backup og meta

Bawa Anak Bermain Di Taman Permainan, Selamat Ke Dari COVID-19?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/04/2020

    Bawa Anak Bermain Di Taman Permainan, Selamat Ke Dari COVID-19?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Cuti sekolah kali ini pastinya membosankan kerana tiada sebarang aktiviti percutian disebabkan jangkitan COVID-19. Tetapi boleh tak kalau bawa anak bermain di taman permainan kawasan perumahan?

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Bolehkah bermain di taman permainan?

    Biasanya apabila menjelang cuti persekolahan, pasti ibu bapa akan membawa anak-anak bercuti, tidak kira di dalam mahupun ke luar negara.

    Namun akibat penularan jangkitan COVID-19, cuti sekolah kali ini, bertukar menjadi sesuatu yang agak membosankan. Malahan disebabkan kes berkaitan virus ini semakin meningkat, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020

    Baca juga:

    Bosan, adalah 1 perkara yang tidak dapat dielakkan apatah lagi jika anak-anak terpaksa duduk di rumah sepanjang hari. Hmmm…bagaimana kalau bawa mereka bermain di taman permainan rumah?

    Adakah anda berasakan itu adalah 1 idea yang bagus? Mungkin akan ada yang menjawab, bawa anak pergi bermain di taman permainan dan sebelum balik, cuci tangan dengan gel pembersih tangan sebelum pulang ke rumah.

    jangkitan covid-19

    Apabila tiba di rumah, anak-anak akan disuruh untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau lebih baik lagi, mandi. Namun, adakah ia 1 langkah yang baik untuk membawa mereka ke taman permainan?

    Memahami keadaan sebenar jangkitan COVID-19

    Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, ia bukan bermakna anda langsung tidak dibenarkan keluar. Namun harus membataskan pergerakan.

    Situasinya adalah seperti anda disarankan untuk mengelak daripada keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah jika tiada keperluan. Tetapi anda masih boleh pergi ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan. 

    Jadi adakah itu bermakna ibu bapa boleh membawa anak bermain di taman permainan? Jawapannya adalah TIDAK sama sekali.

    Perintah Kawalan Pergerakan ini pastinya turut melibatkan bermain di taman. Ia adalah 1 langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19. Cara terbaik adalah untuk bermain di rumah sepanjang hari. bermain di taman permainan

    Taman permainan kedengaran sangat menyeronokkan buat anak-anak dan mungkin ada yang menganggap penyebaran virus adalah kurang apabila si kecil berada di persekitaran terbuka. 

    Namun, ketahuilah bahawa virus COVID-19 mempunyai keupayaan untuk berada pada sebarang permukaan berjam-jam lamanya sehingga 9 hari. Tidakkah itu cukup untuk mewujudkan kerisauan dalam diri anda?

    Lebih membimbangkan adalah taman permainan merupakan tempat di mana kanak-kanak dan juga individu dewasa berkumpul, ini sekali gus menyukarkan jarak sosial yang disarankan. 

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut menasihatkan agar ibu bapa mengelakkan aktiviti berkumpul di tempat awam bagi kanak-kanak dan juga remaja untuk mengurangkan dan mencegah penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti.

    Usah bermain di taman permainan

    Taman permainan adalah tempat yang menyeronokkan tetapi adakah ia selamat? 1 perkara yang pasti, ia sesak dengan kunjungan ramai individu. Sudah tentu tiada jarak sosial apabila di sana.

    Tetapi bagaimana kalau taman permainan itu kosong, tiada seorang individu pun? Hmmm…adakah anda pasti kawasan tersebut bebas daripada sebarang jangkitan COVID-19? Atau mungkin ada jangkitan yang sedang menunggu pada buaian mahupun gelongsor?

    Bawa Anak Bermain Di Taman Permainan, Selamat Ke Dari COVID-19?

    “Tidak mengapa, tunggulah cuaca panas nanti, akan matilah segala virus.” Yakinnya anda. Tetapi benarkah?

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebarang perubahan cuaca, sama ada panas mahupun sejuk, tidak akan dapat membantu mencegah penularan wabak coronavirus ini.

    Hanya dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun sahaja akan dapat membantu. Malahan, memakai gel pembersih tangan sahaja juga tidak membantu mencegah jangkitan kuman. 

    Jangkitan COVID-19 mampu bertahan lama

    Penyelidikan berkaitan virus korona ini masih sedang dijalankan. Malah kita juga tidak mengetahui tentang sebarang jangkitan atau virus yang berada pada permukaan yang disentuh. 

    Penyelidik dari National Institutes of Health di Princeton University dan University of California Los Angeles telah melakukan kajian untuk melihat tempoh masa virus korona dapat bertahan pada permukaan.

    Baca juga:

  • Takut Bawa Pulang COVID-19 Ke Rumah? Ini Cara Bersihkan Diri & Rumah Selepas Balik Beli Barang Dapur
  • Rumah Kotor?! Anda Mungkin Berisiko Untuk Menyebarkan COVID-19
  • Kajian dilakukan dengan menjatuhkan sejumlah kecil virus COVID-19 pada pelbagai permukaan.

    Hasil kajian menunjukkan virus novel coronavirus mengambil masa lebih 16 jam untuk mati – tetapi hanya bagi separuh virus. Manakala baki virus akan bertahan pada permukaan untuk tempoh masa berhari-hari.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Jangan mementingkan diri sendiri

    Jadi jawapan paling mudah kepada persoalan untuk membawa anak bermain di taman permainan adalah TIDAK BOLEH. Usah sekadar memikirkan tentang keseronokan semata-mata. 

    Sekarang bukannya masa untuk berseronok, tetapi ia adalah tempoh untuk berjaga-jaga dan berwaspada. Sentiasa menjaga kebersihan diri, cucilah tangan dengan kerap dan elakkan berada di kawasan tumpuan ramai. 

    Jika anda mengalami sebarang simptom jangkitan, lakukan pemeriksaan segera. Jangan mementingkan diri sendiri. Bersama kita mencegah penularan jangkitan COVID-19 ini.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan