Diana Danielle Kongsi Derita Anxiety Attack, Apa yang Perlu Anda Lakukan Jika Alaminya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda berasa gelisah, berpeluh secara mendadak dan menggeletar secara tiba-tiba? Ini mungkin petanda bahawa anda mengalami anxiety attack, sama seperti yang dialami oleh aktres Diana Danielle. Baru-baru ini, Diana Danielle telah berkongsi berkenaan anxiety attack yang dialaminya di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai terutama daripada peminat-peminat setianya. Beliau mengalami kesukaran bernafas dan semput yang berpunca daripada pengamalan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak mendapat kualiti tidur yang baik. Pelakon ini berkongsi rakaman video yang memaparkan keadaannya yang sedang menangis di akaun Instagram miliknya dengan tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan kesihatan mental buat seseorang individu. Bagi yang kurang tahu tentang anxiety attack atau kebimbangan melampau, ikuti kupasan lanjut seperti di bawah. 

Apakah itu anxiety attack?

Kebimbangan melampau bermaksud apabila seseorang individu merasakan ketakutan atau keresahan melampau berkenaan sesuatu perkara buruk yang akan berlaku. Ia merupakan satu terma bukan perubatan yang merujuk kepada perasaan ketakutan atau kebimbangan yang sering berkaitan dengan sesuatu isu atau perkara. Kebimbangan sering dikaitkan dengan keadaan stres yang dialami oleh seseorang individu yang juga melibatkan simptom fizikal seperti ketegangan otot.

Bagaimana untuk mengesan anxiety disorder?

Anda boleh menggunakan kaedah penilaian yang dipanggil GAD-7 Score (Generalized Anxiety Disorder 7). Sekiranya anda mendapat skor 5, ini bermakna keresahan anda berada pada tahap yang ringan. Bagi skor 10, anda mempunyai keresahan pada tahap sederhana. Anda dikategorikan sebgaia mempunyai keresahan yang teruk sekiranya anda mendapat skor sebanyak 15. 

Bagaimana seseorang individu boleh mendapat anxiety attack?

Terdapat beberapa peramal (predictor) bagi anxiety disorder untuk berlaku. Ini termasuklah jantina perempuan, kemiskinan, perubahan peristiwa hidup, penyakit fizikal kronik, penyakit mental kronik, kehilangan atau perceraian ibu bapa, kurang sokongan semasa zaman kanak-kanak dan sejarah masalah mental dalam kalangan ibu bapa.

Seseorang individu mungkin akan mendapat anxiety attack daripada isu tertentu. Ia biasanya berkembang secara berperingkat apabila seseorang individu mula berasa resah. Simptom bagi anxiety attack termasuklah kebimbangan, kegelisahan, masalah tidur, ketegangan di bahagian kepala dan leher, berpeluh, menggeletar dan perubahan kadar degupan jantung. Walau bagaimanapun, bukan semua kejadian anxiety attack akan melibatkan kesemua simptom-simptom ini kerana anxiety attack boleh terjadi dengan kadar yang ringan, sederhana dan teruk bergantung kepada faktor pemacu dan bagaimana seseorang individu itu memberi reaksi terhadapnya.

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, cuba lakukan perkara-perkara berikut bagi mengurangkan kemungkinan terjadinya anxiety attack

  • Tarik nafas secara perlahan-lahan. Apabila anda merasakan bahawa hembusan nafas anda menjadi terlalu pendek, berikan perhatian terhadap setiap tarikan dan hembusan nafas. Tarik nafas secara lebih mendalam dan perlahan-lahan, dan hembuskannya kembali juga secara perlahan-lahan.
  • Amalkan teknik relaksasi. Anda boleh menggunakan pelbagai teknik untuk menenangkan diri anda seperti aromaterapi, imejan berpandu, dan relaksasi otot. Sekiranya anda merasakan anda mempunyai simptom-simptom anxiety attack, lakukan sebarang perkara yang boleh membantu memberikan ketenangan kepada diri anda. 

Anda perlu bersifat terbuka sepertimana yang telah dilakukan Diana Danielle jika anda mendapati diri anda mengalami sebarang masalah yang menjejaskan kesejahteraan mental. Anda tidak perlu berasa malu untuk mendapatkan nasihat, rawatan dan sokongan daripada rakan-rakan dan golongan profesional seperti ahli psikologi. Usaha bagi meluahkan belenggu masalah yang sedang dialami dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya bukan sahaja membantu mengembalikan kesejahteraan mental anda, tetapi juga membuka mata pihak lain untuk lebih terbuka apabila berbicara soal kesihatan mental manusia. Jadilah seperti Diana Danielle!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Terdapat pelbagai variasi meditasi boleh diamalkan seperti berjalan. Berita baiknya banyak manfaat meditasi berjalan yang bagus untuk tahap kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Otak manusia adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan cinta

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan