Bilitec, Inovasi Pemeriksaan Jaundis Tanpa Sampel Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Terkesan dengan suntikan pengambilan sampel darah bayi untuk tujuan pemeriksaan penyakit kuning (jaundis), seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil dengan inovasi baru iaitu bilitec (Bilirubin Detector) bagi mengukur tahap bilirubin tanpa menggunakan sampel darah.

Penggunaan teknologi ‘spectrophotometer’ yang ada pada bilitec, tahap bilirubin diukur dengan melakukan imbasan pada kulit bayi atau mata bayi.

Teknologi itu akan mengesan tahap bilirubin berdasarkan warna pada kulit atau mata bayi, sekali gus mengurangkan pengambilan sampel darah untuk tujuan pemeriksaan atau saringan.

Berdasarkan pemerhatian, bayi yang darahnya diambil berulang-ulang di tangan dan tapak kaki untuk mengukur tahap penyakit kuning akan mengalami trauma kerana kesakitan yang dialami ketika suntikan mengambil darah, manakala tempat suntikan itu pula boleh menjadi lebam atau bengkak.

Penyelidik, Nadiah Rozlan, pelajar alumni Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM dalam bidang reka bentuk perindustrian berkata, malahan bilitec direkabentuk untuk memudahkan penggunaan dan dikendali oleh pihak institusi kesihatan ataupun ibu bapa.

“Bentuknya yang kompak dan ringan, memudahkannya dipegang dan digunakan dengan cara sentuhan skrin. Ia didatangkan dengan aplikasi mobile (mobile app) yang membolehkan pengguna merekodkan tahap bacaan (bilirubin) terus ke penyimpanan cloud dan catatan rekod itu boleh dilihat semula oleh doktor atau pegawai perubatan mahupun ibu bapa.

“Doktor dan jururawat tidak perlu menulis atau mendokumentasikan data secara manual kerana semuanya direkod secara automatik dalam aplikasi berkenaan.

“Keputusan pemeriksaan juga diketahui dengan pantas. Dalam beberapa saat sahaja boleh mengetahui sama ada seseorang bayi itu menghidap penyakit kuning atau tidak, berbanding cara menggunakan sampel darah yang memerlukan temu janji dengan doktor beberapa hari kemudian untuk mengetahui keputusannya,” katanya.

Sumber: kampusuols.com

Menurutnya, perkhidmatan tele-kesihatan masa sebenar (real time telehealth service) antara pengendali bilitec dan doktor juga boleh dilakukan melalui aplikasi itu, yang membolehkan komunikasi antara kedua-dua pihak dan pemantauan dilakukan dari jauh.

Walau bagaimanapun, tambah Nadiah, penyelidikan untuk menambah baik dan membangunkan lagi produk itu sedang dilakukan.

Baru-baru ini Bilitec memenangi anugerah Best Internet of Things (IOT) di pameran Sustainable Environmental Exploration Design (SEED) 2018 anjuran UPM bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang bertemakan ‘Industrial Revolution 4.0’ dan terpilih menyertai pameran Sustainable Tropical Environmental Design Exhibition (STEdex) 2018 di Galeri Serdang, UPM.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengenai Hepatitis A Yang Patut Anda Tahu

    Apa itu hepatitis A? Hepatitis A adalah jangkitan hati yang sangat berjangkit disebabkan oleh virus hepatitis A. Ia boleh terdiri daripada penyakit ringan yang berlangsung selama beberapa minggu kepada penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/06/2018 . 2 minit bacaan

    Hepatitis Akut

    Kenali apa itu Hepatitis Akut. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/04/2018 . 4 minit bacaan

    Penjagaan Bayi Minggu Ke-2

    Perkembangan & PelakuanPerkembangan bayi anda. Ia hanya seminggu, tetapi bayu anda sudah tahu bahawa mereka bergantung kepada anda. Sekarang ini, mereka boleh mengenali suara anda. Mendengar suara anda membuatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Baikal Skullcap

    KegunaanApakah kegunaan Baikal Skullcap? Baikal skullcap adalah tumbuhan yang akarnya digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk merawat keadaan berikut, seperti: Jangkitan pernafasan Demam alahan Demam Jangkitan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 05/04/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Rupanya Ini Punca Sebenar Demam Kuning! Betul Ke Susu Ibu Sebabkan Jaundis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/06/2019 . 3 minit bacaan
    sindrom gilbert

    Sindrom Gilbert, Tidak Mendatangkan Bahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/01/2019 . 2 minit bacaan

    Hepatitis: Perbezaan Antara Hepatitis B dan Hepatitis C Kronik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 26/07/2018 . 2 minit bacaan
    penyakit hepatitis c

    Ini 6 Kesan Hepatitis C Terhadap Tubuh Jika Anda DIJANGKITI

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/07/2018 . 2 minit bacaan