Tahukah anda, anda boleh mendapat penyakit Lyme dengan hanya melalui gigitan kutu? Apakah penyakit Lyme ini dan kaitannya dengan kutu?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, anda boleh mendapat penyakit Lyme dengan hanya melalui gigitan kutu? Apakah penyakit Lyme ini dan kaitannya dengan kutu?
Sempena Bulan Kesedaran Penyakit Lyme sepanjang Mei ini, kami bawakan kepada anda topik mengenai cara mencegah daripada dijangkiti penyakit ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
Penyakit Lyme ialah sejenis penyakit yang berpunca daripada serangan bakteria, dan ia melibatkan empat spesies bakteria.
Bakteria Borrelia burgdorferi dan Borrelia mayonii biasa menyebabkan penyakit ini di kawasan Amerika Syarikat.
Manakala jenis bakteria Borrelia afzelii dan Borrelia garinii pula biasa menyebabkan jangkitan di kawasan Eropah dan juga Asia.
Penyakit ini boleh dikatakan sebagai penyakit bawaan kutu. Ini kerana ia merebak kepada manusia melalui gigitan parasit ini.
Dalam bahasa mudahnya, kutu berperanan sebagai agen pembawa bakteria yang boleh menjangkiti manusia lalu menyebabkan penyakit ini.
Terdapat pelbagai tanda atau simptom yang boleh berlaku sekiranya anda mendapat jangkitan penyakit ini.
Pada peringkat awal jangkitan, anda mungkin akan mengalami beberapa perkara seperti berikut:
Selain itu, dalam tempoh yang lebih panjang, penyakit ini yang tidak dirawat akan menunjukkan beberapa tanda lain seperti berikut:
Ada satu kajian yang dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), berkenaan jangkitan penyakit ini.
Mereka telah mendedahkan 160 ekor tikus kepada gigitan kutu yang mempunyai bakteria Borrelia mayonii.
Tikus-tikus ini kemudiannya telah dipantau dalam tempoh 24, 48 dan 72 jam selepas bermulanya gigitan kutu.
Selain itu, para penyelidik juga memantau keadaan tikus berkenaan selepas kutu tersebut kenyang.
Pada peringkat awal iaitu 24 dan 48 jam selepas digigit kutu, tiada sebarang tanda atau simptom jangkitan penyakit Lyme yang berlaku.
Namun, 72 jam selepas digigit kutu, terdapat 31 ekor tikus yang dijangkiti penyakit ini .
Selain itu, sekitar 57% tikus didapati telah dijangkiti penyakit ini selepas kutu menjadi kenyang.
Kajian ini menunjukkan bahawa, kita mempunyai tempoh sehingga 48 jam untuk menyingkirkan kutu tersebut daripada badan kita sebelum mula mendapat jangkitan penyakit ini .
Ini bermakna, sekiranya kita berjaya menyingkirkan lebih awal, risiko untuk mendapat penyakit Lyme amat rendah.
Cara terbaik bagi mencegah penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri daripada kawasan yang menjadi tempat pembiakan kutu.
Kutu amat gemar untuk menetap di kawasan berhutan, bersemak atau kawasan dengan rumput atau lalang yang panjang.
Ikuti tip di bawah ini untuk mengelakkan gigitan kutu:
Sebenarnya, tidak semua kutu mempunyai bakteria ini.
Hanya sebilangan kecil gigitan parasit ini sahaja yang boleh menyebabkan penyakit ini.
Apabila semakin lama kutu tersebut berada di tubuh kita, maka risiko untuk mendapat penyakit ini juga akan menjadi semakin besar.
Namun, sekiranya anda mempunyai beberapa petanda penyakit ini selepas digigit kutu, maka segeralah berjumpa dengan doktor yang berdekatan.
Pastikan anda berjumpa dengan doktor walaupun simptom-simptom yang berlaku tersebut telah reda.
Ini kerana, ada kalanya jangkitan penyakit ini boleh berlaku tanpa sebarang simptom.
Sekiranya anda membiarkan penyakit ini tanpa sebarang rawatan, ia bukan sahaja boleh menyebabkan ruam biasa, tetapi juga beberapa komplikasi lain yang lebih buruk.
Ini termasuklah penyakit arthritis dan yang berkaitan dengan sistem saraf.
Gigitan parasit ini bukan hanya berbahaya kepada kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.
Ia boleh menyebabkan serangan pada bahagian sendi dan otak anda sekiranya tidak dirawat.
Oleh sebab itu, jika anda berasa risau mengenai keadaan anda selepas digigit kutu, hadirkan diri ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan bersama doktor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen