Rawatan Diabetes Inovatif dengan Ciri Mudah, Pintar

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penghidap diabetes berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menguruskan komitmen harian mereka serta bermacam-macam jenis kerumitan yang berkaitan dengan rawatan diabetes.

Salah satu cabaran terbesar penghidap diabetes adalah dalam mematuhi regimen rawatan penyakit mereka, termasuklah dalam mendapatkan rawatan insulin.

Profesor Madya dan Pakar Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaysia, Profesor Dr Alexander Tan berkata, rawatan insulin bagaimanapun boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hipoglisemia dan aras gula darah rendah.

“Antara masalah yang dihadapi oleh pesakit diabetes yang mendapatkan suntikan insulin adalah sesetengahnya gagal memenuhi sasaran aras gula darah mereka. Malah, ada yang tidak mencapai dos terapeutik optimum.

“Justeru, adalah sangat penting untuk pesakit diabetes di Malaysia melengkapkan diri dengan segala alat yang diperlukan untuk menguruskan paras glukosa dalam darah yang tinggi dengan berkesan,” katanya pada pelancaran rawatan diabetes Ryzodeg di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Hadir sama, Pakar Runding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr. Zanariah Hussein, Pakar Endokrinologi, Dr Chan Siew Pheng dan Naib Presiden dan Pengurus Besar, Novo Nordisk Malaysia, Singapura, Brunei, Richard Abela.

Menurut Dr Alexander lagi, pilihan-pilihan rawatan insulin yang sedia ada memang memberi kawalan glukosa yang berkesan.

Namun, katanya, ia berbeza dari segi risiko hipoglisemia, keperluan untuk pencampuran semula (resuspension), regimen yang tidak fleksibel dan keperluan untuk menggunakan lebih daripada satu alat, bagi sesetengah pesakit.

Rawatan insulin Ryzodeg, yang berbentuk pen adalah suntikan kombinasi yang dihasilkan daripada nisbah 70:30 dua jenis insulin berbeza – insulin degludec dan insulin aspart yang membantu mengekalkan kawalan paras glukosa yang stabil. Formulasi gabungan insulin basal ini bertindak untuk tempoh yang lebih panjang dan insulin waktu makan untuk penghidap diabetes jenis 1 dan 2.

Insulin berasaskan preskripsi ini juga boleh diberikan sebagai suntikan sekali sehari atau dua kali sehari melalui pen insulin siap diisi yang dikenali sebagai FlexTouch yang tidak memerlukan penggantungan semula6 , memberikan para penghidap diabetes di Malaysia pilihan rawatan yang bijak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan