang pintu ataupun permukaan cermin. Atas permukaan licin, virus korona boleh bertahan selama 72 jam.
Menurutnya lagi, virus ini tidak dapat hidup lama atas permukaan yang mempunyai liang-liang kecil seperti kadbod ataupun fabrik. Virus hanya boleh bertahan selama 24 jam sahaja atas permukaan seperti ini.
Berikut merupakan tempoh masa virus boleh bertahan di atas sesuatu permukaan:
Perlu diingat bahawa cara utama penularan virus korona adalah melalui kontak rapat. Penyebaran melalui sentuhan, walaupun tidak mustahil untuk berlaku, kebarangkaliannya adalah amat rendah.
Oleh itu, cuba untuk tidak terlalu paranoid tentang virus COVID-19 jika anda telah amalkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan kerap dan memakai pelitup muka ketika keluar rumah.
Walaupun wabak COVID-19 dalam negara kita semakin reda hari demi hari, kita harus beringat dan jangan terlampau leka kerana pandemik ini masih belum berakhir.
Aktiviti order makanan online juga telah menjadi salah satu daripada normal baharu kehidupan ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19.
Pasti anda akan rasa risau untuk order makanan online terutamanya jika anda mempunyai anak kecil di rumah ataupun sedang menjaga ibu bapa anda yang sudah berusia.
Baca juga:
AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua
Jangan risau, di sini kami gariskan 10 langkah yang boleh diikuti untuk pastikan pakej penghantaran makanan yang anda terima adalah dalam keadaan bersih dan selamat.
Jadi, patuhi 10 cara di atas jika anda berhasrat ingin order makanan online. Kita masih belum menang!
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen