Kadar Pesakit Diabetes Semakin Membimbangkan: Alternatif Gula Terkini di Malaysia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Seperti mana yang kita ketahui, bilangan pesakit diabetes di Malaysia kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Menurut kajian yang dilakukan pada 2011, kira-kira lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes dan ia semakin meningkat tahun demi tahun. Persoalannya, apakah faktor utama diabetes semakin meningkat di negara kita? Adakah gaya hidup dan pemakanan merupakan punca utama keadaan ini? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai punca diabetes di Malaysia dan langkah mengatasinya.

Apa itu diabetes?

Diabetes adalah satu kondisi di mana individu mempunyai tahap gula dalam darah yang melebihi tahap normal. Keadaan ini akan menyebabkan pankreas tidak lagi mampu menghasilkan atau menggunakan insulin yang kita perlukan untuk menukar gula dalam saluran darah kepada sel atau tisu untuk ditukarkan sebagai tenaga dalam badan dengan sebetulnya. Ini selanjutnya akan mengakibatkan peningkatan paras gula dalam badan lalu merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga serta merosakkan organ dan tisu yang terdedah kepada tahap glukosa yang tinggi.

Apakah gula merupakan punca utama diabetes?

Ya, gula adalah punca utama kondisi diabetes berlaku pada individu. Seperti mana yang kita tahu, rakyat Malaysia memang tidak boleh lari daripada pengambilan gula dalam pemakanan mereka. Makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi terutamanya manisan tempatan seperti cendol, lai chi kang, air batu campur dan pelbagai lagi makanan berintikan gula adalah punca utama diabetes di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.

Persoalannya, apakah langkah mengatasi yang paling berkesan untuk mengatasi permasalahan ini? Secara umumnya, pengurangan pengambilan gula adalah salah satu langkah yang terbaik. Sebagai contoh, ketika berada di restoran, kita boleh memesan air minuman kurang manis untuk mengurangkan pengambilan gula. Ketika di rumah pula, amalkan memasak makanan dan membuat air minuman yang kurang atau tidak langsung mempunyai gula. Namun begitu, kita sebenarnya perlu tahu bahawa selain gula, telah wujud alternatif pemanis yang boleh menggantikan gula dalam makanan dan minuman kita yang sebenarnya lebih baik untuk kesihatan kita. Antara alternatif pemanis yang paling terkenal telah wujud di dunia adalah ‘aspartame’ dan ‘sukrosa’. Namun demikian, tiada alternatif pemanis lain yang mampu menandingi populariti ‘stevia’.

alternatif gula

sumber: www.myhealth.gov.my/kegunaan-stevia-sebagai-pemanis/

Penggunaan stevia sebagai alternatif kepada gula

Pemanis alternatif yang paling terkenal di persada dunia adalah stevia. Stevia atau nama saintifiknya Stevia rebaudiana Bertoni yang berasal dari Paraguay ini adalah senis herba daripada keluarga Asteraceae. Daun tumbuhan ini mengandungi pemanis semulajadi yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi dan tidak mempunyai sebarang kalori. Namun demikian, herba ini agak asing di Malaysia kerana tidak banyak pendedahan tentangnya.

Herba ini sebenarnya mempunyai potensi sebagai pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ia merupakan satu kelebihan untuk industri makanan kesihatan, khususnya buat individu yang mempunyai masalah obesiti dan diabetes. Berikut merupakan beberapa manfaat untuk kesihatan penggunaan stevia sebagai alternatif gula:

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan paras gula dalam darah
  • Melawan jangkitan rotavirus
  • Membantu metabolisme gula
  • Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang
  • Mendorong vasodilatasi sistemik dan buah pinggang

Namun demikian, stevia juga mempunyai beberapa mudarat yang kadang kala kita terlepas pandang. Pertama sekali, pemanis stevia yang telah dipaket dan diproses biasanya telah ditambah dengan bahan perasa lain seperti pati glukosa yang telah diekstrak daripada jagung, gandum atau beras. Selain itu, spesifikasi produk ini yang tidak mencapai regulatori bagi kebanyakan negara serta tidak mempunyai data secukupnya untuk menyokong keselamatan penggunaan stevia merupakan punca mengapa produk ini kurang mendapat sambutan di kebanyakan negara terutamanya negara kita.

Di Malaysia, keberkesanan penggunaan produk ini masih dalam perdebatan kerana terdapat banyak penemuan saintifik yang bercanggah antara satu sama lain. Badan regulatori seperti United States Food and Drug Administration (USFDA) telah melarang penggunaan ekstrak Stevia kerana terdapat kebimbangan terhadap keselamatan penggunaannya terhadap kawalan paras gula dalam darah, kesan kepada sistem reproduktif, sistem kardiovaskular dan buah pinggang. Dalam erti kata yang lain, stevia adalah produk yang masih samar-samar akan keselamatan dan keberkesanannya.

alternatif gula

Adakah terdapat alternatif lain?

Baru-baru ini, telah lahir satu produk ciptaan anak jati Malaysia yang menggunakan teknologi nano. Menerusi sebuah sidang media bertempat di ibu negara yang dikelolakan oleh Mohd Aidi Bin Haji Senin, pengarah eksekutif P3 Sweetener dan Johan Iskandar Hassan, pengarah urusan NanoMalaysia, sebuah produk alternatif gula telah diperkenalkan iaitu pemanis P3.

Pemanis P3 ini merupakan sebuah produk alternatif pemanis kepada gula yang diperbuat daripada 99% ekstrak pati tebu. Produk yang menggunakan teknologi nano ini telah menjalani ujian makmal dan telah disahkan keselamatan dan keberkesanan penggunaannya oleh NanoMalaysia iaitu sebuah badan pengesahan teknologi nano yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini menjadikannya sebagai produk pemanis pertama di Malaysia yang telah diiktiraf oleh NanoMalaysia sebagai produk yang selamat untuk digunakan.

alternatif gula

Apakah manfaat Pemanis P3?

Pemanis P3 adalah sebuah produk yang diperbuat daripada 99% ekstrak pati tebu ini adalah rendah kalori dan karbohidrat yang mampu membantu mengawal paras gula darah. Produk yang mempunyai rasa yang 5 kali ganda manis dengan gula putih ini ini juga adalah stabil jika diukur tahap pH berasid dan berakali. Ia sangat sesuai digunakan dalam masakan dan minuman bagi menggantikan penggunaan gula kerana hanya sedikit sahaja kuantiti yang diperlukan untuk menyamai kemanisan gula putih yang biasa digunakan. Hasilnya, penggemar makanan dan minuman manis masih dapat menikmati rasa manis tanpa perlu merisaukan sebarang mudarat lain yang akan timbul.

Penggunaan pemanis P3 secara berterusan juga dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan pengambilan gula berlebihan seperti:

  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Kolesterol tinggi
  • Strok
  • Kanser

Selain itu juga, pemanis P3 ini sangat sesuai diambil oleh individu yang telah menderita diabetes dan obesiti kerana kandungan produk ini diperbuat daripada 99% ekstrak tebu tanpa sebarang bahan tambahan yang lain serta rendah kalori dan karbohidrat.

Berbeza dengan produk pemanis lain seperti stevia, aspartame dan sukrosa, produk ini juga datang dalam pelbagai jenis dan bentuk. Selain Nanosugar, P3 juga mengeluarkan pelbagai produk lain antaranya adalah Nanosweeta Coffee, Cocoa Istimewa dan Sweetener liquid drop. Kepelbagaian produk ini memudahkan pengguna untuk memilih dan menggunakan produk berteraskan alternatif pemanis ini mengikut citarasa mereka sendiri.

Konklusi

Hakikatnya, diabetes di Malaysia merupakan sebuah penyakit yang sangat dibimbangi di seantero dunia terutamanya di Malaysia. Bagi mengatasinya, perubahan dalam gaya hidup dan pemakanan individu perlu dilakukan. Dengan kehadiran produk alternatif kepada gula seperti pemanis P3 ini, langkah ini mungkin dapat direalisasikan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan dan bahaya diabetes, sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan dan individu di sekeliling anda akan bahaya penyakit diabetes ini yang kadang kala dipandang remeh oleh masyarakat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

    Ketika negara diserang wabak COVID-19, wajarkah kita pakai pelitup muka sewaktu melakukan aktiviti fizikal? Tapi apa faedah pakai mask ketika bersenam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Living Life Care-free with Cutting Edge Insulin Solutions

    It all comes down to knowing how to take care of yourself. And you can do that by establishing a routine that includes healthy lifestyle practices.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Aaron Joseph Sta Maria
    English 27/01/2021 . 4 minit bacaan

    Tiada Lagi Kerisauan Dalam Hidup Dengan Kaedah Rawatan Insulin Canggih

    Pesakit diabetes harus mengambil berat tentang cara turunkan gula dalam badan ke paras normal supaya kencing manis yang dialami tidak bertambah teruk.

    Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditaja oleh
    cara turunkan gula
    Kencing Manis 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Boleh Alami 7 Kesan Berdengkur Ini Jika Tidak Dapat Rawatan Segera Doktor Gigi!

    Anak tidur berdengkur mungkin satu keadaan biasa. Tetapi sebenarnya, ia tidak boleh dibiarkan kerana akan menjejaskan proses perkembangan mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan Mulut, Penjagaan Gigi Kanak-Kanak 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    silent treatment penderaan emosi

    Pasangan Suka Lakukan ‘Silent Treatment’ Jika Bergaduh? Ini Namanya Toksik DERA EMOSI

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    alergi makanan

    Ini Cara Terbaik Elak Alergi Makanan, Baca Label Makanan Setiap Kali Sebelum Beli!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    ujian kanser serviks

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    Masalah kulit

    Badan Sering Naik Bintik Merah? Jangan Biarkan! Anda Mungkin Terkena 7 Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan