Dr Basheer Ahamed Terima Medal McCormark – Pertama Dalam Kalangan Bukan Orang British

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sejarah telah terlakar apabila Datuk Dr Ahamed Abdul Karim menjadi penerima medal McCormark pertama dalam kalangan bukan orang British. Anugerah berprestij yang diberikan oleh Royal College of Surgeons (RCS) ini berlangsung dalam satu majlis pada 10 Oktober lalu.

“Anugerah ini menjadi bukti bahawa pakar bedah di Malaysia sebaris dengan doktor di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Medal McCormark dianugerahkan oleh Intercollegiate Specialty Examination in Cardiothoracic Surgery Board kepada calon yang memperoleh markah tertinggi dalam ujian mereka dalam percubaan pertama. Intercollegiate Specialty Examination ialah ujian yang dijalankan oleh Royal College of Surgeon (RCS) di United Kingdom dan Ireland sebagai program Zamalah Pasca Ijazah (Postgraduate Fellowship).

Dr Basheer yang juga merupakan ketua Jabatan Kardiotorasik Hospital Pulau Pinang ialah antara 40 pakar bedah kardiotorasik lain dari seluruh dunia dan salah seorang daripada 2 doktor Malaysia yang menduduki ujian tersebut.

Tambah beliau, “Cabaran utama yang terpaksa saya lalui ialah dalam mencari masa belajar untuk ujian tersebut. Secara jujurnya, saya tidak jangka akan menerima anugerah ini.”

Satu pencapaian buat doktor Malaysia dan motivasi bagi yang lain

“Ini semestinya merupakan pencapaian terbaik dalam hidup saya dan juga bagi seluruh keluarga pakar bedah kardiotorasik di Malaysia,” kata beliau.

Dr Basheer berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 1997 sehingga kini yang sudah mencecah 21 tahun. Beliau sangat berbangga dengan kejayaan Jabatan Kardiotorasik di Hospital Pulau Pinang yang mula beroperasi sejak 1995.

Harapan beliau ialah untuk membina Jabatan Kardiotorasik tiga tingkat di hospital tersebut. Permintaan yang tinggi dengan tenaga serta infrastruktur yang kurang telah menjadi cabaran yang besar buat beliau dan rakan-rakan.

Kejayaan ini harus menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita mampu melakar lebih banyak pencapaian di peringkat antarabangsa.

Malaysia Boleh!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga: