backup og meta

Ramai Ingat Beguk Dah Hilang – Tapi Ini Fakta Sebenar Tentangnya

Apa itu beguk? Beguk ialah jangkitan virus yang menyebabkan pembengkakan kelenjar air liur, terutama di kawasan pipi atau leher. Ia boleh menyebabkan demam, sakit ketika mengunyah, dan menelan, serta mudah berjangkit melalui titisan air liur.

Ramai Ingat Beguk Dah Hilang – Tapi Ini Fakta Sebenar Tentangnya

Bagi mereka yang lahir pada tahun 2002 dan ke atas, beguk mungkin perkara jarang dan baru bagi mereka.

Terima kasih kepada vaksin MMR (campak, beguk, rubella) yang mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2002, bilangan kes beguk menurun dengan mendadak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Apa itu beguk? Kenapa beguk terjadi?

Untuk pengetahuan anda, apa itu beguk atau mumps adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh sejenis virus bernama mumps virus.

Tanda tanda beguk yang utama penyakit ini adalah bengkak pada pipi, sama ada di satu atau kedua-dua bahagian pipi.

Bahagian yang bengkak itu adalah kelenjar parotid, iaitu sejenis kelenjar yang berfungsi menghasilkan air liur.

Kenapa jadi beguk? Virus beguk boleh tersebar melalui air liur, hingus atau sentuhan langsung dengan pesakit.

apa itu beguk
Beguk boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak.

Cara untuk kenali tanda tanda beguk

Tempoh antara terdedah kepada virus dan simptom adalah lebih kurang 2 minggu. Biasanya, ia akan bermula dengan apa gejala beguk seperti di bawah:

  • Demam.
  • Letih badan.
  • Sakit kepala.
  • Hilang selera makan.

Selepas beberapa hari, suhu badan meningkat tinggi (39°C) diikuti dengan bengkak pada kelenjar parotid. Kemungkinan, kelenjar yang bengkak itu menjadi sakit.

Tahap simptom orang dewasa dan kanak-kanak mungkin berbeza. Ada yang boleh meneruskan aktiviti seperti biasa, ada juga yang tidak boleh lasak dan keletihan.

Jika tanpa komplikasi, apa gejala beguk mungkin akan kembali normal selepas 10 hingga 12 hari.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Beza beguk dan bengkak kelenjar?

Apa itu beguk? Beguk ialah jangkitan virus yang menyebabkan bengkak di kelenjar air liur, biasanya di bawah telinga.

Bengkak kelenjar pula boleh berlaku akibat pelbagai sebab lain seperti jangkitan bakteria, selsema atau tonsil, bukan semestinya beguk.

Berapa lama beguk sembuh?

apa itu beguk
Ketahui pula berapa lama beguk sembuh.

Sebenarnya tiada rawatan khusus untuk beguk.  Tetapi, rawatan simptom boleh mengurangkan simptom beguk dalam masa dua minggu. Sebab itulah penting bagi anda mendapatkan vaksin bagi mencegah beguk terjadi.

Langkah-langkah berikut boleh membantu menguruskan gejala:

Cara merawat beguk dengan cepat

Antibiotik tidak akan berkesan melawan virus beguk. Ubat khusus untuk melawan mumps virus juga tiada di pasaran.

Apa yang boleh dilakukan adalah rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom:

  • Rehat di rumah.
  • Ambil ubat seperti Paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Tuam ais pada kelenjar yang bengkak.
  • Banyakkan minum air.
  • Makan makanan yang lembut untuk memudahkan menelan.
  • Elakkan makanan pedas bagi mengurangkan kelenjar parotid bekerja.
apa itu beguk
Elak penyakit dengan pengambilan vaksin.

Dalam tempoh penyakit, doktor akan meminta anda untuk duduk di rumah supaya tidak menyebarkannya kepada orang lain.

Dalam amalan orang dahulu, biasanya nila akan disapu pada kawasan beguk orang dewasa atau kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, keberkesanannya tidak dapat disahkan.

Mengapa perlu divaksin?

Benarkah beguk tiada ubat dan hanya vaksin boleh membantu mencegah?

Tiada ubat yang boleh membantu melawan virus ini dan ia adalah penyakit berjangkit. Dengan adanya vaksin, beguk akan dapat dicegah!

Tambahan pula, terdapat beberapa komplikasi bahaya termasuk mandul, keguguran, meningitis, ensefalitis dan pankreatitis.

Anak-anak anda tidak perlu lagi menghidapi beguk kerana sudah ada vaksin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mumps, http://www.cdc.gov/mumps/, Accessed Jul 27 2020.
  2. Mumps, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15007-mumps, Accessed Jul 27 2020.
  3. Mumps, https://www.nfid.org/infectious-disease/mumps/, Accessed Jul 27 2020.
  4. Mumps: Questions and Answers, https://www.immunize.org/catg.d/p4211.pdf, Accessed Jul 27 2020.
  5. Mumps, https://www.immune.org.nz/diseases/mumps, Accessed Jul 27 2020

Versi Terbaru

19/06/2025

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Kes Meningkat, Ikut 6 Cara Berkesan Ini Untuk Merawat Demam Denggi

Ramai Yang Tak Bergejala Tapi Dijangkiti COVID-19! Ini 5 Tahap Jangkitan Yang Perlu Anda Tahu


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Dikemas kini 19/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan