Mengapa Masih Ada Sekolah Belum Ditutup Meskipun Jerebu Kian Teruk?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Keluar sahaja rumah atau buka sahaja jendela, sudah pasti anda akan terganggu dan terjejas dengan asap tebal ekoran masalah jerebu kini yang kian teruk dari hari ke hari. Sehingga saat ini, terdapat 29 kawasan di negara kita yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat (25), sangat tidak sihat (3) dan bahaya (1), menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar.

Jika dilihat dengan lebih mendalam, Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya adalah di Sri Aman, Sarawak dengan bacaan 359. Tiga kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat pula adalah di Kuching, Sarawak (216), Port Dickson, Negeri Sembilan (207) dan Klang, Selangor (232).

Statistik ini adalah sangat membimbangkan terutamanya buat bayi dan kanak-kanak yang sememangnya memerlukan perhatian yang lebih khusus daripada ibu bapa. Jika semakin teruk, sekolah perlu ditutup bagi mengehadkan waktu anak anda berada di luar rumah. Pun begitu, masih ada sekolah yang belum ditutup walaupun masalah jerebu kian teruk. Persoalannya, apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Kes kematian melibatkan bayi berusia 4 bulan

Sebelum itu, ibu bapa perlu tahu bahawa jerebu bukan merupakan satu masalah yang ringan kerana ia sebenarnya adalah berbahaya buat si kecil anda sehingga boleh mengakibatkan kematian! Menurut satu kes terbaharu di Palembang, Indonesia, seorang bayi berusia 4 bulan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Ar-Rasyid. 

Selepas siasatan, bayi bernama Elsa Fitaloka ini meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan, dikhuatiri disebabkan oleh masalah jerebu yang sangat teruk di sana. Elsa pada mulanya mengalami sesak nafas dan hanya dirawat di rumah. Namun selepas melihat keadaannya semakin teruk, ibu bapanya terus membawa dia ke hospital. 

Menurut doktor, kematiannya berkemungkinan tinggi berpunca daripada masalah pernafasan yang serius, namun masih belum dimuktamadkan kerana masih memerlukan pemeriksaan lanjut. Pun begitu, ibu bapanya mempercayai bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh jerebu ekoran daripada aktiviti ‘karhutla’ atau kebakaran hutan dan lahan.

Jadi, ibu bapa sewajarnya lebih berjaga-jaga dan tidak hanya beranggapan bahawa jerebu ini adalah masalah yang hanya boleh diselesaikan dengan pemakaian topeng muka semata-mata.

 

Lagi sekolah ditutup kerana bacaan IPU tinggi

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 531 sekolah telah ditutup membabitkan 363,991 pelajar iaitu di Sarawak (298), Negeri Sembilan (63), Selangor (145) dan Putrajaya (25). Pihak mereka turut menasihatkan orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan dengan IPU tinggi untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah. Sebagai langkah pencegahan awal, sila pastikan anda gunakan topeng muka dengan cara yang betul.

Sekiranya sekolah telah ditutup dan anak mereka tidak perlu lagi hadir ke sekolah untuk sekian waktu yang ditetapkan, sudah pasti ibu bapa akan berasa sedikit lega. Pun begitu, masih ada sekolah yang belum ditutup meskipun jerebu di kawasan itu kian teruk. Apakah sebabnya?

Seperti kes yang berlaku di Melaka, sebanyak 315 buah sekolah di negeri itu diputuskan untuk tidak ditutup kerana situasi jerebu di sana direkodkan semakin baik. Ini menunjukkan bahawa tahap keterukan jerebu tidak boleh ditentukan dengan mata kasar sahaja.

“Melihat kepada Laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang merekodkan bacaan kualiti udara semakin menurun, pihak kami memutuskan tiada keperluan untuk penutupan semua sekolah di negeri Melaka”, kata Datuk Abu Bakar Sahari, Pengarah Pendidikan Negeri.

Konklusinya, sekolah hanya akan ditutup jika bacaan IPU mula mencecah paras tidak sihat yang telah ditetapkan. Keputusan ini perlu disambut baik oleh ibu bapa kerana ia sebenarnya turut melibatkan nyawa anak anda. Paling penting, ibu bapa harus kurangkan membawa bayi dan kanak-kanak keluar dari rumah terutamanya jika anda tinggal di kawasan dengan IPU yang tidak sihat. Lebih baik mencegah daripada mengubati, bukan? 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Percaya atau tidak, muka stress boleh sebabkan beberapa kesan pada wajah anda. Kami senaraikan 5 kesan stres pada muka yang mungkin anda tidak tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Kolorektal Ketiga Didiagnosis Di Dunia, Kenali Simptom Penyakit Ini Dari Awal

    Kanser kolorektal adalah kanser ketiga tertinggi didiagnosis dalam kalangan lelaki dan wanita di seluruh dunia. Seperti kebanyakan barah yang lain, mereka yang mengalami kanser kolorektal pada peringkat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cuci usus

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    rawatan usus

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 6 minit bacaan