backup og meta

Jumpa Darah Dan Telur Kecil Di Tilam? Ini Tanda Tempat Tidur Anda Banyak Kutu!

Jumpa Darah Dan Telur Kecil Di Tilam? Ini Tanda Tempat Tidur Anda Banyak Kutu!

Ramai yang mungkin hanya fokus pada cara menghindarkan gigitan nyamuk dan semut di saat tidur malam. Namun, kebanyakannya hanya buat endah tidak endah dengan kutu tilam walhal ia juga sama mengganggu lena anda.

Bahkan, individu cenderung tidak sangka rasa miang dan gatal setiap kali selepas bangun daripada lena itu adalah angkara parasit yang wujud di dalam tilam, bantal, cadar serta selimut.

Jangan begitu, kami akan bantu anda untuk kesan kewujudan hama atau pijat di tempat tidur!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

Sebenarnya, apa itu hama, pijat @ kutu tilam?

Untuk pengetahuan anda semua, kutu atau hama tidak hanya wujud di tempat tidur malah juga di tempat lain dalam rumah seperti sofa, karpet, langsir, tuala dan merata tempat lagi.

Umumnya, terdapat dua jenis parasit iaitu Cimex lectularius dan Cimex hemipterus yang mampu hidup berkembang biak bersama dengan manusia di habitat yang bersuhu sederhana.

Dengan menggigit dan memakan darah makhluk berdarah panas termasuk manusia, parasit ini dapat kekal hidup malah bertelur sekali gus memanjangkan lagi susur galur keturunannya.

kutu tilam
Gigitan kutu tilam boleh membuatkan anda tidak selesa.

Habitat paling sesuai untuk parasit ini tentu sahaja di kamar tidur manusia kerana wujud tilam, bantal, cadar dan selimut yang mempunyai suhu serta sumber makanan terbaik buat mereka.

Apa yang membimbangkan, ramai yang mungkin tidak tahu jika ia hidup di tempat tidur mereka!

Petanda tempat tidur anda banyak hama dan kutu tilam!

Selalunya, individu mungkin hanya akan sedar jika tempat tidur mereka banyak hama apabila perasan ada kesan gigitan kutu tilam pada kulit ekoran wujud gejala seperti kulit kemerahan, kegatalan dan ketidakselesaan.

Pun begitu, mereka mungkin kurang menitikberatkan petanda-petanda awal seperti yang berikut:

#1. Bau busuk pada tilam anda

Hama hidup dalam kawanan yang perlu komunikasi. Cara mereka berkomunikasi pula bukan melalui kata atau isyarat sebaliknya bahan kimia yang berasal daripada kutu itu sendiri.

Akibatnya, bahan kimia ini akan mengeluarkan bau busuk pada tempat tidur anda jika mereka tinggal di situ. Ia mungkin tidak begitu kuat, jadi deria bau anda perlu lebih hebat.

#2. Tompokan darah yang kecil

Darah ini boleh datang daripada 2 sumber iaitu kutu atau anda sendiri. Sebabnya adalah apabila hama terhimpit atau tersepit dek badan manusia, ia akan hancur sekali gus mengeluarkan darah yang sedia ada di dalam tubuh mereka.

kutu tilam
Kutu yang terkumpul di atas tilam katil.

Tanda tilam ada pepijat #3. Kotoran kutu tilam yang kering

Sama seperti hidupan yang lain juga, pepijat turut akan mengeluarkan najis. Disebabkan saiz kutu itu sendiri sudah sangat kecil, maka kotoran yang keluar daripada tubuh mereka juga amat kecil namun anda masih boleh mampu melihat dengan mata kasar dan membuangnya.

#4. Sisa kulit mati parasit

Bukan sahaja darah dan najis, kutu tilam juga biasa meninggalkan sisa kulit mati mereka pada tilam anda. Ia boleh dikenal pasti dengan ciri seperti warna coklat, tekstur lembik dan bau busuk.

Disebabkan saiznya yang sangat kecil, penemuan sisa kulit mati ini mungkin menandakan bahawa tempat tidur anda sudah menjadi habitat hama dengan bilangan yang amat banyak.

#5. Telur dengan saiz kecil

Jangan terkejut jika anda perasan ada biji kecil berwarna putih dan berbentuk bujur dengan saiz biji epal di tilam kerana ia adalah telur kutu. Pada ketika ini, ia masih belum bahaya.

Namun, ia akan menetas dan menjadi pijat dewasa yang bakal mengganggu tidur malam kalian!

Jangan abaikan kesan gigitan kutu tilam!

Memang benar bahawa gigitan hama itu tidak mendatangkan kesan sampingan membahayakan terhadap kesihatan namun masih akan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk.

kutu tilam
Cara melegakan gatal akibat gigitan pepijat.

Antara implikasi yang mungkin akan terjadi pada kulit anda akibat gigitan pepijat ini termasuk:

  • Kemerahan
  • Kegatalan
  • Infeksi kulit
  • Reaksi alergi
Dalam pada itu, turut wujud risiko di mana anda dijangkiti bakteria atau virus yang berasal daripada individu lain apabila hama itu menghisap darah mereka yang sudah dijangkiti.
Disebabkan itu juga, adalah penting untuk anda berwaspada dengan petanda-petanda di atas tadi untuk mengelakkan kewujudan kutu tilam atau tempat lain di sekitar rumah.

Terdapat banyak cara dan usaha yang anda boleh cuba untuk tujuan ini seperti membersihkan tempat tidur, menggunakan racun serangga serta hanya mengenakan pakaian seperti baju, seluar, kasut atau topi yang dicuci dengan kerap.

Atau, dapatkan khidmat pencucian atau pembasmian pepijat daripada golongan yang profesional.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bed Bugs: Overview, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/bed-bugs-overview, Diakses Mei 18 2022.
  2. Bedbug Infestation, https://www.aafp.org/afp/2012/1001/p653.html, Diakses Mei 18 2022.
  3. Bedbug Bites, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/from-insects-animals/Pages/Bedbug-Bites.aspx, Diakses Mei 18 2022.
  4. Possible Signs & Symptoms of Bed Bugs, https://www.pestworld.org/all-things-bed-bugs/signs-of-bed-bugs/, Diakses Mei 18 2022.
  5. Bed Bugs – What They Are and How to Control Them, https://www.health.ny.gov/environmental/pests/bedbugs.htm, Diakses Mei 18 2022.

Versi Terbaru

30/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Habis Satu Badan Gatal Sebab Tilam Penuh Pepijat! Apa Anda Perlu Buat?

Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Ini Cara Atasinya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan