Sepanjang Musim COVID-19, Ini Bagaimana Rakyat China ‘Dipulau’ Di Seluruh Dunia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Wabak virus korona baharu yang sedang menular kini masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Kini, jumlah mereka yang dijangkiti sudah melebihi 1,000,000 individu dan kadar kematian juga semakin meningkat.

Di Malaysia, berikut statistik terkini:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

288,229

Disahkan

9,196

Sembuh

1,076

Kes Kematian
Peta sebaran

Negara-negara di seluruh dunia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan rakyat mereka berada pada tahap optimum. Antaranya dengan menghalang kemasukan pelancong dari China.

Adakah langkah ini wajar diambil bagi membendung wabak virus korona baharu

Bagaimana Amerika Syarikat elak wabak virus korona?

rakyat china

Hubungan di antara Amerika Syarikat (US) dan China kian tegang berikutan berita kematian seorang warganegara US di Wuhan, China.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah menawarkan bantuan bagi menyelesaikan wabak tersebut. 

Namun, pihak berkuasa China tidak memberikan apa-apa maklum balas berkenaan tawaran tersebut. 

Reaksi China yang seakan-akan malu mendapatkan bantuan luar bakal mengundang padah jika jangkitan wabak tersebut tidak dibendung.

Presiden US, Donald Trump telah menyekat kemasukan individu bukan warganegara yang melancong ke China 2 minggu sebelum ketibaan mereka di US. 

Bagi warganegara pula, mereka yang melancong ke China akan diletakkan dalam bilik kuarantin bagi mengesahkan status jangkitan mereka.

Risiko Masih Ada Biarpun Sembuh Dari Virus Korona? Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19

Wabak virus Korona – Bagaimana dengan Jepun pula?

Berikutan penularan virus, pihak berkuasa Jepun telah menghalang kemasukan pelancong dari wilayah Hubei walaupun masyarakat dari sana tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pelawat dari negara China adalah antara populasi pelancong terbesar di Jepun.

Pada tahun 2018 sahaja, Jepun dilawati oleh lebih 8 juta pengunjung dari China. Ia bersamaan dengan 1.5 trilion yen, merangkumi 34% daripada jumlah perbelanjaan pelancong asing di Jepun. 

Wabak virus korona baharu telah memberikan impak yang besar terhadap ekonomi pelancongan di negara Jepun. 

Di Malaysia, ini bagaimana cara elak wabak virus korona

Kerajaan Malaysia telah mengenakan sekatan terhadap pelancong dari wilayah Hubei, Zhejiang dan Jiangsu.

Walaupun jangkitan virus korona baharu boleh berasal dari mana-mana wilayah, namun situasi masih terkawal.

Oleh yang demikian, sekatan hanya dibuat pada 3 wilayah yang tersenarai. Pemeriksaan akan dibuat secara teliti di semua pintu gerbang kemasukan antarabangsa dan mereka yang disyaki mempunyai jangkitan tersebut akan dikuarantinkan.

Baca juga:

Singapura elak wabak virus corona

Seperti negara-negara lain, Singapura juga mengenakan sekatan terhadap pelancong asing khususnya dari China.

Berbeza dengan Malaysia, sekatan tersebut tidak dibuat pada tiga wilayah berisiko tinggi sahaja. Ia melibatkan seluruh warga China.

Individu yang merupakan warganegara, penduduk tetap dan pelancong dari negara lain masih boleh bergerak masuk dan keluar dari Singapura.

Secara keseluruhannya, rakyat China tidak boleh memasuki negara lain

virus korona

Hampir kesemua negara di seluruh dunia telah membuat sekatan kemasukan terhadap pelancong dari negara China.

Mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menetap di negara mereka sendiri dan terus berdoa agar wabak ini berakhir.

Melihat kepada angka yang meningkat hari demi hari, adakah mimpi buruk ini akan berakhir?

Saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan rawatan yang berkesan bagi wabak virus korona baharu ini.

Jangkitan ini tidak bahaya jika mahu dibandingkan dengan virus korona yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

Namun, jalan penyelesaian perlu dicari bagi mengelakkan angka mereka yang dijangkiti dan angka kematian daripada terus meningkat.

Salah satu cara yang digunakan oleh kebanyakan negara adalah dengan kaedah isolasi rakyat China di negara mereka sendiri. Persoalannya di sini, adakah ia merupakan satu tindakan yang relevan?

Adakah vaksin mampu menyelesaikan wabak virus korona?

virus korona

Selain amalan cuci tangan secara kerap dan memakai topeng muka di tempat awam, vaksin mungkin alternatif terbaik untuk kita menghindarkan diri daripada mendapat jangkitan virus korona.

Konsepnya mudah, jika badan anda sudah mengenali virus yang memasuki badan, antibodi boleh dihasilkan dengan cepat dan virus tersebut boleh dibasmi sebelum ia menyebabkan simptom.

Itu merupakan konsep yang digunakan dalam pemberian vaksin kepada orang yang tidak pernah dijangkiti dengan virus korona baharu.

Banyak syarikat terkemuka dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax telah mula mencipta vaksin virus korona baharu. 

Namun, penghasilannya akan memakan masa memandangkan tanpa kajian terhadap profil keselamatan dan keberkesanannya, pemberian vaksin tersebut boleh dianggap tidak beretika. 

Penghasilan vaksin ini diletakkan sebagai prioriti memandangkan ia sudah menjangkiti ramai individu. 

Sebelum vaksin tersebut boleh digunakan oleh orang ramai, pastikan anda cuci tangan dengan air dan sabun secara kerap, guna topeng muka terutamanya jika anda mengalami simptom selesema dan dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya anda sakit.

Konklusi

rakyat china

Kini, pergerakan rakyat China agak terbatas dan mereka hanya boleh bergerak masuk ke negara lain jika mereka memenuhi syarat tertentu sahaja.

Pihak berkuasa di setiap negara telah mengenakan tempoh masa 14 hari kuarantin kepada mereka yang berisiko mengalami jangkitan.

Ada juga negara yang tidak membenarkan langsung kemasukan rakyat China ke dalam negara walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. 

Malaysia masih membenarkan pelancong selain dari wilayah Hubei, Zhejiang dan Jiangsu, namun kerajaan komited dalam melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan wabak virus korona baharu daripada menular. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Kita semua sudah sedia maklum kerajaan Malaysia masih sedang menunggu vaksin virus korona baharu COVID-19 yang bakal dihantar oleh syarikat...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial. Benarkah ada kesan sampingan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    COVID-19, Penyakit Berjangkit 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sudah Diluluskan! Tak Perlu Ke Hospital, Periksa COVID-19 Di Rumah Saja, Bila Boleh Mula?

    Sudah hampir setahun kita dilanda dengan wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) dan sehingga kini, tiada tanda yang menunjukkan dunia semakin..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    COVID-19, Penyakit Berjangkit 09/12/2020 . 3 minit bacaan

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Pilihan raya semasa musim coronavirus COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah mengajar kita akan kepentingan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    COVID-19, Penyakit Berjangkit 19/11/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    asma

    AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
    suntikan vaksin

    Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    tahun baru cina

    SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    vaksin virus

    Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan