Peluang sembuh cerah dengan rawatan rehabilitasi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Diserang strok di saat usia belum pun menginjak 50-an membuatkan Cheam Swee Mui, 45, buntu dan tidak tahu cara untuk menangani masalah tersebut. Dengan hanya boleh melangkah sejauh 5 meter, Swee Mui masih memerlukan bantuan orang lain untuk berjalan. Jadi, dia mengambil langkah untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi bagi membantu menguatkan badannya supaya boleh berdiri dan berjalan kaki sendiri.

“Fokus utama saya adalah menguatkan bahagian bawah kaki dengan menggunakan pelbagai alatan gimnasium. Aktiviti ini membantu saya berdiri sendiri dan inilah perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi.

“Apabila saya bangun pagi dan rasa boleh berdiri sendiri, saya mendapat semangat baharu untuk mengharungi hari dengan penuh harapan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pesakit yang mengalami kecederaan trauma otak akibat kemalangan, Bahtiar Mohd Noor, 51, berkata, selepas kemalangan, dia bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak boleh berjalan jauh.

Selain itu, Bahtiar juga mengalami masalah percakapan tidak lancar dan masalah ingatan serta tumpuan.

“Namun, selepas sebulan menjalani rawatan rehabilitasi, saya sudah boleh berjalan tanpa bantuan. Rawatan terapi kerja dan pertuturan juga membuatkan daya ingatan saya semakin bertambah baik serta saya boleh bertutur dengan lancar,” katanya.  

Carol Cheah, 61, seorang lagi yang mengambil pendekatan menjalani rawatan rehabilitasi berkata, sebagai seorang yang lanjut usia, kecederaan badan akibat terjatuh membuatkan hidupnya berubah.

“Selepas terjatuh, saya bimbang jika rasa sakit serta masalah berjalan dan menggerakkan bahagian atas badan akan kekal sepanjang hayat. Kedatangan saya ke pusat rehabilitasi adalah tepat kerana di sini semua pesakit diyakinkan bahawa kami boleh kembali sihat seperti sedia kala. Saya gembira melihat hasil rawatan saya di sini,” katanya.

Ketiga-tiga pesakit ini ditemui semasa pelancaran ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd (ReGen Rehab) sebagai hospital khas swasta pertama di Malaysia yang menyediakan perubatan rehabilitasi kepada pesakit dalam dan pesakit luar.

Dalam majlis yang diadakan di Petaling Jaya, pagi tadi, ReGen Rehab turut mengumumkan kempen Menaruh Harapan (Let There Be Hope) untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kemudahan rehabilitasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

    Kontraksi tidak berlaku sedangkan waktu jangkaan bersalin sudah tiba. Terfikir untuk pecahkan air ketuban di rumah? Sabar... baca penjelasan ini dahulu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Buat Main! Angkara Tulang Rapuh, Kehidupan & Pekerjaan Seharian Anda Akan Terjejas

    Jom sama-sama kita baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa itu osteoporosis dan apakah kesannya terhadap kehidupan serta pekerjaan seharian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Anda mungkin pernah mendengar beberapa gangguan personaliti seperti OCPD dan OCD, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai gangguan BPD?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit tekak berpanjangan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan