Dunia Lawan Multiple Sclerosis: Kesedaran Kunci Kemenangan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Multiple Sclerosis (MS) adalah sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Sistem imun menyerang selaput mielin, yang merupakan lapisan perlindungan berasaskan lemak, yang menyelaputi serat-serat saraf dengan jarang yang tertentu antara setiap selaput mielin. Serangan ini menyebabkan berlakunya keradangan yang meluas dalam sistem saraf pusat dan, dengan masa, tisu-tisu parut akan terhasil. Pembentukan tisu-tisu parut ini mengganggu fungsi konduksi impuls saraf sekali gus menyebabkan gangguan deria seperti penglihatan, sensasi, kekuatan otot dan juga keupayaan kognitif. Jika dibiarkan tanpa rawatan, Multiple Sclerosis mampu menyebabkan atropi otak dan kehilangan upaya fizikal. Sepanjang menghidap penyakit ini, penghidap boleh mengalami serangan akut bersiri dari semasa ke semasa yang mana dengan setiap serangan akut, gangguan saraf dan keupayaan fizikal boleh menjadi lebih teruk.

Multiple Sclerosis adalah sejenis penyakit yang jarang berlaku, dengan anggaran 2.5 juta penghidap di seluruh dunia. Hanya 767 sahaja pesakit MS dilaporkan di Malaysia, dengan majoritinya daripada kaum Melayu (59.4%), diikuti oleh kaum India (20.5%), Cina (16.6%) dan juga orang asli (3.5%). Dari sudut jantina, kaum wanita lebih banyak yang menghidapi penyakit ini berbanding kaum lelaki, dengan kadar perbandingan 5:1. Penyakit ini juga adalah penyakit bukan trauma utama dalam menyebabkan ketidakupayaan dalam kalangan golongan belia, dengan julat usia 19.1 tahun hingga 38.9 tahun.

Perlunya kesedaran yang lebih tentang Multiple Sclerosis

Kadar prevalens penyakit ini di Malaysia dikatakan berada pada kadar 2.73 orang penghidap bagi setiap 100,000 penduduk, namun angka ini mungkin tidak memberikan gambaran yang sebenar kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap gejala dan tanda penyakit ini, khususnya jika mereka tidak tahu mereka sedang menghidapnya. Kesannya, penghidap mungkin tidak akan terdorong untuk mendapatkan rawatan atau perhatian doktor kerana simptom dan tanda-tanda serangan akut berupaya untuk hilang dengan sendirinya, menyebabkan mereka menyangkakan penyakit mereka telah sembuh.

Ini merupakan salah satu faktor mengapa diagnosis hanya dibuat setelah beberapa bulan hingga beberapa tahun seseorang itu mula menzahirkan simptom dan tanda. Pakar Perunding Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Shanthi Viswanathan, turut menambah bahawa diagnosis Multiple Sclerosis adalah sesuatu yang mencabar kerana kesamaannya dengan penyakit-penyakit lain dan juga kerana pembentukan diagnosis Multiple Sclerosis memerlukan ujian yang invasif seperti tusukan lumbar untuk mendapatkan sampel tulang air belakang, dan juga ujian yang terhad di hospital-hospital tertentu sahaja seperti pengimejan MRI.

Dr Shanthi Viswanathan, Pakar Runding Neurologi Hospital Kuala Lumpur, berkongsi tentang prevalens, gejala dan juga kepentingan mendapatkan rawatan awal untuk penyakit Multiple Sclerosis.

“Ramai pesakit MS diberikan diagnosis yang tidak tepat kerana tanda-tanda tertentu mungkin kurang jelas atau menyerupai keadaan lain. Anda perlu memantau dan menerangkan jenis dan corak gejala secara terperinci kepada doktor atau pakar neurologi anda,” ujarnya semasa pelancaran “Dunia lawan MS” (World vs MS), di Petaling Jaya, semalam.

Sempena dengan Hari Multiple Sclerosis Dunia, Sanofi telah melancarkan “Dunia lawan MS” (World vs MS), sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia, dan juga untuk meperkasakan pesakit demi menambah baik kualiti kehidupan mereka menerusi pilihan rawatan dan pendidikan yang bertepatan.

Turut hadir, Ketua Unit Perniagaan Sanofi Thailand, Malaysia & Singapura, Quek Wee Ling, dan seorang pesakit MS, Nur Atiqah bt Samsudin. 

Dalam ucaptama beliau di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Dr Shanthi menyarankan agar mereka yang telah disahkan menghidap MS untuk membincangkan bersama dengan doktor, tentang rawatan terbaik untuk diri mereka. Bukti kajian terkini menunjukkan bahawa rawatan awal menggunakan terapi pengubahsuai penyakit (DMT) adalah penting dalam membendung komplikasi yang lebih teruk dan juga untuk menambah baik kualiti kehidupan penghidap.

Menyedari betapa bernilainya diagnosis dan rawatan awal, Sanofi juga telah melancarkan risalah pesakit yang akan diedarkan ke hospital-hospital yang merawat pesakit Multiple Sclerosis. Menurut Quek Wee Ling, risalah yang mengandungi infografik berkaitan dengan gejala dan tanda-tanda MS ini bertujuan untuk meningkatkan akses pesakit dan juga penjaga terhadap pengetahuan tentang Multiple Sclerosis dengan lebih baik.

Quek Wee Ling, Ketua Unit Perniagaan Genzyme, Sanofi Thailand, Malaysia & Singapura, bercakap mengenai usah Sanofi dalam meningkatkan kesedaran tentang Multiple Sclerosis.

“Kami ingin risalah ini lebih mudah diakses oleh para pesakit yang lebih luas dengan tujuan untuk mendidik para pesakit serta penjaga mereka tentang bagaimana untuk mengurus dan memahami MS dengan lebih baik. Orang ramai digalakkan mendapatkan bantuan perubatan jika mereka mencatatkan markah 4 daripada 5 dalam senarai semak simptom MS yang disediakan dalam risalah pesakit ini,” Ujar Quek Wee Ling.

Gejala Multiple Sclerosis tidak boleh diramal dan setiap gejala boleh berlaku atau tidak berlaku dalam bilangan dan pada masa yang berbeza-beza mengikut individu. Justeru, perhatian dan kesedaran yang lebih perlu disemai demi memastikan pesakit mendapat diagnosis awal dan rawatan yang secukupnya.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Optic neuritis

    Learn about Optic neuritis. What are the symptoms, the causes and how to treat this condition? What can we do to cope and prevent its symptoms?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Phuong Tran
    Health A-Z, Health Conditions A-Z 23/11/2017 . 3 minit bacaan

    Tizanidine

    Learn about Tizanidine. What are the precautions, the warnings and how to use this drug? What should we know about its dose?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nha Ngo
    Drugs A-Z, Drugs/Herbals A-Z 18/07/2017 . 6 minit bacaan

    Amaurosis Fugax

    Learn about amaurosis fugax. What are the symptoms, the causes and how to treat this condition? What can we do to cope and prevent its symptoms?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Linh Tran
    Health A-Z, Health Conditions A-Z 19/03/2017 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    selma blair

    Pelakon Selma Blair Kini Terpaksa Bertongkat? Kenali Penyakit Saraf yang Melumpuhkan Orang Muda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 27/09/2019 . 2 minit bacaan
    multiple sclerosis

    World vs Multiple Sclerosis: Awareness Is Key

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 29/05/2019 . 3 minit bacaan
    Pesakit Sklerosis Multipel

    Bolehkah Pesakit Sklerosis Multipel Berpuasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 16/05/2018 . 2 minit bacaan
    Sklerosis Multipel

    Sklerosis Multipel

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 28/03/2018 . 3 minit bacaan