backup og meta

Roseola, Jangkitan Yang Biasa Berlaku Kepada Kanak-Kanak & Menyebabkan Ruam!

Roseola, Jangkitan Yang Biasa Berlaku Kepada Kanak-Kanak & Menyebabkan Ruam!

Adakah anda tahu apa itu roseola? Ia merupakan jangkitan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak dan menyebabkan ruam. Jom klik artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu roseola?

Roseola (roseola infantum) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia biasanya tidak berbahaya dan hilang dengan rehat yang cukup dan ubat-ubatan.

Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, ia boleh mengakibatkan demam panas, yang membawa kepada komplikasi.

Apa risiko roseola?

Roseola adalah sangat biasa berlaku. Ia biasanya menjejaskan kanak-kanak dari umur enam bulan hingga dua tahun. Ia jarang berlaku selepas berumur empat tahun.

Kebanyakan kanak-kanak dijangkiti roseola pada usia memasuki tadika. Kadang-kadang, ia juga boleh menjejaskan orang dewasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apa gejala roseola?

apa itu roseola

Simptom roseola muncul selepas seminggu atau dua selepas dijangkiti. Kadang-kadang mungkin tiada simptom atau mempunyai simptom yang sangat ringan. Ia termasuklah:

Tanda-tanda dan simptom-simptom roseola lain termasuklah:

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anak atau anda mempunyai mana-mana yang berikut:

  • Anak anda demam yang lebih tinggi daripada 39.4oC
  • Anak anda mempunyai roseola dan demam lebih dari tujuh hari
  • Ruam tidak bertambah baik selepas tiga hari
  • Sekiranya sistem imun anda terjejas dan anda bertemu dengan individu yang menghidap roseola

Yang terbaik ialah berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

apa itu roseola

Apa sebab apa itu roseola?

Roseola adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh human herpes virus 6, atau dalam sesetengah kes, oleh human herpes virus 7.

Virus itu tersebar dari individu ke individu melalui hubungan fizikal dengan individu yang sakit atau barang peribadi mereka yang dijangkiti virus.

Sebagai contoh, seorang anak yang sihat yang berkongsi cawan dengan seorang kanak-kanak yang mempunyai roseola boleh memindahkan virus itu. Biasanya ia tidak tersebar luas kepada masyarakat.

Orang dewasa yang tidak pernah mengidap roseola ketika kanak-kanak boleh dijangkiti di kemudian hari, walaupun penyakit ini cenderung menjadi ringan pada orang dewasa yang sihat.

Walaupun anda tidak mengalami sebarang ruam atau demam ringan, masih terdapat risiko virus tersebar kepada anak dan ahli keluarga lain dari pernafasan atau air liur.

Ketahui faktor risiko

Apa faktor risiko kondisi ini?

Kanak-kanak di zaman tadika paling terdedah kepada roseola kerana sistem imun mereka belum kuat sepenuhnya.

Selain itu, berada di dalam persekitaran bilik darjah dapat meningkatkan risiko menyebarkan virus dari individu ke individu yang lain.

Umur yang paling biasa untuk kanak-kanak untuk dijangkiti roseola adalah antara enam dan 15 bulan.

apa itu roseola

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah apa itu roseola didiagnosis?

Roseola didiagnosis melalui sejarah perubatan dan peperiksaan fizikal.

Doktor kenalpasti ia roseola jika anak anda mengalami demam dan ruam yang jelas atau, dalam beberapa kes, dengan ujian darah untuk memeriksa antibodi roseola.

Bagaimanakah apa itu roseola dirawat?

Ubat digunakan untuk mengawal demam tinggi. Beberapa ubat-ubatan biasa adalah acetaminophen (seperti Tylenol) dan ibuprofen (seperti Advil atau Motrin).

Anda juga perlu memberi anak mandi span untuk mengurangkan suhu. Jika anda memberi ubat kepada bayi anda, ikut nasihat doktor anda tentang jumlah yang diberikan.

Jangan memberi aspirin kepada sesiapa yang berusia lebih muda dari 20 tahun kerana risiko sindrom Reye.

Sekiranya simptom ringan, ruam roseola akan hilang tanpa rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Roseola, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15785-roseola-infantumsixth-disease, Accessed Oct 27 2023.
  2. Roseola, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/roseola/basics/definition/con-20023511, Accessed Oct 27 2023.
  3. Roseola, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/roseola, Accessed Oct 27 2023.
  4. Roseola, https://www.childrenshospital.org/conditions/roseola, Accessed Oct 27 2023.
  5. Roseola, https://www.cincinnatichildrens.org/health/r/roseola, Accessed Oct 27 2023.

 

Versi Terbaru

31/10/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selalu Kena Gigit Nyamuk? Ini 7 Pokok Halau Nyamuk Anda MESTI Tanam Di Rumah!

Tumbuh Bintik Merah Di Badan, Sebab Cacar Air Atau Campak? Ini Bezanya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan