Cadangan Kawalan Harga Ubat Kini di Peringkat Awal – Kementerian Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyediakan cadangan untuk mengawal harga ubat-ubatan di Malaysia melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Ia kini masih berada di peringkat awal.

Menurut Menteri Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, cadangan mengawal harga ubat tersebut adalah untuk menentukan harga maksimum bagi semua pengguna di semua farmasi dan pusat jualan ubat selari dengan standard amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

“Cadangan ini secara tidak langsung menyama rata harga ubat-ubatan dan memastikan ia mampu dibeli oleh rakyat. Kementerian sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah serta pemain industri dan pengamal perubatan,” kata Dr Dzulkefly kepada Charles Santiago (PH-Klang) yang bertanya tentang mekanisma yang diambil oleh kementerian berkenaan dalam mengawal harga ubat di Malaysia.

Santiago turut bertanya jika kementerian berniat untuk membantu industri tempatan sebagai usaha mengurangkan harga ubat.

Dr Dzulkefly berkata bahawa kerajaan juga membantu industri tempatan dan menambah bahawa kementeriannya sentiasa menggalakkan usaha menggunakan ubat-ubatan dalam sektor awam dengan harga berpatutan dengan mengutamakan ubat yang dihasilkan di dalam negara.

Beliau menegaskan bahawa pembelian ubat-ubatan oleh kementerian adalah berdasarkan prinsip akauntabiliti awam, nilai terbaik serta persaingan terbuka, sihat, dan adil.

Pembelian ubat dilakukan melalui tender terbuka dan pemilihan syarikat konsesi adalah berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Kementerian bersedia menyokong industri ubat-ubatan tempatan, malah mengutamakan pembelian ubat-ubatan yang dihasilkan di dalam negara. Pembelian ubat melalui import akan diambil kira hanya jika ia tidak boleh diperoleh dari dalam,” beliau berkata.

Pada tahun lepas, sebanyak 53.6% ubat generik telah dibeli dan 50.3% daripadanya dihasilkan di dalam negara.

Beliau menambah, keutamaan diberikan kepada hasil tempatan tetapi harganya mungkin lebih tinggi kerana hanya dihasilkan untuk kegunaan tempatan.

“Ekonomi skala tidak boleh dicapai menyebabkan ia tidak boleh bersaing dengan harga ubat generik dari luar negara. Kadangkala, harga ubat generik tempatan adalah lebih mahal kerana bahan mentah untuk menghasilkan ubat tersebut semuanya diimport dari luar negara.

“Kini, kita boleh lihat mengapa ubat generik tempatan susah untuk bersaing kerana ia tidak mempunyai pasaran eksport,” beliau berkata.

Menurut Dr Dzulkefly, kini terdapat 18 syarikat menghasilkan ubat generik dan 10 daripadanya ialah milik bumiputera. Beliau turut berkata bahawa kerajaan akan memastikan penghasilan ubat generik tempatan adalah selamat dan efisien melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mesin ATM Beras Bantu Golongan B40? Bagusnya Kalau Ada Banyak Di Malaysia, Lagi-lagi Masa PKP Ini

    Ada satu kaedah bantuan beras yang lebih inovatif untuk disampaikan kepada golongan B40. Ia adalah mesin ATM beras yang semestinya 'mesra' jarak sosial.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Nak Jadi Hero Negara? Ini 5 Cara Yang Boleh Anda Lakukan Dalam Melawan COVID-19

    Selain bantuan makanan, anda juga boleh menyumbang dalam 4 lagi perkara ini untuk membantu melawan COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    PKP Fasa 4, Sambung Lagi Hingga 12 Mei, Pelajar IPT Dibenarkan Balik Kampung Ikut SOP

    Perdana Menteri Malaysia telah membuat lanjutan PKP buat kali ke-4 berikutan wabak virus korona baharu. Kali ini, pelajar IPT dibenarkan pulang ke kampung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 10/04/2020 . 3 minit bacaan

    2 Lagi Kluster Baharu Jangkitan COVID-19: Kenduri Di Bangi & Gereja Di Sarawak

    KKM telah mengesahkan terdapat 2 lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 iaitu kluster gereja di Sarawak dan kluster kenduri kahwin di Bandar Baru Bangi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 09/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Penumpang AirAsia AK5742, AK5740 Sah POSITIF COVID-19, Yang Lain Diminta Jalani Ujian Saringan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/05/2020 . 2 minit bacaan

    PDRM Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Mulai 1 Mei, Hanya Dari Kampung Ke Bandar! Mohon Di Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/04/2020 . 2 minit bacaan

    5 Tahap Jangkitan Covid-19, 88% Positif Di Malaysia Tiada Gejala, Hanya Simptom Ringan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/04/2020 . 3 minit bacaan