
Pencegahan denggi adalah tanggungjawab bersama, dan menerusi inisiatif Dengue Patrol 2019, para pelajar dari 131 sekolah rendah dan menengah bertungkus-lumus untuk meningkatkan kesedaran dan menanam semangat advokasi dan penglibatan dalam memerangi denggi.
Dengue Patrol merupakan jalinan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sanofi Pasteur, mula diperkenalkan pada 2011. Daripada hanya tiga buah sekolah yang menyertainya, program yang kini memasuki tahun ke-8 penganjuran, telah menerima penyertaan lebih 876 buah sekolah rendah dan menengah.
Berucap pada majlis pengiktirafan dan penyampaian hadiah Dengue Patrol 2019, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Murid), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Faridah Yang Razali yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, “Pihak kementerian mengiktiraf usaha semua sekolah dan Ahli Patrol Denggi yang berdedikasi dalam perjuangan mereka untuk menghapuskan denggi.”
Pelbagai program
Menurut Pengarah Urusan Sanofi Pasteur (Malaysia & Brunei), Camille de Lataillade, “Kami percaya bahawa pencegahan adalah langkah paling penting untuk sebarang ancaman kesihatan awam. Oleh itu program ini dapat menanamkan kepentingan pencegahan dan mendorong peserta untuk mengambil langkah tepat untuk melindungi diri sendiri dan orang lain, kini dan di masa depan.”
Program yang berjalan selama enam bulan, bermula dari bulan Mac hingga September ini berjaya menarik penglibatan lebih 50,030 pelajar dari seluruh Malaysia. Melalui program yang diilaksanakan pelajar terlibat perlu menjalankan peranan sebagai Ahli Patrol Denggi di sekolah masing-masing. Ia melibatkan aktiviti dasar dan digital sama ada di dalam sekolah mahupun bersama masyarakat sekeliling.
Sejumlah 15,215 aktiviti dasar dan 565,000 aktiviti atas talian termasuk kuiz denggi dalam talian, iaitu antara kriteria utama penyertaan program ini telah dijalankan sepanjang tempoh penganjuran program.
Contoh inisiatif kreatif yang menyerlah adalah lakonan berunsur pendidikan, pameran, maklumat grafik, video pendek, animasi, aktiviti gotong royong, pertandingan seni, aktiviti penglibatan masyarakat dan temabual bersama pegawai kesihatan.
Menariknya program ini juga mendapat sokongan tokoh-tokoh awam, seperti Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.
Selain itu ia turut melibatkan selebriti Malaysia antaranya Janna Nick, Bella Dally, Ziana Zain, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Marsha Milan Londoh dan Nabila Razali,

Senarai pemenang bagi Dengue Patrol 2019:
Hadiah Keseluruhan
Sekolah Rendah
- Pemenang GOLD (RM5,000 + Piala) – SK Pasir Panjang, Selangor
- Pemenang SILVER (RM4,000 + Piala) – SK Sungai Kapar, Perak
- Pemenang BRONZE (RM3,000 + Piala) – SK Sri Gaya, Sabah
Sekolah Menengah
- Pemenang GOLD (RM5,000 + Piala) – SMK Baru Bintulu, Sarawak
- Pemenang SILVER (RM4,000 + Piala) – SMK Subis, Sarawak
- Pemenang BRONZE (RM3,000 + Piala) – SMK Convent Taiping, Perak
Hadiah Kategori
Sekolah Rendah
- Kempen Komuniti Paling Efektif (RM1,000 + Plak) – SJK(C) Chung Hua Pujut, Sarawak
- Kempen Paling Popular (RM1,000 + Plak) – SK Sarikei, Sarawak
- Persembahan Seni Terbaik (RM 1,000 + Plak) – SK Mempaga 2, Pahang
- Video Laporan Terbaik (RM 1,000 + Plak) – SK Pasir Panjang, Selangor
Sekolah Menengah
- Kempen Komuniti Paling Efektif (RM1,000 + Plak) – SMK Felda Chemomoi, Pahang
- Kempen Paling Popular (RM1,000 + Plak) – SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor
- Persembahan Seni Terbaik (RM 1,000 + Plak) – SMK Bandar Tasik Puteri, Selangor
- Video Laporan Terbaik (RM 1,000 + Plak) – SMK Baru Bintulu, Sarawak
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.