WHO: 10 Isu Kesihatan Akan Ditangani Tahun Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 7 minit bacaan
Share now

Dunia berdepan dengan pelbagai isu cabaran kesihatan. Ini terdiri daripada wabak penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti campak dan difteria, meningkatkan laporan mengenai patogen rintangan ubat, kadar peningkatan obesiti dan ketidakaktifan fizikal terhadap kesan kesihatan pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim serta pelbagai krisis kemanusiaan.

Untuk menangani ancaman ini dan yang lain, 2019 dilihat permulaan rancangan strategik 5 tahun baru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) – 13th General Programme of Work. Rancangan ini fokus kepada tiga billion sasaran iaitu:

  • Memastikan lebih 1 billion orang memperoleh manfaat daripada akses perlindungan kesihatan sejagat
  • Memastikan lebih 1 billion orang dilindungi daripada kecemasan kesihatan
  • Memastikan lebih 1 billion orang menikmati kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik

Bagi mencapai matlamat ini, ancaman terhadap kesihatan perlu ditangani daripada pelbagai sudut. Berikut adalah 10 isu yang memerlukan perhatian daripada WHO dan rakan kongsi kesihatan pada tahun 2019.

Pencemaran udara dan perubahan iklim

Sembilan daripada sepuluh orang menghirup udara yang tercemar setiap hari. Pada tahun 2019, WHO menganggap bahawa pencemaran udara sebagai risiko alam sekitar paling besar terhadap kesihatan. Pencemar mikroskopik di udara boleh menembusi sistem pernafasan dan peredaran darah, merosakkan paru-paru, jantung dan otak, membunuh 7 juta orang setiap tahun akibat penyakit seperti kanser, strok, penyakit jantung dan paru-paru. Malah, kira-kira 90% daripada kematian ini adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan jumlah pelepasan yang tinggi dari industri, pengangkutan dan pertanian, serta dapur dan bahan api kotor di rumah.

Punca utama pencemaran udara iaitu pembakaran bahan api fosil juga merupakan penyumbang kepada perubahan iklim, yang memberi kesan kepada kesihatan awam dengan pelbagai keadaan klinikal. Antara 2030 dan 2050, perubahan iklim dijangka menyebabkan 250 ribu pertambahan kematian setiap tahun akibat malnutrisi, malaria, diarrhea dan tekanan haba.

Pada Oktober 2018, WHO mengadakan Persidangan Global mengenai Pencemaran Udara dan Kesihatan di Geneva. Negara dan organisasi bersetuju untuk lebih daripada 70 komitmen bagi meningkatkan kualiti udara. Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September lepas bertujuan memperkukuh tindakan menangani perubahan iklim di seluruh dunia. Walaupun semua komitmen yang dibuat oleh negara-negara untuk Perjanjian Paris dicapai, dunia masih lagi menyaksikan peningkatan suhu lebih daripada 3 darjah selsius secara purata.

Penyakit tidak berjangkit (NCD)

Penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kanser dan penyakit jantung bertanggungjawab secara kolektif untuk lebih 70% semua kematian seluruh dunia atau 41 juta orang. Ini termasuk 15 juta kematian pra-matang, yang melibatkan mereka berusia di antara 30 hingga 69 tahun.

Lebih 85% daripada kematian pra-matang berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Kemunculan penyakit ini didorong oleh lima faktor utama iaitu penggunaan tembakau, tidak aktif secara fizikal, penggunaan alkohol berbahaya, diet tidak sihat dan pencemaran udara. Faktor risiko ini juga memburukkan lagi masalah kesihatan mental, yang mungkin bermula pada awal usia. Separuh daripada semua penyakit mental bermula pada usia 14 tahun, tetapi kebanyakan kes tidak dapat dikesan dan tidak dirawat, bunuh diri adalah penyebab utama kematian kedua di antara 15-19 tahun.

Di antara banyak perkara, tahun ini WHO akan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu memenuhi sasaran global bagi mengurangkan ketidakaktifan fizikal sebanyak 15% menjelang 2030 melalui tindakan seperti melaksanakan toolkit (set alat pembangunan) dasar AKTIF untuk membantu lebih ramai orang aktif setiap hari.

Pandemik influenza global

Dunia akan menghadapi satu lagi pandemik influenza, satu-satunya krisis kesihatan yang tidak dapat diramal bila ia akan melanda dan sejauh mana impaknya kepada dunia. Sistem pertahanan (resistance) global terhadap krisis influenza ini hanya akan berkesan jika semua negara mempersiapkan pelan tindakan kecemasan dan ujian berkala terhadap sistem tindak balas setempat.

WHO sentiasa mengawasi peredaran dan mobilisasi virus influenza untuk mengesan potensi pandemik. 153 institusi di 114 negara terlibat dalam pengawasan dan tindak balas global.

Setiap tahun, WHO mengesyorkan strain mana harus dimasukkan dalam vaksin flu untuk melindungi masyarakat daripada flu bermusim. Sekiranya terdapat strain flu yang baru berkembang dan mencetuskan potensi pandemik, WHO menerusi sistem perkongsian unik dengan semua penggerak utama memastikan akses yang berkesan dan saksama kepada diagnostik, vaksin dan antiviral (rawatan), terutama di negara-negara membangun.

Suasana kehidupan yang berisiko dan terdedah kepada agen penyakit

Lebih daripada 1.6 bilion orang (22% daripada populasi global) tinggal di lokasi di mana krisis yang berlarutan (melalui kombinasi cabaran seperti kemarau, kebuluran, konflik, dan perpindahan penduduk) dan mempunyai perkhidmatan kesihatan yang lemah, sekaligus menyukarkan mereka mendapat akses kepada penjagaan asas.

Perancangan lemah wujud hampir di semua kawasan di dunia dan mempengaruhi sasaran utama dalam matlamat pembangunan mampan, termasuk kesihatan ibu dan anak yang masih belum di tahap yang memuaskan.

WHO akan terus memberi perhatian kepada negara-negara yang mempunyai sumber terhad  untuk mengukuhkan sistem kesihatan supaya mereka lebih bersedia untuk mengesan dan bertindak balas terhadap wabak, serta mampu memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, termasuk imunisasi.

Rintangan antimikrob

Perkembangan antibiotik, antiviral dan antimalarial adalah beberapa kejayaan terbesar dalam perubatan moden. Rintangan antimikrobial – keupayaan bakteria, parasit, virus dan kulat untuk menentang ubat-ubatan ini – mengancam kehidupan kita dan merupakan satu langkah ke belakang ke era di mana radang paru-paru, tuberkulosis, gonorea, dan salmonellosis sukar dirawat dan dibendung. Ketidakupayaan untuk mencegah jangkitan boleh membahayakan pembedahan dan prosedur serius seperti kemoterapi.

Rintangan terhadap ubat tuberkulosis adalah halangan terbesar untuk memerangi penyakit yang menyebabkan kira-kira 10 juta orang mengalaminya, dan 1.6 juta mati setiap tahun. Pada tahun 2017, kira-kira 600 ribu kes tuberkulosis rintangan kepada rifampicin, ubat barisan pertama yang paling berkesan dan 82% daripada mereka ini mempunyai tuberkulosis rintangan-pelbagai ubatan

Rintangan ubat bukan sahaja didorong oleh terlalu banyak penggunaan antimikrob pada manusia, tetapi juga pada haiwan, terutamanya yang digunakan untuk penghasilan makanan, serta dalam alam sekitar. WHO bekerjasama dengan pelbagai sektor untuk melaksanakan pelan tindakan global untuk menangani rintangan antimikrobik dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan, mengurangkan jangkitan, dan menggalakkan penggunaan antimikrobial yang berhemat.

Ebola dan lain-lain patogen ancaman tinggi

Pada tahun 2018, Republik Demokratik Kongo melihat dua wabak Ebola yang berasingan, yang kedua-duanya merebak ke bandar-bandar dengan lebih daripada 1 juta orang. Salah satu wilayah yang terlibat juga dalam zon konflik yang aktif. Ini menunjukkan bahawa konteks di mana wabak patogen ancaman tinggi seperti Ebola meletus adalah kritikal.

Pada persidangan Preparedness for Public Health Emergencies yang diadakan pada Disember lalu, para peserta dari sektor kesihatan awam, kesihatan haiwan, pengangkutan dan pelancongan memfokuskan kepada cabaran yang semakin meningkat untuk menangani wabak dan kecemasan kesihatan di kawasan bandar. Mereka memohon WHO dan rakan kongsi untuk menetapkan 2019 sebagai “Tahun tindakan kesediaan untuk kecemasan kesihatan”.

Rangka Tindakan R&D WHO telah mengenal pasti penyakit dan patogen yang kurang berkesan terhadap rawatan dan vaksin dan berpotensi menyebabkan kecemasan kesihatan awam. Senarai pantauan untuk keutamaan R&D termasuk Ebola, beberapa demam berdarah lain, Zika, Nipah, MERS-CoV dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan penyakit X, mengambilkira keperluan untuk menyediakan kebarangkalian penemuan penyakit yang tidak diketahui patogennya serta boleh menyebabkan wabak yang serius.

Penjagaan kesihatan primer yang lemah

Penjagaan kesihatan primer biasanya merupakan titik pertama hubungan seseorang dengan sistem penjagaan kesihatan mereka, dan secara ideal, mereka harus disediakan dengan penjagaan yang komprehensif, berpatutan, berasaskan komuniti sepanjang hayat.

Penjagaan kesihatan primer boleh memenuhi sebahagian besar keperluan kesihatan seseorang dalam menjalani kehidupan mereka. Sistem kesihatan dengan penjagaan kesihatan primer yang terbaik diperlukan untuk mencapai perlindungan kesihatan sejagat.

Namun banyak negara tidak mempunyai kemudahan penjagaan kesihatan primer yang mencukupi. Pengabaian ini mungkin disebabkan kekurangan sumber di negara berpendapatan rendah atau sederhana, tetapi mungkin juga tumpuan dalam beberapa dekad yang lalu dalam program penyakit tunggal.

Pada bulan Oktober 2018, WHO bersama-sama menganjurkan satu persidangan global utama di Astana, Kazakhstan di mana semua negara komited untuk memperbaharui komitmen untuk penjagaan kesihatan primer yang dibuat dalam pengisytiharan Alma-Ata pada tahun 1978. 

Pada tahun 2019, WHO akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memulihkan dan memperkuat penjagaan kesihatan primer dan tindakan susulan komitmen spesifik yang dibuat dalam Pengisytiharan Astana.

Keraguan vaksin

Keraguan vaksin, keengganan atau menolak vaksinasi walaupun vaksin tersedia, ancaman membalikkan perkembangan yang dibuat dalam menangani penyakit-penyakit yang dapat dicegah oleh vaksin. Vaksinasi adalah salah satu cara yang paling kos efektif untuk mengelakkan penyakit. Ia kini mencegah 2-3 juta kematian setahun dan 1.5 juta pada masa hadapan boleh dielakkan jika perlindungan globak vaksinasi dipertingkatkan. 

Sebagai contoh, campak telah menunjukkan kenaikan sebanyak 30% dalam kes di seluruh dunia. Punca peningkatan ini adalah komples, dan tidak semua kes ini disebabkan oleh keraguan vaksin. Walau bagaimanapun, sesetengah negara yang hampir menghilangkan penyakit ini telah mengalami kebangkitan semula. Sebab mengapa orang memilih untuk tidak vaksinasi adalah rumit. Kumpulan penasihat vaksin kepada WHO mengenal pasti kepuasan, kesulitan dalam mengakses vaksin, dan kekurangan keyakinan adalah sebab utama keraguan.

Pada tahun 2019, WHO akan meningkatkan kerja untuk menghapuskan kanser serviks di seluruh dunia dengan meningkatkan perlindungan vaksin HPV. Tahun ini juga mungkin menghentikan penghantaran wild poliovirus di Afghanistan dan Pakistan. Tahun lepas, kurang daripada 30 kes dilaporkan di kedua-dua negara. WHO dan rakan kongsi komited menyokong negara-negara ini untuk memberi vaksin kepada setiap kanak-kanak.

Denggi

Denggi, penyakit bawaan nyamuk yang menyebabkan simptom seperti flu dan boleh membunuh sehingga 20% daripada mereka yang mengalami demam denggi. Ia telah menjadi ancaman yang semakin meningkat selama beberapa dekad.

Sejumlah besar kes berlaku pada musim hujan. Dianggarkan 40% populasi dunia berisiko demam denggi, dan terdapat sekitar 390 juta jangkitan setahun. Strategi kawalan denggi WHO bertujuan mengurangkan kematian sebanyak 50% menjelang tahun 2020.

HIV

Kemajuan yang dilakukan terhadap HIV sangat besar dari segi mendapatkan seseorang yang diuji, menyediakan mereka dengan antiretroviral (22 juta sedang menjalani rawatan), dan menyediakan akses kepada langkah-langkah pencegahan seperti profilaksis pra-pendedahan (PrEP, iaitu ketika orang berisiko HIV mengambil antiretroviral untuk mencegah jangkitan).

Walau bagaimanapun, wabak ini terus meradang dengan hampir sejuta orang setiap tahun mati akibat HIV/AIDS. Sejak permulaan wabak ini, lebih daripada 70 juta orang telah memperoleh jangkitan itu, dan kira-kira 35 juta orang telah mati. Hari ini, sekitar 37 juta di seluruh dunia hidup dengan HIV. Menjangkau seseorang seperti pekerja seks, tahanan di penjara, lelaki yang mempunyai hubungan seks sejenis, atau transgender sangat mencabar. Selalunya kumpulan ini dikecualikan daripada perkhidmatan kesihatan. Satu kumpulan yang semakin dipengaruhi oleh HIV adalah kanak-kanak perempuan dan wanita muda (berusia 15-24 tahun), yang berisiko tinggi dan menyumbang 1 daripada 4 jangkitan HIV di sub-Sahara Afrika walaupun penduduknya hanya 10%.

Tahun ini, WHO akan bekerjasama dengan negara-negara untuk menyokong pengenalan pengujian diri supaya lebih ramai orang yang hidup dengan HIV mengetahui status mereka dan dapat menerima rawatan. Satu aktiviti akan dilaksanakan dalam panduan baru yang diumumkan pada Disember 2018, oleh WHO dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa untuk menyokong syarikat dan organisasi untuk menawarkan ujian diri HIV di tempat kerja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

    Pernah tak ditegur sebab makan sambil minum air, kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

    Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah 1 tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pelik, Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mi segera

    Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
    ultrasound transvaginal

    Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    darah haid

    Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan
    sakit apendiks

    Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/12/2020 . 3 minit bacaan