Vaksin Pertama Dihantar Menggunakan Drone

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Seorang bayi berusia satu bulan di Vanuatu, sebuah negara kecil di lautan Pasifik Selatan, telah menjadi bayi pertama di dunia menerima vaksin yang dihantar menggunakan alat drone. Ia memberikan harapan kepada kaedah baru untuk menghantar vaksin serta menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan terpencil.

Drone tersebut terbang membawa vaksin selama 25 minit sepanjang 40 km (24 batu) melalui kawasan berbukit untuk tiba di pulau Erromango. Jika vaksin tersebut dihantar melalui bot atau berjalan kaki, ia akan mengambil masa selama berjam-jam.

Menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Vanuatu ialah kerajaan pertama di dunia yang menjalankan kontrak dengan syarikat komersial drone untuk menghantar vaksin. Ia disifatkan oleh UNICEF sebagai satu lonjakan yang besar dalam kesihatan global.

Vaksin yang dibawa oleh drone tersebut diambil oleh jururawat untuk diberikan kepada kanak-kanak dan wanita hamil. Setiap drone boleh membawa sejumlah vaksin termasuk polio dan tuberkulosis yang cukup diberikan kepada 13 kanak-kanak dan 5 wanita hamil.

Ini merupakan satu langkah yang sangat inovatif. Jika ia dapat dikembangkan lagi ke negara-negara lain, lebih ramai kanak-kanak, khususnya dalam kalangan 5 tahun pertama akan dapat peluang sebaiknya untuk meneruskan hidup.

Teknologi drone bukan satu perkara yang baru dan telah digunakan dalam banyak sektor seperti pembinaan, pertanian, pengangkutan. keselamatan, media dan hiburan, insuran, telekomunikasi, dan perlombongan. Namun, ia secara relatifnya masih baru dalam bidang kesihatan.

Negara Vanuatu yang terdiri dari 80 kepualauan dengan populasi seramai 280,000 merupakan antara negara paling miskin di dunia. Hanya sekitar 1 per 3 dari pulau yang didiami mempunyai lapangan terbang dan jalan raya.

28 dari 1,000 bayi yang lahir di negara ini meninggal dunia sebelum mencapai umur 5 tahun dan hanya 1 dari 5 kanak-kanak mendapat liputan penuh vaksin.

Pengangkutan vaksin adalah susah kerana ia perlu disimpan dalam suhu tertentu. Semasa dibawa oleh drone, ia disimpan di dalam kotak mengandungi ais dan pengesan suhu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    bencana alam

    Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan