Lagi Kes Beguk – 2 Buah Sekolah di Selangor Ditutup

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dua buah sekolah di Selangor, satu di Kajang dan satu lagi di Gombak diarahkan tutup buat sementara waktu sehingga awal bulan November selepas tular wabak beguk di kedua-dua sekolah berkenaan. Tindakan menutup sekolah itu ialah sebahagian daripada langkah pencegahan dan kawalan jangkitan dalam kalangan pelajar, guru, dan staf sekolah.

Menurut sebuah kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, laporan kes beguk berkenaan ialah pada 14 dan 16 Oktober 2018 dan ditutup bermula 23 dan 24 Oktober 2018. Semua pelajar yang terlibat berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan.

Beguk ialah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Paramyxovirus. Pesakit mengalami demam, hilang selera makan, sakit kepala dan otot serta bengkak pada kelenjar parotid (terletak di pipi). Jangkitan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar dengannya. Kebiasaanya, keadaan akan baik selepas 2 hingga 3 minggu. Sangat jarang berlaku, antara komplikasi yang mungkin berlaku ialah jangkitan otak, ovari dan testis yang boleh menyebabkan kemandulan.

Vaksin dan imunity kelompok (herd immunity)

Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), sebanyak 12 penyakit diberikan vaksin secara percuma di klinik dan hospital kerajaan termasuk vaksin beguk (mumps) yang diberikan sebanyak 2 dos iaitu pada usia 9 dan 12 bulan. Vaksin yang memberikan perlindungan sehingga 95 peratus ini merupakan langkah terbaik dalam mencegah beguk.

Mereka yang tidak mengambil vaksin bukan sahaja lebih berisiko mendapat jangkitan, tetapi juga menyebabkan orang lain dijangkiti. Ini adalah kerana terdapat kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan kekangan tertentu seperti sistem imun lemah dan alahan terdapat vaksin. Semakin ramai orang mengambil vaksin, semakin rendah peratusan mereka untuk dijangkiti. Keadaan ini disebut sebagai imuniti kelompok (herd immunity).

Tindakan ke atas mereka yang menolak vaksin?

Imuniti kelompok tidak akan tercapai tanpa liputan vaksin yang meluas. Semakin ramai yang tidak ambil, semakin tinggi peratusan jangkitan untuk berlaku.

Lalu persoalan akan timbul. Memandangkan kesannya terpaksa ditanggung oleh orang awam yang tidak bersalah, adakah tindakan perlu diambil ke atas mereka yang menolak vaksin?

Di sebahagian negara seperti Australia, kanak-kanak yang tidak divaksin tidak boleh didaftarkan ke sekolah. Jika terpaksa, Malaysia juga mungkin perlu mengambil polisi yang sama. Sebelum tindakan perlu diambil, ayuhlah menjadi ahli masyarakat yang prihatin dengan memastikan anak anda dan orang lain selamat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit berjangkit

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan