Kelebihan Tuan Rumah Dalam Sukan Bola Sepak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Gol!”, teriak penyokong pasukan bola sepak negara kita dengan penuh semangat apabila Safawi Rashid berjaya menjaringkan gol cantik hasil tendangan percuma pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Indonesia.

Ia adalah antara saat yang paling menggembirakan buat penyokong pasukan Harimau Malaya kita. Ini kerana gol cantik ini berjaya dijaringkan di gelanggang keramat kita iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. Adakah ini yang dinamakan sebagai home-ground advantage?

Pasukan bola sepak & gelanggang sendiri

Dalam sukan bola sepak, sudah menjadi satu kelebihan apabila bermain di gelanggang sendiri. Lihat sahaja pasukan bola sepak Malaysia. Setiap kali bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, kita sendiri dapat melihat kelainan corak permainan dan semangat pemain yang ditonjolkan. 

Peratusan untuk kita menang di gelanggang keramat ini juga adalah lebih tinggi berbanding ketika bermain di stadium milik pasukan lawan. Bak kata pengurus pasukan negara kita, Tan Cheng Hoe, suasana stadium kita adalah antara yang terbaik di dunia.

Pada peringkat global, antara stadium yang paling ditakuti oleh pasukan bola sepak adalah Anfield, milik pasukan gergasi England, Liverpool. Menurut Pep Guardiola, pengurus pasukan Manchester City, Anfield adalah gelanggang yang akan membuat lawannya berasa ‘kecil’ dan ‘takut’ dek kerana atmosfera yang sangat luar biasa.

Jadi, benarkah wujud kelebihan menjadi tuan rumah dalam sukan bola sepak?

bola sepak

Kelebihan bermain sebagai tuan rumah

Sebenarnya, bukan sukan bola sepak sahaja yang mempunyai kelebihan bermain sebagai tuan rumah. Hakikatnya, segala jenis sukan yang ada di dunia ini turut mempunyainya. Tidak kira pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau global, pasukan tuan rumah pasti mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh laman sesawang psychology.iresearchnet.com, pasukan yang bermain di gelanggang sendiri mempunyai peluang tinggi untuk memenangi perlawanan, iaitu sebanyak 50 hingga 70 peratus! Apa sebabnya, ya?

Menurut kajian itu lagi, punca pasukan tuan rumah kerap memenangi permainan adalah didasarkan oleh faktor psikologi. Ini terjadi apabila pasukan tuan rumah sudah selesa dan terbiasa dengan gelanggang mereka sendiri. 

Berbeza pula dengan pasukan lawan. Kemungkinan mereka untuk tewas dalam perlawanan adalah lebih tinggi ekoran faktor mereka bermain di gelanggang yang agak asing bagi mereka sekali gus membuat mereka kurang keyakinan diri.

bola sepak

Bukan itu sahaja, faktor penyokong juga memainkan peranan yang sangat penting. Dalam sukan bola sepak, penyokong yang hadir ke stadium selalu diibaratkan sebagai pemain ke-12 di atas padang. Atmosfera menakjubkan yang dicipta melalui sorakan daripada penyokong tuan rumah juga sudah tentu akan membakar semangat pemain di gelanggang.

Disebabkan sorakan yang sangat meriah di gelanggang sendiri, ia juga mungkin akan mempengaruhi mutu pengadilan permainan. Menurut satu kajian, pengadil perlawanan sukan akan cenderung untuk membuat keputusan yang menguntungkan pasukan tuan rumah. Ini sekali gus mampu mempengaruhi keputusan perlawanan secara umumnya.

Konklusi

Kesimpulannya, home-ground advantage memang wujud dalam bola sepak dan semua jenis sukan yang terdapat di dalam dunia. Disebabkan itu, perlawanan di tempat sendiri sangat diminati oleh pasukan tuan rumah namun digeruni oleh pasukan lawan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kita kerana berjaya memenangi majoriti perlawanan dalam peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar. Diharapkan, Malaysia akan terus berjaya di persada dunia!

Penulis sangat berharap pasukan Harimau Malaya mampu melangkah masuk ke pentas Piala Dunia satu hari nanti. Akhir kata, ‘Majulah sukan untuk negara!’

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Larangan Menanduk Bola Untuk Pemain Bawah 18 Tahun – Pakar

    Terbaru, Dr Bennet Omalu telah menyeru agar larangan menanduk bola dikuatkuasakan dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 30/10/2019 . 3 minit bacaan

    Mahu Libatkan Anak Anda Dalam Sukan Lasak? Perhatikan Hal Ini Terlebih Dahulu

    Terdapat satu perkara yang perlu anda perhatikan atau ambil perhatian sebelum melibatkan anak anda bersama dalam sukan lasak. Apa dia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/10/2019 . 2 minit bacaan

    Apakah Kebaikan Bulan Sukan Negara?  

    Baru-baru ini tular mengenai logo Bulan Sukan Negara (BSN) yang dikatakan tidak sensitif. Tetapi apa sebenarnya Bulan Sukan Negara ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/09/2019 . 2 minit bacaan

    Aktiviti Sukan Kurangkan Kemurungan dalam Kalangan Kanak-kanak

    Kemurungan dalam kalangan individu dewasa telah lama dikaitkan dengan pengecutan hippocampus, bahagian otak yang memainkan peranan penting berkaitan memori dan respon terhadap stres. Bagaimana pula dengan keadaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 26/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minuman isotonik

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks dan sukan

    Hubungan Kelamin Boleh Menjejaskan Prestasi Atletik Seorang Atlet, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/03/2020 . 3 minit bacaan
    bola sepak

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Tahukah Anda Lionel Messi Sebenarnya Hidap Gangguan Hormon Tumbesaran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/01/2020 . 4 minit bacaan