Ubat Kanser Lebih Murah di Negara Membangun Tetapi Masih Tidak Mampu Dibeli

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Rakyat negara berpendapatan tinggi seperti Amerika Syarikat mungkin boleh rasa cemburu terhadap rakyat India yang perlu mengeluarkan duit yang lebih sedikit untuk ubat kanser. Namun, sebenarnya harga tersebut lebih kurang mampu dibeli oleh rakyat di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Seperti mana harga ubat HIV/AIDS yang dijual di luar kemampuan negara berpendapatan rendah telah mencetuskan kontroversi, harga ubat kanser juga menimbulkan persoalan dari sudut etika perubatan. Prinsip kesihatan yang menjadi hak setiap individu tidak harus dicabul hanya kerana ingin menguntungkan sebahagian pihak.

“Jika terapi dan ubat kanser yeng efektif terdapat di Eropah tetapi tidak di negara-negara membangun, ia akan menjadi isu yang serius pada masa akan datang,” kata Dr Daniel Goldstein, pakar kanser di Rabin Medical Center Israel.

Dr Goldstein bersama rakannya dari 4 negara telah membuat kiraan harga bekalan sebulan 23 ubat kanser di Australia, China, India, Israel, Afrika Selatan, Great Britain, dan Amerika Syarikat (AS).

Harga median bagi 8 ubat jenama (branded) seperti Avastin dan Gleevec adalah antara $1,515 di India dan $8,694  di AS. Bagi 15 ubat generik seperti docetaxel dan paclitaxel, harga bekalan bulanan adalah antara $120 di Afrika Selatan dan $654 di AS.

Walau bagaimanapun, pesakit di AS lebih berkemampuan untuk membeli ubat kanser tersebut berbanding pesakit di negara membangun apabila dikira sebagai peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) per kapita yang diperlukan untuk membayar harga median bekalan ubat selama sebulan.

KDNK per kapita boleh difahami sebagai jumlah wang yang diterima oleh seorang rakyat jika pendapatan negara dibahagikan secara sama rata kepada semua penduduk negara tersebut. Mengikut neraca ini, pesakit kanser di Australia membayar 71% daripada keluaran ekonomi bulanan mereka untuk sebulan bekalan ubat jenama; 313% di India, 286% di China, dan 192% di AS.

Apa yang boleh dilihat ialah walaupun harga ubat kanser di China dan India lebih murah berbanding AS, harga tersebut lebih kurang mampu dibeli disebabkan KDNK yang lebih rendah.

Bagi ubat generik, peratusan adalah 6% KDNK per kapita bulanan di Australia, 8% di Israel, 33% di India, dan 48% di China.

Namun, harga ubat yang diambil oleh Dr Goldstein dan rakannya mungkin tidak menggambarkan kos sebenar kerana ia diambil dari harga asal, bukannya selepas diskaun. Meskipun pengeluar ubat sering memberikan harga diskaun, ia sangat susah diakses dan mungkin menjadi rahsia antara mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    proses kemoterapi

    Jenis Rawatan Untuk Pesakit Kanser Dan Kesan Sampingan Yang Boleh Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
    harga ubat

    Mengapa Harga Ubat Di Malaysia Sangat Mahal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 19/03/2019 . 5 minit bacaan

    Cadangan Kawalan Harga Ubat Kini di Peringkat Awal – Kementerian Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 15/11/2018 . 2 minit bacaan
    10-tips-eating-better-budget

    10 Tips Makan Ikut Bajet

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 18/04/2018 . 2 minit bacaan