Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mutakhir ini, kes kemalangan dan kematian akibat kecuaian penunggang basikal lajak semakin berada di tahap membimbangkan. Ini kerana remaja yang digelar ‘mat lajak’ cenderung untuk mengubahsuai jentera dan membawanya secara berbahaya di jalan raya. Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk membendung masalah ini daripada menjadi gejala yang lebih buruk.

Tragedi basikal lajak pada tahun 2017

Ada satu kes yang pernah berlaku di Johor Bahru di mana 8 orang remaja maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang menunggang basikal lajak. Selepas siasatan dilakukan, Mahkamah Majistret akhirnya melepaskan dan membebaskan pemandu terbabit daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Berita ini disambut oleh masyarakat dengan perasaan yang bercampur-baur. Ada yang gembira dan ada yang marah dengan keputusan Majistret itu. Ini kerana rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pembebasan suspek dan inginkan hukuman yang lebih berat. Namun ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah kesalahan mangsa itu sendiri.

Menurut pasukan penyiasat, kemalangan yang tragis itu mungkin terjadi akibat terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan yang malap ketika waktu malam walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan. Selain itu, mereka turut menambah bahawa lokasi kejadian itu memang terkenal dengan aktiviti lumba haram basikal lajak.

“Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi ini terjadi, namun hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu sahaja. Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ”, kata Majistret tersebut.

Beliau turut menambah bahawa keadaan bahaya itu adalah dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri. Jika mereka tidak mengubahsuai, berlumba ataupun berada di atas jalan raya, kemalangan yang menyayat hati ini mungkin tidak akan terjadi. Jadi, pihak berkuasa mungkin perlu menguatkan lagi operasi lajak bagi mengekang ‘mat lajak’ ini daripada berleluasa.

basikal lajak

Mengapa basikal lajak bahaya?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa basikal lajak adalah bahaya dan ia sememangnya diharamkan untuk berada di atas jalan raya. Untuk anda yang belum tahu, ini merupakan punca basikal lajak bahaya:

  • Ia tidak mempunyai brek
  • Ia sangat laju ketika menuruni bukit
  • Ia boleh diubahsuai untuk berlumba
  • Ia menggalakkan aksi berbahaya seperti ‘superman’
  • Ia langsung tidak mempunyai ciri keselamatan

Dalam pada itu, harganya yang agak mahal mungkin akan menyebabkan anak anda mencuri atau menipu ibu bapa semata-mata untuk membeli atau mengubahsuai jentera haram mereka ini. Jadi, pengharamannya perlu lebih diperketatkan. Mungkin bukan sahaja di atas jalan raya, malahan juga penjualannya di negara kita juga perlu dibanteras habis-habisan.

Konklusi

Takziah diucapkan kepada setiap ahli keluarga remaja yang terlibat dalam kemalangan maut ketika menunggang basikal lajak. Pun begitu, sebagai netizen juga kita tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak kerana malang itu tidak berbau. Sebaiknya, jadikan ini sebagai satu pengajaran yang berguna buat kita semua.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Bila Ada Kemalangan, Ramai Pilih Untuk ‘Lihat’ Saja Dari Membantu? Ia Kerana Kesan Ini!

    Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu bystander effect. Sebenarnya, ia adalah situasi tidak sihat di mana orang lebih gemar menonton berbanding membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/03/2020 . 4 minit bacaan

    STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

    Alkohol adalah minuman berbahaya yang akan membuat anda mabuk. Ia seterusnya akan mengundang bahaya terutamanya jika anda memandu di jalan raya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/02/2020 . 3 minit bacaan

    Pentingkah Insurans Perjalanan Ketika Bercuti?

    Sewaktu merancang percutian, apakah perkara penting menjadi keutamaan? Tiket penerbangan, pasport, duit belanja, pakaian bercuti atau insurans perjalanan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Insurans 17/12/2019 . 4 minit bacaan

    Sexting Is Real! Ini Perkara Yang Patut Anda Beritahu Anak Anda

    Jangan terkejut sekiranya anak anda mula terlibat dengan sexting, iaitu mesej berunsur seks melalui penggunaan telefon yang tidak dikawal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 12/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    barah payudara

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    melancap penyebab jerawat

    Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu jimak

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan