Setapak, 27 Disember, 2024- Hospital Columbia Asia mengadakan perkongsian berkaitan penyakit di musim banjir oleh Dr Shantini, Pakar Perunding Perubatan Dalaman, merupakan usaha sebagai peringatan kepada mangsa-mangsa di kawasan banjir.
Setapak, 27 Disember, 2024- Hospital Columbia Asia mengadakan perkongsian berkaitan penyakit di musim banjir oleh Dr Shantini, Pakar Perunding Perubatan Dalaman, merupakan usaha sebagai peringatan kepada mangsa-mangsa di kawasan banjir.

Banjir sering berlaku di Malaysia terutama sekali ketika musim tengkujuh.
Air banjir mengandungi pelbagai mikroorganisma dan parasit yang berisiko menyebabkan pelbagai penyakit sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga dari segi keselamatan dan kesihatan.
Banjir meningkatkan risiko penyakit berjangkit melalui beberapa cara.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Penyakit bawaan air adalah disebabkan air yang bercampur dengan lumpur atau tanah yang tercemar.
Makanan sangat berisiko untuk dicemari dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan yang membawa kepada muntah dan cirit-birit. Antara penyebab penyakit bawaan air adalah:
Vektor adalah pembawa penyakit yang dapat memindahkan patogen berjangkit kepada organisma lain dan menyebabkan penularan penyakit tesebut.
Nyamuk dan tikus merupakan antara vektor yang aktif menyebarkan penyakit ketika banjir melalui gigitan (nyamuk) atau sentuhan langsung dengan air kencing haiwan (seperti tikus).
Antara penyakit bawaan vektor adalah:
Jangkitan kulat atau bakteria akibat kulit terdedah kepada air tercemar dalam tempoh yang lama.
Oleh sebab itu, orang ramai sangat tidak digalakkan untuk bermain, bermandi-manda mahupun berada dalam air banjir untuk tempoh yang lama kerana ini dapat meningkatkan risiko penyakit kulit.

Mangsa-mangsa banjir selalunya akan ditempatkan di dalam tempat pemindahan sementara dan ini boleh menyebabkan kesesakan terutamanya di kawasan banjir yang teruk.
Keadaan ini boleh menyebabkan penularan jangkitan pernafasan akut (ARI) dan jangkitan pernafasan kronik. Antaranya:
Antara rawatan bagi pesakit adalah seperti:

Tambahan pula, aktiviti di kawasan air bertakung / lopak air perlu dikurangkan untuk mengelakkan jangkitan.
Penjagaan pemakanan juga penting untuk menguatkan imuniti dengan mengambil makanan yang berkhasiat.
Selain daripada itu, masyarakat yang tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin seperti vaksin tetanus atau kolera.
Kesihatan adalah keutamaan dan kita hendaklah sentiasa berwaspada serta bertindak segera apabila berasa kurang sihat dalam situasi banjir.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
08/12/2025
Ditulis oleh Siti Fatihah
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor