Peperangan menentang coronavirus belum lagi selesai, timbul pula sejenis virus yang telah meragut nyawa di Kazakhstan. Apakah jangkitan paru-paru yang dihebohkan oleh seluruh dunia ini, dan benarkah ia berbahaya seperti COVID-19?
Anda pasti?
Peperangan menentang coronavirus belum lagi selesai, timbul pula sejenis virus yang telah meragut nyawa di Kazakhstan. Apakah jangkitan paru-paru yang dihebohkan oleh seluruh dunia ini, dan benarkah ia berbahaya seperti COVID-19?
Kazakhstan menjadi tumpuan media seluruh dunia setelah Kedutaan Besar China menyatakan ada kes “keradangan paru-paru yang tidak diketahui” di negara tersebut.
Kedutaan Besar China mendakwa, kes tersebut lebih dahsyat jika dibandingkan dengan coronavirus. Sehingga kini, jangkitan paru-paru ini dikatakan telah membunuh lebih daripada 1,700 orang di Kazakhstan.
Namun, kerajaan Kazakhstan membantah laporan mengenai kemudaratan virus tersebut, dengan mendedahkan kes-kes itu adalah “pneumonia virus etiologi yang tidak ditentukan” di negara itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat, kes “keradangan paru-paru yang tidak diketahui” yang dilaporkan di Kazakhstan kemungkinan kes COVID-19.
Mike Ryan, Ketua Program Kecemasan WHO berkata, “Jumlah kes COVID-19 di Kazakhstan menunjukkan banyak kes sebenarnya kes COVID-19 yang tidak didiagnosis.”
Oleh itu, Kazakhstan akan memanjangkan tempoh perintah kawalan pergerakan kebangsaan sesi kedua kerana peningkatan kes COVID-19 dan wabak “pneumonia yang tidak diketahui”.
Perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan sehingga akhir bulan Julai ini.
Negara Kazakhstan yang kaya dengan penghasilan minyak ini telah mengesahkan hampir 60,000 kes COVID-19 dengan 375 kematian (setakat 16 Julai 2020).
Selain itu, mereka turut melaporkan kekurangan tempat di hospital dan ubat-ubatan yang diperlukan.
Jumlah kes baru harian kini dalam trend menurun, di mana terdapat 1,646 kes pada hari Isnin berbanding dengan 1,798 kes pada hari Ahad.
Pneumonia atau keradangan paru-paru merupakan jangkitan kuman di satu atau kedua-dua paru-paru.
Ia boleh disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat. Jangkitan paru-paru dianggap serius kerana kantung udara akan diisi oleh nanah dan cecair lain.
Sebilangan virus yang menyebabkan selesema boleh menyebabkan keradangan paru-paru.
Virus adalah penyebab keradangan paru-paru yang paling biasa dialami oleh kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Virus pneumonia sering terjadi disebabkan oleh:
Akan tetapi, virus terkini iaitu coronavirus juga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan tahap keradangan yang lebih teruk.
Jika tidak dirawat, keradangan paru-paru yang disebabkan oleh virus boleh bertukar menjadi jangkitan bakteria dan memerlukan rawatan segera.
Sesiapa sahaja boleh menghidap radang paru-paru. Walau bagaimanapun, kumpulan yang berisiko tinggi termasuklah :
Tanda dan gejala jangkitan paru-paru ringan selalunya sama dengan selesema, tetapi tempoh masa untuk simptom hilang adalah lebih lama.
Tanda dan gejala radang paru-paru termasuklah :
Ramai individu yang terkesan dan jatuh sakit akibat wabak COVID-19 ini.
WHO mendedahkan kira-kira 80% jangkitan coronavirus tidak mempunyai gejala atau gejala yang ringan sahaja seperti selesema.
Salah satu komplikasi untuk COVID-19 ialah jangkitan paru-paru. Menurut WHO, diagnosis yang biasa dikaitkan dengan tahap COVID-19 teruk ialah keradangan paru-paru yang teruk.
Perbezaan antara radang paru-paru dan COVID-19 biasanya ditentukan secara klinikal.
Sekiranya keadaan pesakit COVID-19 menjadi lebih teruk dengan demam bersuhu tinggi dan mengalami kesusahan untuk bernafas, para doktor akan membuat imbasan X-ray atau skan CT.
Jika tidak dirawat segera, keadaan pesakit akan merosot dan mungkin meragut nyawa.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa (CDC), rawatan pesakit dengan kes-kes COVID-19 yang teruk biasanya tertumpu lebih kepada menangani komplikasi.
Sekiranya doktor mengesyaki bahawa seseorang itu mengalami jangkitan paru-paru, pesakit akan diberikan rawatan antibiotik walaupun ia tidak mengubati COVID-19.
Jika pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas, mereka mungkin memerlukan terapi ventilator atau oksigen untuk membantu pernafasan.
Walaupun tidak terdapat wabak virus terbaru seperti yang digemparkan, kita haruslah menjaga kesihatan dan kebersihan diri seperti yang disyorkan oleh kerajaan kita.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen