
- Tiga idea inovatif yang berusaha untuk mengubah penjagaan kanser dianugerahkan geran berjumlah $100,000 susulan pembentangan cadangan di hadapan panel penilai yang turut melibatkan usahawan terkemuka, Bill Rancic
- Siri audio digital pendidikan yang menghiburkan berpotensi mengurangkan stigma sosial yang dikaitkan dengan kanser payudara
Ebele Mbanugo dari Lagos, Nigeria dan Run For a Cure, Yayasan Kanser Payudara Afrika telah terpilih sebagai Pemenang Hadiah Utama C3 Prize, sebuah cabaran global yang menyokong inovasi tanpa rawatan yang bertujuan mempertingkatkan pengalaman penjagaan kanser bagi pesakit, penjaga dan insan tersayang mereka.
Mbanugo menerima geran bernilai $50,000 dan sesi mentor bagi merealisasikan idea kemenangannya demi mengubah cara penjagaan kanser. Manakala dua Pemenang Kategori lain menerima geran bernilai $25,000.
“C3 Prize meletakkan tumpuan terhadap solusi penjagaan kanser inovatif dan menyerlahkan semangat keusahawanan yang saya sokong sepenuh hati.
“Sebagai usahawan dan suami kepada insan yang terkesan oleh kanser, secara ikhlas boleh saya katakan bahawa idea yang terpilih sebagai juara ini berpotensi dalam memberikan impak yang signifikan kepada pesakit kanser dan individu yang menjaga mereka di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana,” kata juri selebriti jemputan, Bill Rancic.
Idea kemenangan Mbanugo adalah untuk menghasilkan siri audio digital yang relevan dengan budaya serta mudah difahami – pertama seumpamanya – yang menangani mitos dan halangan yang sering dikaitkan dengan rawatan kanser payudara di Nigeria.
Menerusi wang geran C3 Prize yang dimenangi, beliau akan menghimpunkan pelakon dan penulis tempatan ke dalam studio untuk menghasilkan sebuah projek perintis yang akan menguji teori kemenangan anugerahnya yang berkaitan minat rakyat Nigeria terhadap kisah-kisah menarik, seterusnya menjayakan siri pendidikan dan hiburan ini.
“Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk menjadikan idea saya – untuk mengubah cara rakyat Nigeria berbicara dan mempelajari isu berkaitan kanser payudara – satu realiti.
“Saya telah memberikan tumpuan sepenuh hati dalam meningkatkan akses berkaitan penjagaan kanser sejak ibu dan kedua-dua adik-beradik perempuan saya dikesan menghidapi kanser payu dara.
“Idea yang dipersembahkan merupakan langkah seterusnya dalam misi saya untuk menentang kanser payu dara dan membantu menyingkirkan stigma mengenainya, melalui pendidikan,” ujar Mbanugo.
Mbanugo telah mencadangkan idea beliau bersama dua Pemenang Kategori lain di hadapan panel hakim, termasuk Rancic, yang merasakan topik berkaitan kanser suatu yang dekat di hati – isteri beliau yang juga bintang siri realiti TV, Giuliana telah dikesan menghidapi kanser payudara pada tahun 2011.
Para peserta kongres telah menyaksikan beliau dan yang lain memilih juara cabaran berkenaan yang dianjurkan sempena Kongres Kanser Dunia Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) di Kuala Lumpur, Malaysia pada 3 Oktober lalu.
“Kami amat berbesar hati untuk menyokong ketiga-kita Pemenang Kategori C3 Prize tahun ini, yang mana idea-idea mereka mempunyai potensi untuk mengubah pengalaman penjagaan kanser,” kata Mark Reisenauer, Naib Presiden Kanan, Unit Perniagaan Onkologi Astellas.
Beliau menambah, “para pemenang cabaran sebelum ini telahpun memberikan impak yang signifikan kepada komuniti kanser dan kami amat teruja untuk melihat bagaimana idea kemenangan tahun ini mungkin dapat memberikan kesan berbeza kepada pesakit, penjaga dan insan tersayang mereka di seluruh dunia.”
Cabaran tahun ini memperlihatkan penganugerahan tiga hadiah menarik berjumlah $100,000 (satu Hadiah Utama berupa geran bernilai $50,000 dan dua geran $25,000).
Dua Pemenang Kategori lain yang turut bertanding di Kuala Lumpur ialah:
- Peralatan Sokongan: Do Hyun Kim, dari Cambridge, Massachusetts, USA, Universiti Harvard. Kim dan rakan sekelas beliau, termasuk Emily Dahl dan Olga Romanova, telah membangunkan sebuah peranti boleh dipakainya yang direka untuk merekod bacaan suhu badan pesakit kanser kanak-kanak pada sela waktu spesifik dan memaklumkan mereka hasil yang diperoleh menerusi sebuah sistem isyarat maklum balas.
- Peralatan Teknologi: Richard Levenson, dari Sacramento, California, USA, Pusat Perubatan UC Davis. Levenson telah membangunkan sebuah alat yang mampu menyediakan imej berkualiti diagnostik secara terus dan segera daripada tisu segar atau tetap – mengubah cara bagaimana kanser dapat dikesan.
Tambahan kepada hadiah tunai, ketiga-tiga Pemenang Kategori juga akan menerima keahlian “malam dan hujung minggu” selama setahun di MATTER, sebuah komuniti inovasi penjagaan kesihatan yang berpangkalan di Chicago, untuk membantu mereka merealisasikan inovasi masing-masing.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Hadiah C3, sila layari C3Prize.com.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.