Manfaat daripada Pembentangan Bajet 2019 terhadap Sektor Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Buat pertama kalinya, pembentangan Bajet 2019 oleh kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang tadi.

Bajet 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.

Berikut adalah ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2019 terhadap sektor kesihatan yang diumumkan beliau untuk Bajet 2019:

  1. Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.
  2. Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
  3. Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.
  4. Kerajaan bercadang untuk mengecualikan duti setem ke atas semua Produk Perlindungan Tenang untuk dua tahun bermula 1 Januari 2019.
  5. Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.
  6. Memperkenal Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang. Peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan.
  7. Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
  8. Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dalam kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
  9. Memperluas program usahasama awam-swasta di mana Kerajaan menyediakan kemudahan infrastrukur kesihatan. Contoh kerjasama ini termasuk Pusat Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Selayang.
  10. Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.
  11. Air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi 5 gram per 100 mililiter.
  12. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan