Bajet 2019: Apa Manfaatnya kepada Rakyat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Salah satu perkara yang menarik perhatian negara pada tahun 2018 adalah mengenai pembentangan belanjawan ataupun Bajet 2019. Sungguhpun Bajet 2019 telah selamat dibentangkan dua bulan yang lalu, namun intipati dalam pembentangan bajet masih lagi giat diperkatakan. Pertama kali dibentangkan oleh pihak kerajaan baharu, Pakatan Harapan, iaitu Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng pada 2 November 2018, banyak perkara yang diumumkan dalam Bajet 2019 termasuklah mengenai sektor kesihatan.

Bajet 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion, iaitu meningkat berbanding peruntukan dalam bajet 2018, RM260.8 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM259.85 bilion adalah untuk perbelanjaan pengurusan manakala baki RM54.7 bilion lagi untuk pembangunan.

Teks ucapan penuh Bajet 2019 boleh dibaca di sini.

Daripada jumlah itu juga, peruntukan sebanyak RM29 bilion yang diberikan untuk sektor kesihatan adalah yang terbesar untuk sektor itu setakat ini. Peruntukan kepada sektor kesihatan dalam Bajet 2019 meningkat sebanyak 7.8% berbanding Bajet 2018 (RM27 bilion).

Seiring dengan tema Bajet 2019 yang ingin mensejahterakan rakyat, jika dilihat pada pembentangan bajet, kerajaan banyak menyalurkan perbelanjaan kepada perumahan, makanan, dan pengangkutan. Bajet 2019 yang bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” ini juga menunjukkan banyak usaha untuk menjaga golongan B40 (golongan isi rumah berpendapatan rendah).

Manfaat Bajet 2019 kepada golongan B40

Golongan B40 ialah kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40 atau Bottom 40). Golongan ini merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3860. Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) nasional, iaitu RM950 sebulan.

Bagi menangani kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi, kerajaan mengambil langkah memberikan banyak manfaat kepada golongan B40. Ini seiring dengan hasrat kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Antara inisiatif yang diperkenalkan dalam Bajet 2019 adalah:

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40

Meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan menukar nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), kerajaan memutuskan untuk memberikan bantuan ini secara lebih bersasar. BSH akan diberikan kepada tiga kategori penerima berpendapatan sehingga RM4,000. Bagi rakyat yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000, sementara mereka yang berpendapatan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan berjumlah RM750, dan pendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

Selain itu, tambahan BSH sebanyak RM120 akan diberikan kepada setiap anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah, terhad kepada empat orang anak. Dana ini memberikan manfaat besar kepada golongan sasar, khususnya B40.

Peningkatan subsidi elektrik

Pembentangan Bajet 2019 juga turut menyediakan kemudahan subsidi elektrik bagi isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan sebanyak RM40 ke bawah. Subsidi yang membabitkan peruntukan RM80 juta ini bakal memberi manfaat kepada 185,000 akaun, yang dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar, yang berdaftar dengan program e-Kasih. Berita ini semestinya menjadi khabar gembira buat rakyat kerana sebelum ini subsidi bil elektrik hanya diberikan kepada isi rumah yang mempunyai bil bulanan RM20 ke bawah.

Pengenalan subsidi minyak secara bersasar

Menerusi pembentangan Bajet 2019, kerajaan Pakatan Harapan turut mengumumkan pemberian subsidi bersasar petrol RON 95 untuk kereta di bawah 1,500 cc dan motorsikal di bawah 125 cc. Subsidi yang diberikan adalah sebanyak RM0.30 per liter, dengan maksimum subsidi sebanyak 100 liter sebulan bagi kereta, dan maksimum subsidi sebanyak 40 liter sebulan bagi motorsikal. Pemberian subsidi ini diumumkan kerana kebanyakan pemilik kenderaan ini adalah daripada golongan B40. Walau bagaimanapun, perkara ini mendapat pertikaian daripada orang ramai mengenai mekanisme yang akan digunakan bagi inisiatif ini. Tambahan pula, rakyat turut mempertikaikan mengenai jenis kenderaan yang menerima subsidi memandangkan terdapat kenderaan mewah (terutama yang berjenama luar) turut mempunyai kapasiti enjin seperti yang disebutkan dalam inisiatif ini.

Pertikaian mengenai perkara ini, bagaimanapun, mendapat respon daripada Guan Eng, yang menegaskan bahawa kenderaan mewah tidak akan menerima subsidi petrol RON 95 meskipun mempunyai kapasiti enjin 1,500 cc ke bawah. Menurutnya, kerajaan sedang mengkaji mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol bersasar ini bagi memberi manfaat kepada golongan B40.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mekanisme subsidi petrol bersasar akan dimuktamad pada Februari 2019, di mana latihan (dry run) akan dilakukan pada bulan Mac di beberapa stesen minyak seluruh negeri. Mekanisme baru ini dijangka akan bermula pada suku kedua 2019.

Pemansuhan tol laluan motorsikal di tiga laluan

Berkuat kuasa 1 Januari 2019, kerajaan memansuhkan tol motorsikal di tiga laluan motor; iaitu di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, dan Lebuhraya Laluan Kedua Johor. Ini sekali gus memberi penjimatan kos perbelanjaan harian untuk golongan B40.

Peruntukan pendidikan

Sebanyak RM2.9 bilion diperuntukkan bagi membantu pelajar daripada kumpulan B40 berbentuk bantuan makanan, buku teks dan tunai.

Inisiatif lain yang rakyat dapat melalui Bajet 2019

Antara perkara yang menarik perhatian dalam Bajet 2019 adalah:

  • Pemberian pas bulanan pengangkutan awam tanpa had kepada rakyat Malaysia. Kerajaan memperkenalkan pas bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi perkhidmatan rel dan bas RapidKL tanpa had perjalanan, sementara RM50 pas bulanan sebulan diberikan kepada pengguna bas RapidKL, juga tanpa had. Hal ini sudah pasti menjadi satu berita baik khususnya buat pengguna pengangkutan awam yang kebanyakannya bekerja di kota.
  • Peningkatan kadar gaji minimum dan pelbagai kemudahan kemudahan untuk pemilikan rumah pertama dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah.
  • Tiada kenaikan tol di semua lebuhraya Malaysia.
  • Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak diteruskan, tertakluk kajian rasionalisasi kos. Projek di Sabah dan Sarawak akan turut merangkumi pembinaan dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan dan kesihatan.

Manfaat lain Bajet 2019 terhadap sektor kesihatan boleh dibaca di sini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Selain itu, anda juga boleh membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Tahukah anda, anda boleh mengalami satu keadaan yang disebut penyakit strok senyap. Namun, anda biasanya tidak akan sedar bahawa anda alami strok senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan