Kombinasi terapi statin, bukan statin rendahkan kadar kolesterol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penggunaan monoterapi statin dalam merawat kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia dilihat masih belum mencukupi untuk mengurangkan kadar kolesterol lipoprotein kepadatan rendah (LDL-C) dalam darah.

Hiperkolesterolemia ialah keadaan di mana kolesterol yang banyak dalam darah boleh menyebabkan penghidapnya mengalami pelbagai penyakit kardiovaskular termasuklah serangan jantung dan juga strok.

Buat masa ini, statin digunakan untuk merawat hiperkolesterolemia kerana ubat tersebut dapat mengurangkan pengeluaran kolesterol dalam hati.

Walau bagaimanapun, rawatan statin pada intensiti tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan dan berkemungkinan mengurangkan tahap kepatuhan pesakit terhadap rawatan ini.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Chee Kok Han berkata, fungsi rawatan statin yang hanya mengurangkan pengeluaran kolesterol dalam hati menyebabkan sukar untuk pesakit mencapai tahap LDL-C yang diperlukan.

Menurutnya, hal ini berikutan kerana usus manusia akan menyerap kolesterol daripada makanan yang dihadam.

“Laporan The Return Expenditure Achieved for Lipid Therapy (REALITY) menunjukkan pesakit berisiko tinggi tidak dapat mencapai sasaran rawatan dengan monoterapi statin walaupun diberikan dos statin yang tinggi.

“Jadi, pesakit yang menghidap hiperkolesterolemia memerlukan lebih daripada statin. Terapi gabungan; statin dan bukan statin berjaya merendahkan kadar LDL-C, sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,” katanya semasa perbincangan meja bulat anjuran MSD, pagi tadi.

Terapi gabungan statin dan bukan statin ini dilakukan dalam percubaan klinikal antarabangsa, Improved Reduction of Outcomes: Vytorin Effects International Trial (Improve-It).

Kajian tersebut menunjukkan kombinasi terapi itu berjaya merendahkan kadar LDL-C sebanyak 24 peratus, jika dibandingkan dengan monoterapi statin, serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular bagi pesakit jantung koronari dan mereka yang mempunyai sejarah sindrom koronari akut.

MSD Malaysia turut mengumumkan tiga ubat pengurangan lipid mereka iaitu Ezetrol (ezetimibe), Vytorin (ezetimibe dan simvastatin) dan Atozet (ezetimibe dan atorvastatin) telah diluluskan bagi mengelakkan penyakit kardiovaskular, di samping mengurangkan paras lipid dalam tubuh.  

Tambah Dr. Chee, ezetimibe iaitu agen bukan statin berfungsi menghalang penyerapan kolesterol dalam usus.

“Jika statin dan agen bukan statin digabungkan, pesakit mempunyai peluang tinggi untuk mencapai tahap LDL-C yang serasi dengan tubuh badan,” ujarnya.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 melaporkan sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia menghidap hiperkolesterolemia. Pesakit tidak akan menyedari jika mengalami hiperkolesterolemia kerana masalah ini tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Walau bagaimanapun, hiperkolesterolemia dapat dikawal menerusi pengambilan ubat yang betul.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

    Suka mengayunkan anak ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak punca sendi siku teralih.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Ramai memakai cermin mata sama ada untuk bergaya atau keperluan. Namun kini, pemakaian penutup muka mampu sebabkan masalah kaca mata berkabus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulu hidung

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki homoseksual

    Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan