Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Berita kehilangan seorang remaja Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin telah mengejutkan negara apabila tubuhnya telah ditemukan pada 13 Ogos 2019 kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya. Remaja berusia 15 tahun tersebut telah dilaporkan hilang pada  4 Ogos lepas dan pencarian berterusan telah dilakukan selama 10 hari. Tubuhnya telah dijumpai berdekatan air terjun oleh sekumpulan sukarelawan yang mendaftar bagi membantu pencarian remaja tersebut. Pencarian beliau sebelum ini turut melibatkan bantuan polis dari Ireland dan Britain selain beberapa jabatan kerajaan persekutuan serta sukarelawan-sukarelawan lain. 

Menurut keluarganya, Nora mengalami masalah pembelajaran (learning difficulties) sejak beliau kecil. Learning difficulties atau masalah pembelajaran adalah suatu keadaan yang menimbulkan kesukaran dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran ke tahap yang diharapkan berbanding mereka dalam kelompok umur yang sama, terutama apabila tidak dikaitkan dengan kecacatan fizikal. Untuk pengetahuan, Nora mempunyai keterbatasan dalam komunikasi lisan dan tidak berkebolehan untuk menulis lebih daripada beberapa perkataan. Masalah ini adalah disebabkan oleh satu keadaan yang dialami oleh beliau yang dinamakan sebagai holoprosencephaly, yang bermaksud bahawa Nora mempunyai saiz otak yang lebih kecil berbanding saiz otak yang normal. Walaupun begitu, menurut keluarganya, beliau tidak pernah keluar bersendirian sejak kecil dan tidak pernah berkeliaran berseorangan dan telah melancong ke beberapa negara di Asia dan Eropah. 

Penjagaan kanak-kanak istimewa bagi ibu bapa yang ingin bersiar-siar atau melancong

Jika anda adalah seorang penjaga atau ibu bapa yang mempunyai insan istimewa dibawah jagaan dan kendalian anda, anda mungkin perlu mengetahui beberapa langkah yang boleh membantu anda memantau mereka dengan lebih mudah dan peka untuk mengekalkan keselamatan mereka pada tahap yang maksimum. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dikongsikan agar ia bermanfaat kepada anda.

Bincang dengan doktor anak anda

Anda mungkin boleh mendapatkan beberapa tip atau nasihat daripada doktor jika anda ingin melancong bersama-sama anak anda. Doktor akan menyarankan kepada anda untuk membawa pek perubatan khusus untuk keperluan anak anda. Pek perubatan tersebut mengandungi beberapa perkara penting seperti senarai preskripsi ubat-ubatan yang sedang diambil oleh anak istimewa anda, surat doktor berkenaan keadaan dan keperluan khas anak anda, nombor telefon beserta email doktor anak anda, cadangan doktor dan ahli pakar yang boleh dihubungi di lokasi yang ingin dituju, selain kad dan nombor telefon insuran kesihatan. Pastikan anda memeriksa polisi insuran sebelum anda memulakan perjalanan untuk memastikan anda tidak melanggar polisi insuran jika berada di luar negara.

Bawa lebih barangan keperluan

Ingatlah bahawa anak istimewa anda memerlukan bukan sahaja lebih perhatian daripada anda, malah lebih keperluan berbanding anak anda yang lain. Bawa pakaian yang lebih agar anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Begitu juga dengan barang-barang lain seperti ubat-ubatan dan mainan.

Pembelian tiket penerbangan

Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk bercuti atau melancong dan memerlukan penerbangan ke lokasi yang ingin dituju, anda boleh menyatakan kepada agen tiket atau agen pelancongan anda berkenaan anak istimewa yang memerlukan perhatian khusus. Minta kepada agen agar anda diletakkan di kerusi bahagian hadapan untuk memudahkan anak anda pergi ke tandas pesawat atau keluar dari pesawat. Perkara ini juga boleh dinyatakn jika anda bercuti dengan menggunakan pengangkutan awam lain seperti bas dan kereta api.

Menunggu pesawat untuk pelepasan

Semasa anda sedang menunggu giliran anda untuk menaiki pesawat di pintu pelepasan, anda boleh meminta kru yang menjaga kaunter berkenaan untuk membenarkan anda dan anak anda memasuki pesawat terlebih dahulu berbanding penumpang lain. Anda boleh jelaskan berkenaan keperluan khas anak istimewa anda untuk mengelakkan sebarang masalah berebut atau kesesakan bersama-sama dengan penumpang lain. Apabila anda telah mendapat tempat duduk anda, anda boleh memaklumkan kepada kru penerbangan yang berada di dalam pesawat berkenaan keberadaan anak istimewa anda. Mereka akan berbesar hati untuk membantu keluarga anda dan memberikan keutamaan sepanjang anda berada di dalam pesawat. 

Sentiasa berada di sisi

Didalam sebarang kenderaan pengangkutan, ibu bapa perlu sentiasa berada di sisi anak anda. Cuba untuk berada di sebelah anak anda berbanding berada di hadapan atau belakang tempat duduk anak anda untuk memudahkan anda menguruskan mereka. Anda tidak perlu kerap kali memusingkan kepala semata-mata untuk memastikan anak anda berada dalam keadaan yang baik. 

Sentiasa membawa beg kecil

Anda perlu sentiasa membawa beg kecil yang berisi barang-barang untuk keseronokan anak istimewa anda. Letakkan barang seperti iPad, buku mewarna, krayon, buku bacaan, snek, air dan mainan kecil kedalam beg untuk mengelakkan mereka menjadi bosan. Letakkan beg ini di lantai tempat duduk anda dan ambilnya semula apabila anda memerlukannya untuk anak anda. 

Pilih bilik hotel atau rumah tumpangan yang bersesuaian

Jika anak istimewa anda mudah terganggu dengan sebarang bunyi bising atau bunyi yang agak kuat, anda disarankan untuk meminta bilik yang berada di hujung bangunan dan jauh dari lobi atau lif kerana keadaan bilik tersebut lebih senyap dan tenteram untuk ketenangan anak anda. Bilik seperti ini juga jauh daripada laluan keluar masuk tetamu lain dan lebih bersifat privasi.  

Anak adalah anugerah dan hargai pemberian anugerah tersebut dengan sebaiknya. Penuhi keperluan anak anda terutama jika anda memiliki anak-anak istimewa kerana mereka sentiasa memerlukan keperluan dan perhatian yang lebih daripada anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terapi Haiwan Bagi Kanak-kanak Cerebral Palsy

    Terdapat banyak ikatan antara manusia dan haiwan yang tidak dapat dinafikan. Ia satu pengalaman rehabilitasi tidak dapat ditandingi oleh bentuk terapi lain bagi individu yang mempunyai keperluan khas atau ketidakupayaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/08/2018 . 3 minit bacaan

    Terapi Kuda Tingkatkan Perkembangan Kanak-kanak Autistik

    Kuda telah digunakan dalam terapi bagi membina keyakinan dah peribadi diri dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Malahan, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunggang kuda sebagai salah satu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Tempatan 17/08/2018 . 2 minit bacaan

    Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

    Disleksia bukan sejenis penyakit mental. Ia adalah kesukaran yang berlaku dalam proses pembelajaran. Mereka yang mengalami disleksia mengambil masa lebih lama untuk bercakap, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 15/08/2018 . 2 minit bacaan

    Isu Kesihatan Berkaitan Sindrom Down

    Di samping aspek fizikal dan intelektual yang ada pada penghidap sindrom Down, mereka juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang lain. Namun, risikonya adalah berbeza bagi setiap orang. 1. Masalah jantung Hampir ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 02/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cerebral-palsy

    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 2 minit bacaan

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/04/2019 . 3 minit bacaan

    Ibu, Perhatikan 4 Tanda Awal Autisme Ini Pada Anak Untuk Bertindak Lebih Cepat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/11/2018 . 3 minit bacaan

    Disleksia: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/10/2018 . 2 minit bacaan