Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Situasi wabak yang semakin teruk menimbulkan pelbagai jenis isu. Antaranya adalah isu topeng muka mahal.
Keadaan ini berlaku berikutan tindakan pembelian panik yang terjadi pada fasa awal wabak virus korona baharu (COVID-19). Kini bekalan topeng muka semakin berkurangan dan jumlah kes positif semakin meningkat.
Setakat 25 Mac 2020, jumlah kes positif global telah melebihi 400,000. Di Malaysia pula, statistik jangkitan dan kematian adalah seperti berikut:
Walaupun ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya dan farmasi membeli topeng muka pada harga RM50 sekotak, timbul satu persoalan yang ingin dibangkitkan oleh penulis.
Adakah wajib bagi setiap individu untuk memakai topeng muka sekiranya ingin elak jangkitan COVID-19? Baca artikel ini untuk mengetahui penerangan selanjutnya.
Jika anda menoleh kanan dan kiri ketika keluar rumah untuk pergi ke pasar raya, pasti anda akan terlihat individu yang memakai topeng muka.
Penggunaan topeng muka, walaupun boleh mengelakkan penularan wabak jika dipakai oleh individu yang sakit, tidak berapa efektif kalau tidak disertakan dengan amalan cuci tangan secara kerap.
Bekalan topeng muka yang dijual di pasaran sekarang semakin berkurangan. Pihak pengeluar sedang berusaha keras untuk menghasilkan lebih banyak topeng muka.
Artikel berkaitan:
Terdapat kilang yang kini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan jumlah permintaan alat perlindungan ini dapat dipenuhi. Perkara tersebut akan mengakibatkan kenaikan kos operasi dan seterusnya, harga topeng muka mahal dijual kepada pengguna.
Kenaikan harga topeng muka ini sememangnya boleh dijangka. Pengguna membeli topeng muka secara pukal supaya ia boleh dipakai sewaktu keluar rumah. Lama-kelamaan stoknya pun berkurangan.
Hakikatnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan panduan pemakaian topeng muka di laman sesawangnya untuk rujukan orang ramai. Menurutnya:
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut memberikan nasihat dalam sidang media COVID-19 supaya orang sihat tidak memakai topeng muka. Amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap sudah cukup bagi menghindari wabak tersebut.
Terdapat percanggahan pada isu kepentingan memakai topeng muka dalam kalangan pakar sendiri. Menurut Dr William Schaffner, Profesor Penyakit Berjangkit di Universiti Vanderbilt, topeng muka tidak memberikan perlindungan yang mutlak kepada pengguna.
Lazimnya, mereka yang memakai topeng muka tidak menggunakannya dengan betul. Jika pemakaian topeng diwajibkan kepada semua individu, maka pekerja kesihatan frontliner akan menghadapi masalah bekalan kelak.
Tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan topeng muka dalam menghindarkan penyakit yang melibatkan saluran pernafasan.
Prioriti seharusnya diberikan kepada sektor kesihatan berbanding dengan penggunaan kasual dalam komuniti setempat. Amalan basuh tangan dan jarak sosial sudah mencukupi untuk menghindarkan jangkitan COVID-19.
Artikel berkaitan:
Walau bagaimanapun hujah tersebut dibangkang oleh David Hui, Pakar Perubatan Respiratologi dari Universiti Hong Kong. Menurutnya, pemakaian topeng muka sewaktu wabak sedang melanda boleh dianggap sebagai common sense.
Walaupun tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan topeng muka, itu tidak seharusnya menjadi sebab mengapa kita tidak perlu memakainya untuk melindungi diri.
Sukar untuk kajian dijalankan memandangkan protokol mendedahkan jangkitan kepada individu yang tidak memakai topeng muka dianggap tidak beretika.
Oleh sebab jangkitan COVID-19 boleh tersebar walaupun seseorang individu itu tidak menunjukkan simptom, pemakaian topeng muka dianggap satu alternatif terbaik untuk mengelakkan penularan wabak.
Sebelum ketibaan wabak, topeng muka bukan sahaja dipakai untuk elak jangkitan kuman. Di Asia terutamanya, terdapat individu yang memakainya untuk tujuan penampilan di khalayak ramai.
Di Jepun sebagai contoh, terdapat individu yang memakai topeng muka pada musim sejuk atau mereka ingin menutup bibir bengkak dan hidung merah pada musim alergi.
Pemakaian topeng muka di negara di Asia boleh dikatakan lazim. Tiada apa yang pelik pun jika anda terjumpa individu yang memakai topeng muka.
Di negara Eropah, aktiviti sosial mereka mementingkan aspek penampilan dan cara seseorang itu memperagakan diri mereka.
Ekspresi wajah, tentangan mata dan penggunaan topeng muka boleh mempengaruhi tahap keakraban sosial yang akan dialami oleh individu.
Pemakaian topeng muka dilihat sebagai satu tindakan tidak menghormati individu lain sekiranya pemakai tidak sakit. Jika sakit, mereka memakai topeng muka sebagai isyarat sosial supaya orang di sekeliling menjauhi mereka.
Jadi, reaksi individu berbeza bergantung di mana anda berada. Pada musim wabak, jika anda memakai topeng muka di Eropah anda akan distigmakan dengan jangkitan COVID-19.
Di Asia pula, jika anda tidak memakai topeng muka, orang lain akan memandang serong terhadap anda.
Penerapan nilai budaya ini sedikit sebanyak mempengaruhi pendapat kita berkenaan dengan pemakaian topeng muka.
Pada amatan penulis, tidak perlulah kita memakai topeng muka jika sihat ketika wabak COVID-19 sedang melanda. Mengapa?
[mc4wp_form id=”115319″]
Jika anda sakit atau ditugaskan untuk menjaga orang sakit, pemakaian topeng muka boleh mencegah penularan jangkitan. Buat individu sihat, penulis nasihatkan supaya tidak memakai topeng muka melainkan apabila perlu.
Praktikkan amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap bagi membendung jangkitan wabak COVID 19.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!
195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome
Pemegang Pam Minyak Boleh Sebar COVID-19? Adakah Kena Pakai ‘Gloves’ Ketika Isi Minyak?
Pakai Topeng Muka Dalam Kapal Terbang TINGKAT Risiko Jangkitan Virus Korona?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen