Tempoh Cuti Bersalin Naik 90 Hari! Apa Reaksi Para Ibu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Buat para ibu di luar sana, belanjawan negara yang diumumkan baru-baru ini mungkin telah membawa berita baik buat anda. Kenapa? Sebab kerajaan telah mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2020 bahawa tempoh cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai tahun 2021. Wow! Apa reaksi para ibu agak-agaknya ya?

Akta Kerja 1955

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, cadangan untuk memanjangkan cuti materniti adalah seiring dengan strategi negara kita untuk memodenkan pasaran buruh. Tambah beliau lagi, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 yang meliputi 4 perkara termasuk cuti bersalin bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Selain itu, ada 3 lagi perkara yang akan dipertimbangkan, iaitu:

  • Kelayakan bayaran kerja lebih masa dinaikkan bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan
  • Pengendalian aduan gangguan seksual akan ditambah baik dari segi prosedur dan perlindungan 
  • Peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina juga akan dimantapkan

Cadangan ini sudah pasti akan membawa khabar gembira buat penjawat awam dan swasta di luar sana terutamanya para ibu, bukan?

Apa reaksi para ibu?

Jika hendak difikirkan secara logik, sudah pasti para ibu terutamanya golongan pekerja sangat bersetuju dengan cadangan ini. Pun begitu, masih ada individu yang tidak bersetuju dengannya. Siapakah individu dengan persepsi yang agak ‘unik’ ini?

Christy Ng, seorang usahawan kasut dan beg tangan wanita, berterus terang menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai tahun 2021. 

Menurutnya, cuti yang terlalu ‘lama’ ini akan memberi masalah kepada majikan dalam aspek mencari pengganti untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan pekerja wanita yang bercuti. Ekoran kenyataan ini, beliau telah dibidas oleh netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendapatnya. Sebenarnya, terdapat baik dan buruk cuti materniti ini dipanjangkan.

Pro & kontra cuti bersalin dipanjangkan

cuti bersalin

Pro

  • Ia akan memberi tempoh masa yang lebih panjang dan padan untuk si ibu sembuh sepenuhnya
  • Ia akan memberi peluang untuk si ibu menyusukan anak dengan susu badan berbanding susu formula
  • Memberi peluang untuk si ibu menjaga anak di bawah pemantauan sendiri berbanding menyerahkan kepercayaan kepada pengasuh

Kontra

  • Ia akan memberi masalah kepada majikan untuk mencari pengganti buat sementara waktu sementara si ibu bercuti
  • Ia akan membuat si ibu kehilangan atau ketumpulan skil 
  • Ia akan membuat kerja si ibu tergendala

Konklusi

Hakikatnya, idea untuk memanjangkan cuti materniti ada pro dan kontranya. Jadi, ini semua terpulang kepada si ibu bagaimana untuk memanfaatkan cuti panjang anda ini. Sebagai seorang ibu dan pembaca setia Hello Doktor, apa pendapat anda, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    cuti paterniti

    7 Hari Cuti Paterniti. Apa Kata Anda? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/11/2019 . 3 minit bacaan
    rawatan ivf

    Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan IVF, Insentif Buat Pasangan Berkahwin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2019 . 2 minit bacaan
    mysalam Lim Guan Eng

    Cakap-cakap Mengenai MySalam Semasa Pembentangan Bajet 2020. Apa Sebenarnya MySalam Ni?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan