Pengasuh: Kerjaya yang Perlu Diperkayakan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bagi yang mempunyai ahli keluarga ramai, mungkin tidak perlu pening kepala untuk berfikir tentang siapa yang harus menjaga anak. Adik-beradik di rumah mungkin boleh membantu menjalankan tugas tersebut. Namun bagi sesetengah pasangan, lebih-lebih lagi warga kota yang kebiasaannya kedua-dua pasangan bekerja, mereka perlu membuat keputusan sukar untuk menentukan siapa yang harus menjaga buah hati kesayangan mereka.

Terkini, Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang bayi 5 bulan, Adam Rayqal di Kuala Lumpur. Meskipun pada awalnya pengasuhnya mendakwa Adam hilang, polis kemudian menemui mayat di dalam peti ais rumah pengasuh tersebut. Mungkin ini adalah antara kes yang paling mengerikan.

Namun, ia sebenarnya bukanlah kes pertama yang berlaku di negara ini. Antara tahun 2015 dan 2017, kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh yang dilaporkan adalah sebanyak 581 kes, menurut bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim.

Di mana kurangnya?

Pada 1 Januari 2013, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil langkah yang baik dengan memperkenalkan Kursus Asuhan PERMATA (KAP) dan mewajibkannya ke atas semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh pusat taska.

KAP bertujuan memastikan semua individu yang terlibat dalam sektor ini berkelulusan dan kompeten dalam menjalankan tugasnya. Itu adalah apa yang tertulis di atas kertas, tapi bagaimanakah pelaksanaannya?

Kos yang diperlukan untuk menjalani KAP adalah sebanyak RM800. Bagi seorang pengasuh rumah yang mungkin mendapat antara RM300 hingga RM800 sebulan, ia mungkin menjadi satu beban ke atas mereka. Jika harga yuran dapat dikurangkan, mungkin lebih ramai pengasuh yang rela mengambilnya.

Untuk pengasuh yang telah bertahun-tahun bekerja pula dan sudah lanjut umur, lebih banyak beban dan kekangan yang mereka terpaksa hadapi untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi ini.

Antara kualiti dan ekonomi

Terdapat banyak pusat jagaan kanak-kanak atau taska yang berkualiti boleh didapati di negara ini. Sebaiknya, ibu bapa harus memastikan pusat jagaan yang dipilih telah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pengasuhnya mempunyai sijil KAP yang diiktiraf.

Namun, apa yang seringkali menjadi pertimbangan ibu bapa adalah kos yang perlu dibayar. Tekanan ekonomi yang menekan pasangan di kota membuatkan mereka terpaksa memilih pengasuh dengan bayaran paling murah demi menjimatkan perbelanjaan. Kesannya, duit yang dijimatkan itu dibayar dengan keselamatan anak-anak yang tidak terjamin.

Pengasuh bukan kerjaya kampung

Bekerja sebagai seorang pengasuh bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan banyak pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran tertentu. Kerjaya ini harus diperkasakan serta diberi perhatian serius demi memastikan institusi keluarga dan masyarakat terus terjaga.

Peluang lebih luas harus dibuka untuk membolehkan lebih ramai pengasuh profesional dilahirkan. Sektor ini perlu diangkat setaraf dengan sekolah dan universiti. Umur 3 tahun pertama adalah waktu yang sangat kritikal dalam pembangunan dan pembesaran kanak-kanak. Jangan sampai pendidikan dan keselamatan kanak-kanak tergadai disebabkan oleh kecuaian sesetengah pihak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan , diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan