Hospital ReGen Rehab, Bantu Rawat DoC

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apa itu DoC?

DoC (Disorder of Consciousness) atau gangguan kesedaran adalah keadaan di mana kesedaran telah terjejas disebabkan kerosakan teruk kepada otak. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori; koma, keadaan vegetatif (VS), atau keadaan separa sedar (MCS).

Terdapat dua punca utama kecederaan yang boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada otak, iaitu:

  • Penyakit yang mengurangkan oksigen ke otak. Contohnya seperti kesukaran bernafas, serangan jantung dan strok ataupun keracunan.
  • Kecederaan fizikal teruk yang mendatangkan trauma, seperti jatuh, kemalangan kereta atau kecederaan di kepada akibat sukan.

Antara kes pesakit yang melibatkan DoC adalah seperti kes kemalangan yang berlaku kepada pelumba F1, Michael Schumacher. Beliau telah mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala ketika berski di Pergunungan Alps, Perancis, pada tahun 2013.

Tempoh masa lama

Akibat kecederaan teruk yang berlaku pada otak, kebanyakan pesakit akan melalui peringkat koma, VS dan MCS sebelum mereka mampu dan dapat sedar sepenuhnya. Proses pemulihan disebabkan kerosakan otak yang teruk mengambil tempoh masa yang panjang.

Pesakit mungkin koma hingga berminggu, bulan, tahun, malah ia mungkin berlaku sepanjang hayatnya. Ini secara tidak langsung mendatang kesan kepada emosi bagi keluarga dan individu yang rapat dengan pesakit.

Proses penjagaan bagi pesakit juga boleh menjadi sangat sukar dan mencabar secara emosi kerana ketidakpastian tentang keadaan pesakit. Kerumitan menjaga pesakit dengan DoC berlaku pada setiap peringkat termasuk diagnosis, prognosis dan rawatan.

Program pemulihan ReGen Rehab

Program pemulihan DoC adalah bertujuan untuk menggalakkan rangsangan dan mengelakkan komplikasi perubatan sekunder dan menyediakan latihan dan pendidikan kepada keluarga pesakit.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan Hospital ReGen Rehab, Dr Lydia Abdul Latif, “Keluarga mahupun penjaga pesakit memerlukan sokongan dalam membuat keputusan walaupun mungkin ia hanya berkaitan isu yang mudah. Tetapi apabila berada dalam situasi di mana ahli keluarga berdepan dengan DoC, sokongan yang dianggap remeh itu adakalanya satu bagai meringankan bebanan mereka.”

Antara rawatan khusus dan program pemulihan komprehensif yang ditawarkan adalah seperti pengurusan perubatan, jururawat khusus, penilaian bersiri yang seragam, pengurusan fizikal, dan pengendalian soal pemakanan dan nutrisi serta program rangsangan seperti intervensi farmakologi.

Bagi Pengarah Institut Pemulihan Saintifik, ICS Maugeri, Genoa, Itali, Profesor Dr Caterina Pistarini, “Kesedaran adalah di mana ia membolehkan individu memproses maklumat, berkomunikasi, bekerja dan melakukan sebarang aktiviti, dan oleh kerana itu, kesedaran adalah satu proses penting dalam kehidupan kerana apabila terlibat dengan gangguan kesedaran, ia menghalang individu untuk melakukan sebarang tingkah laku.”

Hospital ReGen Rehab yang dibuka pada September 2018, menawarkan pasukan berdedikasi untuk memberikan program penyelarasan pemulihan seperti doktor pemulihan, ahli neurologi, ahli fisioterapi, neurosurgeon dan pakar terapi bahasa.

Ia adalah satu perkara penting untuk meletak dan memberikan pesakit penjagaan yang sewajarnya dan keluarga pesakit juga memerlukan sokongan profesional semasa melalui tempoh sukar dan mencabar ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: