Cakap-cakap Mengenai MySalam Semasa Pembentangan Bajet 2020. Apa Sebenarnya MySalam Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima BSH sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma”.

Berikut merupakan petikan Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2020 pada Jumaat, 11 Oktober 2019 baru-baru ini. Sebelum anda melompat kegembiraan, adakah anda benar-benar mengetahui apakah itu MySalam?

Apa itu MySalam?

MySalam adalah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma. Ia diberikan kepada seramai 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang berumur antara 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.

Bagaimana ia dijalankan?

Skim ini dimulakan dengan kerjasama syarikat insurans Great Eastern Holdings yang telah memberikan sumbangan dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah MySalam. Ia adalah projek kerjasama antara pihak awam dan dan swasta untuk memberikan perlindungan sosial bagi rakyat Malaysia berpendapatan rendah. 

Mulai 1 Januari 2020, skim MySalam akan diperluaskan liputannya kepada tiga kategori antaranya 45 jenis penyakit kritikal berbanding 36 jenis penyakit sebelum ini. Ini termasuklah penyakit polio dan terminal. 

Golongan sasaran dan liputan perlindungan yang diberikan

Bagi kategori golongan sasaran, ia juga telah diperluaskan kepada individu yang berusia sehingga 65 tahun berbanding hanya 55 tahun sebelum ini. Menurut Menteri Kewangan, individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000, mereka akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4,000. Ini bermakna, setiap individu yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM8,300 kebawah akan layak menerima skim ini. 

Mereka yang didapati memiliki penyakit kritikal akan mendapat bayaran secara one-off berjumlah RM8,000. Mereka juga akan menerima bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh sehingga 14 hari apabila telah didiagnosis dan dimasukkan ke hospital milik kerajaan.

Skim PeKa B40

Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40 juga diperluaskan kepada individu yang berumur 40 tahun. Skim ini dilancarkan untuk golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan pemeriksaan dan intervensi awal penyakit tidak berjangkit. Antaranya adalah penyakit kanser dan kesihatan mental. Ketika ini, skim PeKa B40 ini disediakan untuk mereka yang berumur 50 hingga 60 tahun.

Usaha kerajaan terhadap peluasan liputan perlindungan takaful untuk rakyat berpendapatan rendah ternyata perlu dipuji. Ia memudahkan mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar bil perhidmatan hospital dan mereka yang tidak berkemampuan untuk melanggan mana-mana skim perlindungan insurans biasa. Bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan, gunakan peluang yang disediakan ini dengan sebaiknya. Anda tidak perlu gusar lagi sekiranya dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim MySalam ini, anda boleh melayari link ini: https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

    Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Keperluan Ambil Insurans Perubatan? Anda Silap Kerana Ini Keistimewaannya

    Insurans perubatan kini sudah menjadi antara keperluan setiap manusia. Apakah kepentingan insurans perubatan ini sehingga kita perlu mengambilnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Insurans 11/12/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

    Sekiranya anda sudah berada dalam lingkungan lewat 20-an, ini masanya anda pertimbangkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan demi kesejahteraan hidup.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

    Selain aspek kewangan dan kediaman, kesihatan tubuh badan juga akan terjejas akibat bencana alam! Jom klik untuk baca dengan lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    hikmah perkahwinan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan
    kesihatan mental

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/12/2020 . 3 minit bacaan