Gempar! Virus Baru Mirip H1N1, Virus G4 Ada Potensi Untuk Jadi Pandemik!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pakar penyelidik di China telah menemui sejenis virus baru yang dinamakan virus G4 EA H1N1.

Virus ini berkait rapat dengan strain selesema babi H1N1 yang pernah menjadi pandemik pada sekitar tahun 2009.

Menurut saintis, virus tersebut mampu menjadi ancaman baru untuk manusia sama seperti COVID-19.

Namun, pakar juga memberikan jaminan bahawa virus G4 ini tidak akan menjadi ‘pandemik kedua’ dalam masa terdekat.

Virus G4 EA H1N1, sejenis virus baru berpotensi menjadi pandemik

virus H1N1

Menurut U.S. Journal, Proceeding of the National Academy of Sciences (PNAS), virus G4 mempunyai semua ciri-ciri virus yang mampu merebak dan menjangkiti manusia.

Pada tahun 2011 hingga 2018, penyelidik di China telah mengambil hampir 30,000 sampel daripada hidung babi di rumah sembelih di 10 negeri berbeza dan 0sebuah hospital veterinar.

Mereka telah berjaya mengasingkan 179 strain virus selesema babi yang berbeza. Majoriti daripada virus tersebut merupakan virus yang dominan untuk babi semenjak 2016.

Salah satu daripadanya ialah virus G4 EA H1N1 yang didapati boleh menjangkiti manusia.

Virus G4 bukanlah virus yang baru muncul. Sebenarnya, ia merupakan virus yang biasa dalam kalangan babi.

Namun, saintis baru dapat mengenal pasti keupayaan virus G4 untuk menjangkiti manusia baru-baru ini.

Virus G4 menjangkiti pekerja ladang babi

Menurut kajian tersebut, virus ini telahpun menjangkiti 10% (35 daripada 338 orang) daripada pekerja di tempat sembelihan babi di China yang menjadi salah satu pusat kajian mereka.

Mereka mendapati bahawa individu yang telah dijangkiti dengan virus ini mempunyai sejenis antibodi yang spesifik untuk melawan virus G4.

Walau bagaimanapun, antibodi ini tidak dikesan dalam badan manusia lain.

Menurut Dr. Angela Rasmussen, seorang ahli virologi melalui Twitter miliknya pada 30 Jun lepas, untuk sesuatu virus berupaya menjadi pandemik, ia perlu mempunyai beberapa ciri.

Virus selesema babi ini perlu berupaya untuk masuk ke dalam sel perumah, membahagikan dirinya untuk buat lebih banyak virus, menjangkiti perumah lain dan kemudian menyebabkan perumah jatuh sakit.

Virus G4 telah terbukti boleh memasuki sel manusia dan juga haiwan.

Ia boleh memasuki sistem pernafasan manusia melalui sel epitelium yang berada di kawasan pernafasan seperti virus H1 yang lain.

Virus ini juga boleh membuat salinan dirinya sendiri dan membiak di dalam sel epitelium manusia.

Oleh itu, ia boleh merebak dari satu perumah ke perumah yang lain melalui titisan air seperti bersin ataupun batuk sama seperti COVID-19.

Anda mungkin juga berminat:

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Virus G4 EA H1N1 tidak dapat menjangkiti antara manusia ke manusia lain

Sebuah ujian makmal yang melibatkan musang telah dijalankan di China untuk mengenal pasti potensi sebenar virus ini.

Berdasarkan dapatan mereka, virus ini boleh merebak dan menjangkiti antara satu musang ke musang yang lain.

Walau bagaimanapun, setakat ini virus selesema babi ini masih belum boleh merebak antara satu manusia ke manusia yang lain.

Pada masa sekarang, pesakit yang dijangkiti virus ini tidak menunjukkan simptom yang lebih teruk daripada H1N1.

Malah, pekerja yang dijangkiti di kawasan sembelihan babi tersebut juga boleh pulih dan dapat menjalani hidup seperti biasa.

selesema babi

Menurut PNAS, babi merupakan antara haiwan yang perlu dipantau kerana kekerapannya menjadi perumah kepada virus yang boleh menjangkiti manusia.

Menurut Carl Bergstrom, seorang ahli biologi di University of Washington, walaupun manusia terdedah kepada virus ini selama 5 tahun, masih tidak ada bukti kukuh yang menunjukkannya mampu merebak dari satu manusia ke manusia yang lain.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, PNAS telah menggesa kerajaan China agar memantau individu yang terlibat dalam pekerjaan dengan babi.

Baca lagi:

Virus H1N1 atau selesema babi bakal menjadi pandemik baharu?

Berikutan berita ini, adakah kita bakal menghadapi ancaman pandemik berganda dalam masa terdekat? Jawapannya ialah – tidak juga.

Kajian yang dijalankan oleh PNAS bukan bertujuan untuk memberi amaran kepada orang awam mengenai bahaya pandemik baru.

Tetapi, fokus utamanya adalah untuk mengesan strain virus yang perlu dipantau.

Proses pemantauan sebegini adalah penting untuk menghalang sejarah penyakit seperti COVID-19 berulang.

Oleh itu, usaha ini merupakan satu cara untuk saintis bertindak mematahkan jangkitan virus pada peringkat awal.

Virus G4 masih perlu melalui perubahan genetik sebelum ia berupaya merebak antara manusia ke manusia yang lain.

Seperti virus COVID-19, tidak mustahil untuk virus G4 berupaya lakukan perkara yang sama.

Namun, jika ia tiba-tiba boleh bermutasi dan merebak antara manusia, saintis sudah lebih bersedia untuk melawan penyakit ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan