Doktor di Iraq Terkejut Dengan Keadaan Pesakit, Ancaman Lokal Mungkin Menjadi Global!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Rintangan antibiotik ditakrifkan sebagai satu keadaan di luar kebiasaan di mana mikrob seperti bakteria dan virus mampu bertahan dan melawan perencat iaitu antibiotik yang dikenakan ke atasnya. Keadaan ini merupakan satu tindak balas semulajadi yang dipengaruhi pelbagai faktor dan menjadikan mikrob yang menjadi punca penyakit, tidak berjaya dihapuskan, secara ringkasnya, mikrob menjadi kebal.  

Risiko rintangan antibiotik

Rintangan antibiotik kini menjadi satu kebimbangan kepada sektor kesihatan awam melihatkan kepada kepantasan dan darjah kemudaratannya kepada masyarakat awam yang berlangsung dengan sekelip mata, ditambah pula dengan kemudahan mobiliti masyarakat dari benua ke benua lain yang dihubungkan oleh pengangkutan udara. Ini menyukarkan lagi untuk implementasi protokol segera terhadap penularan wabak penyakit oleh mikrob.

Bukan itu sahaja, kebimbangan sama juga mempengaruhi keselamatan makanan. Kerencaman dan pelbagai produk makanan yang dihasilkan untuk diperdagangkan juga menimbulkan kebimbangan mengenai kaedah pengendalian dan pengedaran makanan yang akan terdedah lebih lama kepada persekitaran yang menggalakkan lagi mikrob menjadi aktif.  

Menurut Ernestina Repetto, salah seorang doktor ahli Doctors Without Borders atau MSF yang sedang bertugas di Timur Mosul, Iraq, berkata, “Masalah ini sedang merebak ke pelosok dunia dan ia bukan satu fenomena baru. Jika kita melihat sejarah penemuan antibiotik, rintangan pertama terhadap antibiotik berlaku hampir 100 tahun yang lalu.”

Penjagaan kesihatan awam

MSF adalah komuniti pengamal perubatan yang menyumbang kepada perkhidmatan perubatan/kesihatan am di negara-negara yang mempunyai sumber terhad. MSF mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), di mana sumbangan MSF merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) untuk sektor penjagaan kesihatan awam.

Setiap hari, pasukan penyelidik perubatan menghasilkan antibiotik baru berdasarkan sampel rawak episod penularan penyakit dan keupayaan sistem pertahanan badan mereka yang dijangkiti menentang agen bawaan penyakit. Namun begitu, penghasilan dan penambahbaikan antibiotik mempunyai salingkait dengan masa, di mana mikrob sentiasa berubah dengan mekanisme rintangan baru.

Para saintis dan penyelidik perlu berada satu langkah ke hadapan dengan meramal dan membuat hipotesis mengenai mikrob dan kebarangkalian mengenai mekanisme rintangannya. Di sinilah, peri pentingnya pengambilan sampel rawak yang berterusan dibekalkan kepada makmal kerana di sebalik sampel-sampel tersebut tersimpan data penting dan formula tepat pertahanan badan ke atas penyakit bawaan mikrob.

“Situasi ini mengancam keupayaan doktor dan pakar perubatan untuk merawat penyakit berjangkit yang sama seperti jangkitan saluran pernafasan atau luka yang dijangkiti. Tanpa tindakan segera dan perubahan dalam pendekatan, kita akan terjerumus ke era pasca antibiotik, satu keadaan di mana jangkitan biasa dan risiko kecederaan kecil tidak dapat disembuhkan dan meningkatkan risiko terhadap kematian,” jelas Ernestina lagi.

Tiada kawalan

Rintangan Antibiotik menjadi satu beban kepada sektor kesihatan awam kerana terdapat pelbagai pemboleh ubah yang menyumbang kepadanya seperti penggunaan antibiotik yang tidak terkawal, kawalan jangkitan penyakit yang lemah, amalan preskripsi ubatan yang tidak mengikut piawaian, bekalan antibiotik yang berkualiti rendah, kurangnya alatan dan sistem pemantauan keberkesanan diagnostik yang tepat dan lengkap, serta pengamal perubatan yang kurang efektif memberi penerangan mengenai antibiotik kepada pesakit mereka.

Jika diamati, Rintangan Antibiotik sebenarnya membuka persoalan-persoalan mengenai penyediaan perkhidmatan kesihatan primer yang asas, masih lagi membelenggu sebahagian daripada masyarakat global terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMICs).

Cabaran

Berbicara mengenai sektor kesihatan awam setempat yang mempunyai kekurangan sumber seperti di Timur Mosul, membuka mata MSF kerana hampir 40 peratus pesakit yang dirawat dengan ubat-ubatan bagi menawar penyakit seperti osteomyelitis dan jangkitan akibat kecederaan teruk, menunjukkan pola tindak balas rintangan dan sekaligus mengurangkan pilihan rawatan kepada mereka, walaupun langkah kawalan penyakit telah dikuatkuasakan seperti pengasingan.

“Kami terpaksa memberi antibiotik secara intravena dan dikawal selia dengan rapi, menjadikan rawatan untuk pesakit luar sangat mencabar. Kami melaksanakan program pencegahan jangkitan khas dan langkah berhati-hati dengan menggabungkan elemen pendidikan (mengenai Rintangan Antibiotik) kepada pesakit sebagai sebahagian daripada pakej rawatan. Walaupun kami menjangka akan ada pesakit yang menunjukkan rintangan terhadap ubat-ubatan, namun bilangannya di Mosul ini terlalu ramai berbanding biasa dan sangat membimbangkan,” tambah Ernestina lagi.

Apa yang pasti, Rintangan Antibiotik di Mosul ini merupakan satu contoh kepada dilema rawatan terhadap sektor kesihatan awam yang tidak mempunyai capaian kepada pilihan-pilihan rawatan lain. Pilihan rawatan yang ada berbanding pemberian antibiotik adalah lebih mahal dan selalunya diberi sebagai ubat suntikan. Bukan semua hospital dan klinik mempunyai capaian kepada antibiotik ‘generasi baru’. Cabaran sebegini, sesungguhnya menyukarkan lagi negara-negara LMIC untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit.

“Tambahan pula, pesakit yang dimasukkan ke hospital akan disenaraikan sebagai amaran kesihatan dan perlunya pengasingan bagi mengekang penularan mikrob kepada pesakit lain. Diletakkan dalam kuarantin, memberi kesan kepada kesihatan mental mereka, dan memberi peluang kepada kami untuk mendidik mereka mengenai rintangan antibiotik. Pasukan kesihatan mental dan promosi kesihatan kami berusaha sedaya-upaya membantu pesakit menghadapi keadaan ini,” luah Ernestina mengenai kesan pengasingan ke atas mental pesakit.

Persediaan

Memahami Rintangan Antibiotik bukan sekadar mengenal pasti puncanya ke akar umbi, malah dapat memperbaiki mutu sektor kesihatan awam agar lebih efisien, siap-siaga dan terkehadapan dalam mendepani pelbagai cabaran yang mungkin belum dikenalpasti oleh komuniti kesihatan global. Ketersediaan masyarakat global kepada cabaran-cabaran ini haruslah digembleng oleh semua pemegang taruh dengan menggalakkan kerjasama sektor awam-swasta, dan membuat pelaburan strategik yang akan merancakkan lagi inovasi, kebersamaan dan pengukuhan protokol menguruskan kecemasan akibat penularan penyakit baru (Penyakit X atau Disease X) yang mungkin berevolusi daripada mikrob akibat Rintangan Antibiotik.

Rintangan Antibiotik sememangnya isu leceh dan setempat, tapi jika tidak ditangani dengan sewajarnya, sekecil isu ini bakal menyumbang kepada epidemik dan pandemik di seluruh dunia. Maka, isu Rintangan Antibiotik yang dicerap oleh para doktor ahli MSF di Timur Mosul, Iraq ini turut memberi kesan kepada masyarakat dunia di Kuala Lumpur, Hong Kong, Tokyo, Beijing atau mungkin sejauh Minnesota di Amerika Syarikat.

Ini masalah kita bersama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Anda mengalami sakit perut sehingga muntah-muntah? Itu mungkin simptom keracunan makanan. Jom ketahui cara merawat keracunan makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Susah Nak Dapat Stok Hand Sanitizer? Boleh Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Saja

    Jika ketiadaan air, gel pembersih tangan adalah pengganti untuk mencegah wabak COVID-19. Tetapi stok sukar didapati di kedai, macam mana? Jom buat sendiri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 23/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bakteria dalam perut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    meruang ketika hamil

    Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan