Repatha, rawatan baru bantu turunkan paras kolesterol tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penghidap kolesterol tinggi di Malaysia kini sudah boleh menarik nafas lega dengan kemunculan rawatan baru, Repatha bagi menurunkan paras kolesterol tinggi.

Repatha, rawatan suntikan jenis perencat PCSK9 ini mengandungi bahan aktif, evolocumab yang direka untuk bergabung dengan molekul PCSK9, yang akan mengurangkan kebolehan hati untuk menyerap kolesterol. Suntikan Repatha dapat meningkatkan jumlah kolesterol yang diserap hati dan seterusnya menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Walau bagaimanapun, Pakar Runding Kardiologi Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, Dr Choo Gim Hooi berkata, suntikan Repatha adalah lebih berkesan untuk merencat protein tersebut jika digabungkan dengan pengambilan terapi statin.

“Preskripsi statin sahaja adalah tidak mencukupi untuk sesetengah pesakit menurunkan paras kolesterol tinggi mereka.

“Jadi, dengan adanya perencat PCSK9 seperti evolocumab (Repatha) dapat meningkatkan keberkesanan penurunan tahap kolesterol LDL di kalangan pesakit yang tidak dapat mencapai keputusan optimum menerusi terapi piawai dengan statin,” katanya pada majlis pelancaran Repatha di Petaling Jaya, pagi tadi.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pakar Runding Kardiologi Institut Jantung Negara, Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof.

Menurut Dr Choo, kombinasi Repatha dan terapi statin dapat mengurangkan kolesterol berbahaya (LDL-C) dalam darah sehingga 77 peratus berbanding pengambilan terapi statin sahaja.

Namun begitu, katanya, rawatan ini perlulah dilakukan secara berterusan seiring dengan penjagaan diet dan gaya hidup yang sihat.

Repatha boleh didapati di kebanyakan hospital swasta di seluruh negara. Rawatan ini akan diberikan secara subkutaneus pada dos 140 mg setiap dua minggu atau 420 mg sekali sebulan.

Mengikut kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, kira-kira 47.7 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi (hiperkolesterolemia). Pengumpulan kolesterol di dalam arteri darah menyebabkan aterosklerosis yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Selain itu, kajian NHMS tahun 2015 juga mencatatkan bahawa penyakit tidak berjangkit (NCD) menyumbang kira-kira 73 peratus kematian di negara ini, dengan sebahagian besarnya adalah penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, termasuk jantung dan strok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Secukupnya & Jaga Kebersihan, Antara Langkah Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diganggu Rasa Tak Selesa Disebabkan Kencing Kotor, Ini Langkah Yang Boleh Tanganinya!

    Jika anda kerap mengalami sakit atau masalah kencing kotor secara berulang-ulang, anda perlu tahu beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Ada beberapa langkah yang doktor akan lakukan sebagai cara merawat kencing kotor. Rawatan selalunya akan diberikan di dalam bentuk antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Tahukah anda, kencing kotor mempunyai punca dan penyebab yang berbeza? Selalunya, punca kencing kotor ialah jangkitan bakteria E. coli.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Penyakit ureter  

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    jenis penyakit

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan