Erti Kata Perjuangan

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

“Kalau Makcik nak berhenti kemoterapi boleh tak, Tuan Doktor?” Aku terkejut. Pertama kali jawapan apa khabar aku dibalas sebegini rupa. Inilah rupanya perjuangan.

“Kenapa Makcik?” Tanyaku.

Bukan aku mahu menentang perjuangan makcik itu, namun aku rasa sayang. Makcik diberi diagnosis kanser usus beberapa bulan lalu. Tahap awal kanser. Pembedahan sudahpun dilakukan. Sekarang perlu siapkan 12 kitaran kemoterapi setiap 2 minggu untuk kurangkan risiko penyakit datang kembali.

Mata Makcik berair. Diketap bibirnya lalu menggeleng kepala, “tak ada apalah Doktor. Lupakan sahaja,” kata Makcik lagi. Melihatkan hari sudah mula lewat dan aku masih ada beberapa pesakit, ingin sahaja aku matikan perbualan ini sebab Makcik dah kata tak mengapa. Namun aku tak sampai hati.

“Kadang-kala, mungkin perkara itu penting, mungkin juga tidak. Mungkin saya dapat membantu, mungkin juga tidak. Tapi saya takkan tahu mana satu melainkan Makcik beritahu saya kenapa Makcik tanya soalan awal tadi itu. Orang tua ada kata, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang,” kataku.

Air mata yang bergenang di mata makcik tadi mula menitis. Makcik ini nampak sihat walaupun banyak yang sedang dihadapi. Kalau sekilas pandang, mungkin tak siapa tahu betapa banyak yang sedang dia hadapi.

“Nama Makcik dipanggil untuk Haji tahun ini. Makcik dah lama menyimpan untuk pergi. Tapi macam mana nak pergi dengan semua yang jadi ini?” Terketar-ketar bibir Makcik bercerita.

Aku biarkan kesunyian bertakhta sebentar sambil memikir apa yang perlu aku katakan. Serentak itu, dua orang anak Makcik masuk dan mungkin terkejut menyaksikan ibu mereka sedang menangis. Dengan suara perlahan, aku terangkan pada anak-anak mengapa ibu mereka sedang bersedih.

“Selepas beberapa lama saya buat kerja ini, saya belajar satu benda. Kita tak pilih penyakit kita. Penyakit yang pilih kita. Benar, kadang-kala kita fikir, kenapalah aku diuji sebegini. Tapi kita kena juga beringat, Tuhan takkan menguji hambaNya melainkan sesuatu yang kita mampu hadapi”.

Makcik dan anak-anak mengangguk dan aku sambung sedikit lagi, “Saya tak dapat kata saya faham apa yang Makcik lalui tapi apa yang saya boleh kata adalah ini ujian Makcik. Apabila Makcik diberi pilihan antara tangggungjawab Makcik atas kesihatan diri Makcik atau keinginan Makcik untuk melaksanakan rukun agama. Saya bukan mana-mana ustaz tapi saya yakin pandangan mereka juga sama. Kesihatan tubuh itu penting”.

Makcik masih teresak perlahan sambil dipujuk anaknya. Aku pun bercakap sambil menahan air mata sebenarnya. “Saya faham itu Doktor. Saya cuma sedih,” kata Makcik. “Dan Makcik memang boleh bersedih. Itu memang respon yang sesuai dengan keadaan ini. Tapi jangan pula salahkan mahupun hentikan rawatan. Itu dah dah jadi lain, bukan?”

“Kita sambung dulu semua rawatan ini dan selesaikan. Ini perjuangan Makcik sekarang. Ini Haji dan pengorbanan Makcik sekarang. Saya tulis satu surat pengesahan penyakit sekarang sebagai bukti Makcik bukan tangguh suka-suka. Bila rawatan sudah selesai nanti, Makcik ingatkan Doktor yang tengok untuk bagi satu surat pengesahan selesai rawatan. Gunakan semua surat ini untuk rayuan tahun berikutnya,” aku memberitahu pilihan yang Makcik ada.

“Terima kasih, Doktor” kata Makcik.

*Segala pandangan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini adalah bersifat peribadi dan tidak semestinya mencerminkan polisi Hello Doktor. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    DARI PAKAR Dr. Saiful Adni Abd Latif

    Perspektif: Muliakanlah kerjaya seorang doktor

    Surat terbuka untuk Miya Wong. Assalamualaikum saudari, atau mungkin lebih tepat saya panggil dengan panggilan doktor. Sungguhpun begitu, awak nampak seolah-olah awak tak ingin dipanggil dengan gelaran itu. Benci ...

    Ditulis oleh Dr. Saiful Adni Abd Latif

    Perspektif: Hargai Nyawa Anda

    Itu hari pertama kemoterapi untuk dia. Itu juga hari pertama saya. Masa mak dia turun makan, saya datang kepada dia untuk cucukan jarum.

    Ditulis oleh Dr. Saiful Adni Abd Latif

    Erti Kata Perjuangan

    Artikel ini memaparkan berkenaan seorang penderita kanser yang sedang dalam perjuangan untuk melawannya. Sila baca dengan lebih lanjut.

    Ditulis oleh Dr. Saiful Adni Abd Latif
    perjuangan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    ‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

    Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Jom ikuti artikel ini untuk tahu bahaya kanser jenis ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Kolorektal, Kanser 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

    Tahukah kalian bahawa mungkin terdapat beberapa kesan buruk seks oral antaranya menyebarkan kanser? Ia juga dikatakan lebih berisiko kepada lelaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan