Hampir 20 Ribu Data Pesakit Malaysia Dibocorkan! 3 Perkara Yang Perlu Anda Risau

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut satu kajian yang telah diterbitkan pada 16 September yang lalu, hampir 20,000 data pesakit di Malaysia boleh diakses dengan mudah melalui tiga sistem arkib atas talian. 

Salah satu insiden kebocoran data terbesar di dunia

Laporan yang dikeluarkan oleh Rangkaian Greenbone, sebuah firma keselamatan siber yang berpusat di Jerman, telah mengenal pasti Malaysia sebagai salah satu daripada 52 negara lain yang turut terjejas. Antara negara lain yang turut mengalami masalah yang sama adalah Australia, UK, Jepun, China, Rusia, Brazil dan juga Amerika Syarikat. 

Daripada keseluruhan 52 negara dalam laporan tersebut, data perubatan pesakit-pesakit dari negara Amerika Syarikat mendominasi jumlah keseluruhan data yang bocor dengan lebih 13.7 juta data pesakit dan 45.8 juta imej terjejas.

Data perubatan tersebut membabitkan maklumat seperti nama penuh pesakit, tarikh lahir pesakit, maklumat janji temu perubatan dan juga keputusan ujian pengimejan (seperti imbasan CT, MRI dan juga X-ray). Sebanyak 1.2 juta imej berkaitan dengan ujian perubatan pesakit-pesakit dari Malaysia telah dikenal pasti berada dalam sistem arkib tersebut. 

Apa yang perlu anda risau jika data perubatan anda boleh diakses oleh orang lain?

Walaupun tidak jelas bagaimana data tersebut boleh terbocor dan berapa banyak yang telah disimpan semula oleh pihak hospital daripada 52 negara tersebut, apa yang pasti adalah kebocoran data perubatan ini boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk dan juga kemudaratan jika ia berada di tangan yang salah. Berikut merupakan antara perkara buruk yang boleh berlaku:

1. Mengaibkan dan menyerang reputasi seseorang – Maklumat kesihatan boleh terdiri daripada maklumat sensitif dan peribadi tentang seseorang pesakit itu. Maklumat sensitif ini boleh dieksploitasikan oleh golongan berkepentingan tertentu demi menjatuhkan reputasi orang lain. Contoh mudah adalah dengan menyebarkan status HIV seseorang (khususnya artis dan ahli politik), masalah emosi dan penyakit mental, dan juga masalah berkaitan dengan prestasi seksual seseorang (seperti disfungsi ereksi dan ejakulasi pramatang). 

2. Digunakan untuk tujuan ugutan – Maklumat berkaitan dengan keadaan kesihatan sensitif boleh digunakan sebagai modal ugutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan mengugut untuk membocorkan maklumat sensitif, pihak ini boleh mendapatkan apa sahaja yang mereka inginkan daripada mangsa tersebut. 

3. Pemalsuan identiti – Jika seseorang penjenayah mampu mendapatkan akses terhadap maklumat peribadi anda, khususnya berkaitan latar belakang anda, mereka boleh membuat identiti palsu dan menggunakan maklumat anda untuk melakukan aktiviti jenayah. Aktiviti jenayah ini boleh melibatkan pelbagai perkara seperti laporan cukai palsu dan juga untuk membuat tuntutan insurans.

Tuntasnya, maklumat kesihatan terdiri daripada maklumat peribadi dan juga maklumat sensitif berkaitan dengan keadaan kesihatan anda. Ketelusan maklumat adalah perlu bagi membolehkan doktor yang merawat mempunyai gambaran menyeluruh tentang pesakit tersebut demi memberikan rawatan terbaik buat mereka. Untuk tujuan itu, maklumat ini perlu dijaga sebaik mungkin oleh pihak yang menguruskannya bagi mengelakkan mudarat yang lebih teruk kepada individu dan juga kepada masyarakat. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: