Meneroka Peluang Buat Pesakit Buah Pinggang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Malaysia mencatatkan jumlah pesakit buah pinggang kronik (CKD) yang tinggi iaitu 15.5% daripada seluruh populasi. Jumlah pesakit yang memerlukan dialisis sebagai rawatan kepada masalah buah pinggang pula ialah sebanyak 40,000 dan dijangka mencecah sehingga 106,249 menjelang tahun 2040. Angka yang besar ini meletakkan Malaysia sebagai negara dengan kadar rawatan dialisis ke-7 paling tinggi di dunia.

Sumber yang mencukupi harus disediakan untuk menampung keperluan pesakit

Pada 27 dan 28 Oktober 2018 yang lalu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Dialisis Tahunan 2018 (ADM) ke-15 yang diadakan di Kuala Lumpur. Dengan tema ‘Exploring the Possibilities’, acara ini bertujuan meneroka peluang yang ada buat pesakit buah pinggang melalui kajian dan rawatan terkini untuk mencapai hasil terbaik buat pesakit, penjaga, dan staf kesihatan. Sebanyak 500 delegasi daripada industri kesihatan telah melibatkan diri dalam acara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Dialisis Tahunan 2018 (ADM), Dr Thiruventiran Thilaganathan yang bercakap semasa acara pembukaan menyampaikan kepentingan menyediakan sumber yang mencukupi demi memenuhi keperluan klinikal, emosi, psikologi, dan sosial pesakit.

Diabetes punca utama CKD, kesedaran masyarakat masih rendah

Punca utama kepada penyakit buah pinggang kronik (CKD) di Malaysia ialah kencing manis, terutamanya dalam kalangan pesakit yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik melalui rawatan dan gaya hidup sihat.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit buah pinggang masih rendah. Menurut Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, hanya 4 peratus pesakit sedar mengenani diagnosis mereka.

Di samping fasiliti dialisis dan rawatan yang perlu dikembangkan, langkah utama dalam menangani penyakit ini ialah melalui pencegahan. Usaha memupuk kesedaran ini harus dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak di semua peringkat termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, dan komuniti masyarakat.

Selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat yang menjadi kunci utama kepada pencegahan CKD, akses kepada penjagaan kesihatan untuk diagnosis dan rawatan awal juga perlu diperkasakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Buah Pinggang: Keperluan Vitamin dan Mineral

    Menurut Institut Perubatan, tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 13 vitamin bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Diet yang seimbang adalah cara yang disyorkan bagi mendapatkan jumlah vitamin yang diperlukan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/12/2018 . 2 minit bacaan

    Derma Organ Beri Nafas Baru Kepada Pesakit

    Derma organ ialah perkara paling mulia boleh dilakukan oleh seseorang untuk membantu orang lain. Memberikan bahagian daripada tubuh bukanlah satu hal yang mudah dilakukan. Semua organ tersebut tidak dapat dibeli ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Tempatan 23/10/2018 . 2 minit bacaan

    Perlu Jalani Rawatan Dialisis? Ini Proses Yang Anda Harus Fahami

    Mungkin kenalan yang menghidapi masalah buah pinggang & menjalani rawatan dialisis. Tetapi adakah anda apa itu dialisis yang sebenarnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/09/2018 . 2 minit bacaan

    Penyakit Buah Pinggang Kronik

    Buah pinggang merupakan antara organ utama di dalam badan manusia. Terletak di bahagian belakang bawah abdomen, fungsi utamanya adalah untuk menapis toksin dalam darah serta mengawal kandungan cecair di dalam badan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 13/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    penawar kencing manis

    7 Jenis Penawar Kencing Manis Secara Tradisional, Sejauh Manakah Keberkesanannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/08/2019 . 8 minit bacaan
    penyakit buah pinggang

    Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/04/2019 . 2 minit bacaan
    masalah buah pinggang

    Hati-Hati 10 Tanda Ini Mungkin Petanda Anda Alami Masalah Buah Pinggang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 3 minit bacaan