backup og meta

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Ramai sedia maklum bahawa kanak-kanak hanya alami simptom ringan apabila dijangkiti virus korona baharu.

    Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, ada laporan melibatkan 85 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan simptom persis penyakit kawasaki.

    Walaupun kanak-kanak dalam majoriti kes terlibat tidak menunjukkan sebarang simptom berkaitan dengan masalah pernafasan, tapi mereka disahkan positif COVID-19.

    Jumlah kes positif bagi jangkitan pandemik tersebut telah melebihi 4 juta di seluruh dunia.

    Di Malaysia, catatan kes positif adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Adakah kanak-kanak berisiko untuk mengalami simptom kawasaki kesan daripada jangkitan virus COVID-19?

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit kawasaki

    Penyakit kawasaki tidaklah begitu terkenal. Ia merupakan satu penyakit jarang jumpa melibatkan masalah keradangan salur darah dalam populasi kanak-kanak.

    Jika tidak dirawat, mereka yang didiagnosis berisiko untuk mengalami komplikasi jantung yang boleh menyebabkan kematian.

    Kira-kira 75% pesakit yang mengalami penyakit kawasaki berusia 5 tahun dan ke bawah. 

    Lelaki juga lebih berisiko berbanding perempuan untuk didiagnosis dengan masalah ini.

    Simptom utama bagi penyakit kawasaki adalah demam panas lebih daripada 4 hari.

    Selain itu, mereka yang mengalami masalah kesihatan ini juga boleh menunjukkan gejala seperti berikut:

    1. Kelenjar leher bengkak. 
    2. Tangan dan kaki membengkak dan kemerahan. Ia juga boleh mengelupas. 
    3. Mata merah. 
    4. Lidah menjadi merah dan bengkak. 
    5. Ruam badan. 

    Anda mungkin berminat:

    Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

    Rawatan bagi penyakit ini perlu dilakukan di hospital memandangkan risiko untuk mendapat komplikasi tinggi.

    Ubat seperti paracetamol (ubat demam), aspirin (ubat antiradang) dan rawatan immunoglobulin akan diberikan berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit.

    Walaupun penyakit kawasaki boleh mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan masalah salur darah mengembung (aneurisme), tapi rawatan awal boleh mengurangkan risiko berlakunya komplikasi tersebut.

    Kaitan di antara penyakit Kawasaki dan COVID-19

    Walaupun gejala yang ditunjukkan oleh 85 kanak-kanak yang positif COVID-19 mirip penyakit kawasaki, namun kebanyakan pakar berpendapat ia bukanlah masalah kesihatan itu sendiri. 

    Perkara ini masih lagi sedang dikaji, namun ia berkemungkinan berpunca dari proses keradangan yang disebabkan oleh virus korona terhadap salur darah kanak-kanak.

    Masih banyak perkara yang kita tidak tahu berkaitan dengan virus korona baharu.

    Dr Katie Schafer, seorang pakar kanak-kanak di Michigan telah menasihatkan ibu bapa untuk segera membawa anak ke hospital jika terdapat simptom seperti yang tersenarai di atas.

    penyakit kawasaki

    Berbeza dengan penyakit kawasaki, sindrom keradangan COVID-19 ini menyebabkan komplikasi yang agak berbeza.

    Kanak-kanak yang menunjukkan gejala tersebut mudah untuk mendapat sindrom kejutan toksik (toxic shock syndrome).

    Perkara ini berbahaya buat kanak-kanak dan mereka perlu dipantau dengan rapi bagi memastikan keadaan mereka stabil.

    Orang dewasa berisiko rendah untuk mendapat penyakit kawasaki. Kenapa?

    Jika dilihat pada corak perkembangan penyakit kawasaki, kanak-kanak lebih cenderung untuk didiagnosis berbanding dengan orang dewasa.

    Perkara ini boleh dikaitkan dengan sistem imun badan yang masih lagi tidak matang dalam kanak-kanak.

    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna orang dewasa bebas risiko daripada mendapat masalah yang sebegini rupa.

    Oleh sebab kebanyakan pakar masih lagi kelu berkaitan dengan sindrom keradangan COVID-19, perbandingan sering dibuat dengan penyakit kawasaki.

    Jika orang dewasa didiagnosis dengan penyakit kawasaki, mereka boleh mengalami komplikasi yang sama dengan kanak-kanak.

    Walau bagaimanapun, jumlah kes kawasaki yang direkodkan di seluruh dunia dalam kalangan orang dewasa sangat jarang.

    Adakah ibu bapa perlu risau akan risiko jangkitan COVID-19 pada kanak-kanak?

    penyakit kawasaki

    Berbeza dengan orang dewasa, kanak-kanak berisiko untuk menjadi penyebar virus dalam diam.

    Di Amerika Syarikat, negara yang mempunyai jumlah kes positif tertinggi di dunia, hanya 2% merangkumi populasi berusia 18 tahun dan ke bawah.

    Mereka yang bergejala pula hanya menunjukkan simptom ringan.

    Walau bagaimanapun, kita masih lagi tidak mendapat gambaran sepenuhnya berkenaan potensi virus ini terhadap kanak-kanak.

    Baca juga:

    Di Amerika, 3 kanak-kanak/remaja yang hadir dengan gejala menyerupai kawasaki, maut.

    Maklumat yang ada berkaitan dengan fenomena ini tidak mencukupi untuk dijadikan bahan bagi mengakses tahap risiko jangkitan.

    Jika dilihat pada jumlah mereka yang didiagnosis dengan simptom kawasaki di New York (75), ia hanya merangkumi sebahagian kecil populasi tersebut (lebih daripada 4,500 kanak-kanak positif COVID-19). 

    Buat masa sekarang, ibu bapa tidak perlu panik. 

    Jika anak anda mengalami simptom berkaitan, bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk siasatan lanjut.

    Tidak semestinya jika mereka mula naik ruam, mereka sudah boleh didiagnosis dengan penyakit yang menyerupai kawasaki.

    Simptom yang tersenarai boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain.

    Konklusi

    covid

    Walaupun kelihatan serupa, simptom mirip penyakit kawasaki yang berlaku di Amerika berkemungkinan bukan penyakit kawasaki.

    Oleh sebab kita masih tidak faham sepenuhnya kesan patologi virus COVID-19, keradangan salur darah dalam kanak-kanak yang positif mungkin merupakan salah satu daripada komplikasinya.

    Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu bimbang. Ambil perhatian terhadap anak anda dan jika mereka menunjukkan gejala, bawa mereka berjumpa dengan doktor.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan