Sanggup Tidur Tepi Jalan Untuk Mengembara Eropah, Berbaloikah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Backpacking adalah trend ‘kaki jalan’ masa kini terutamanya lelaki ketika mengembara ke luar negara. Trend ini kebiasaannya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi kerana apa yang anda perlu belanjakan adalah tiket kapal terbang untuk pergi dan balik dan wang belanja bagi tujuan makan, minum dan tempat tinggal di sana dengan cara dan kos yang sangat minimum. Ya, ia mungkin agak sesuai dilakukan jika anda masih bujang. Namun bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, lain pula ceritanya.

Sanggup tidur tepi jalan dengan pasangan dan bayi

Baru-baru ini, telah tular satu kisah seorang ‘kaki travel’ yang mengembara ke beberapa negara Eropah bersama isteri dan bayi mereka yang baru sahaja berusia beberapa bulan. Kisah pengembara ini telah kecoh di laman sosial terkemuka dunia iaitu Twitter, yang memang terkenal sebagai medan untuk pendekar papan kekunci beraksi.

Pada mulanya, pengembara itu hanya berniat untuk berkongsi bersama pengikut laman sosialnya iaitu tentang pengalamannya ketika mengembara secara backpacking di beberapa negara Eropah bermula dari Poland, Itali, Kosovo-Montenegro, Austria, Perancis dan masih mahu meneruskannya ke beberapa buah negara yang lain.

Mungkin niatnya untuk mengembara dan berkongsi dengan netizen mengenai pengembaraannya secara backpacking itu tidak salah jika dilakukan seorang diri sahaja dan bukannya bersama bayi dan pasangannya, menurut komen majoriti netizen. Paling mengejutkan, mereka sekeluarga ada memaparkan imej mereka tidur di tepi jalan!

Pun begitu, pengembara itu telah mendedahkan bahawa orang di luar sana sebenarnya sudah salah faham dengan perkongsiannya itu. Menurutnya perbuatannya itu bukan disebabkan oleh kemiskinan, namun adalah kerana keinginan mereka untuk sesuatu yang kononnya ‘ekstrem’. Persoalannya, adakah perbuatannya ini betul untuk dilakukan?

Berbaloikah pengembaraan ekstrem itu?

Mengambil iktibar daripada kisah ini, sebenarnya ia adalah satu perjudian yang tidak berbaloi. Ini kerana anda sebagai lelaki dan ketua keluarga sepatutnya menyediakan setiap keperluan asas yang cukup seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang sebaiknya kepada pasangan dan juga bayi anda dalam kehidupan seharian.

Begitu juga ketika melancong. Anda sebagai suami dan ayah kepada pasangan dan bayi anda perlu merancang segalanya dengan teliti. Anda sama sekali tidak perlu kononnya mahukan sesuatu yang ‘ekstrem’ sehingga menjejaskan kesihatan diri ahli keluarga anda. 

Hakikatnya, perbuatan tidur tepi jalan ini adalah sangat berbahaya kepada kesihatan bayi anda. Si comel anda akan terdedah kepada cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas sehingga mungkin menyebabkannya mengalami sakit seperti demam, selesema atau batuk. Selain itu, bayi anda juga akan terdedah kepada gigitan serangga seperti nyamuk yang boleh menjadi punca penyakit bawaan vektor seperti malaria, chikungunya atau denggi. Ini semua juga bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan bayi, malahan juga anda dan pasangan!

Dalam pada itu, ia juga sangat berbahaya buat keselamatan pasangan dan bayi termasuklah anda sendiri. Risiko dirompak, dicabul atau diculik adalah sangat tinggi. Di tempat orang, adakah anda tahu sama ada tempat itu selamat atau tidak? Jika ya sekalipun, adakah anda mahu mengambil risiko? Persoalannya, adakah duit atau keinginan anda untuk jadi ‘ekstrem’ itu lebih bernilai daripada kesihatan, keselamatan atau nyawa bayi dan pasangan anda?

Jadi, anda masih mahu mengembara secara backpacking meskipun anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Fikirkannya semula. Daripada tidur tepi jalan seperti pengemis jalanan yang hanya akan memberi imej buruk kepada anda sekeluarga, tidak salah jika anda belanjakan sedikit duit untuk menginap di hotel murah berdekatan, bukan? Dan untuk pengetahuan anda, hotel 3 bintang juga sudah cukup selesa untuk anda sekeluarga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    demam campak

    Ditarik Semula Status ‘Measles-free’: Empat Negara Eropah Dilanda Semula Demam Campak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 30/08/2019 . 2 minit bacaan