Cahaya Matahari Pagi Bantu Anda Dapatkan Tidur Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin mendapat waktu tidur yang secukupnya setiap hari. Namun, adakah anda mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti?

Aktiviti waktu siang memainkan peranan dalam membantu anda meningkatkan kualiti tidur pada malam hari. Pakar Perunding Perubatan Am Jepun & Doktor Tradisional Cina Antarabangsa, Dr. Koyabu Miki berkata, pendedahan kepada sinaran cahaya matahari pagi dapat membantu individu untuk tidur lebih lena pada malam hari.

Menurutnya, dengan hanya terdedah selama 30 minit pada cahaya matahari di waktu pagi membolehkan seseorang itu untuk tidur lena pada malam harinya.

“Badan manusia mempunyai ritma semula jadi. Oleh itu, adalah penting untuk tubuh terdedah kepada sinaran cahaya matahari apabila bangun tidur di waktu pagi.

“Biarkan diri anda terdedah kepada cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 30 minit selepas bangun pagi. Ini bagi menguatkan ritma semula jadi tubuh anda,” katanya semasa majlis sambutan Hari Tidur Sedunia 2019, di Petaling Jaya, semalam.

Hadir sama, Penolong Profesor Antropologi di University of Toronto, Kanada, Dr. David R. Samson, dan Pengasas & Presiden AmLife International, Lew Mun.

Dr. Koyabu menyarankan individu yang mengalami masalah tidur lena di waktu malam, untuk memulakan hari siang mereka dengan 5,000 lux pendedahan kepada sinaran cahaya pagi.

Walau bagaimanapun, beliau menasihati supaya seseorang individu itu tidak terdedah kepada cahaya dan menutup langsir pada malam hari semasa tidur. Cara ini adalah bagi membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena kerana persekitaran sewaktu tidur juga memainkan peranan penting.

“Tidur adalah penting untuk membenarkan otak dan tubuh badan kita berehat, dan juga memastikan hormon kita seimbang. Bagi menjamin penuaan yang sihat, kita perlu memastikan mendapat tabiat tidur yang baik,” katanya lagi.

Dalam majlis yang sama, AmLife turut membentangkan hasil tinjauan kaji selidik yang dilakukan oleh Nielsen Malaysia terhadap 500 penduduk di negara ini bagi mengetahui tabiat tidur mereka.

Menurut kajian tersebut, sembilan daripada 10 penduduk negara ini mengalami satu atau lebih masalah tidur. Sebanyak 78 peratus responden menyedari bahawa kesan tidur tidak berkualiti boleh menjejaskan kesihatan, serta 47 peratus berpendapat bahawa tidur yang tidak berkualiti boleh mendatangkan masalah kulit atau kecantikan.

Kajian juga menunjukkan bahawa 48 peratus responden bergantung kepada bacaan buku, menonton televisyen, dan mendengar radio bagi membantu mereka tidur.

Pada majlis ini, Amlife turut memperkenalkan produk terbaharunya, selimut platinum AmPower, dengan anti penuaan untuk meneruskan perjuangan kualiti tidur bagi penuaan sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan